CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 0

Baitulmuqaddis Untuk Israel Sahaja - Bennet

[Copy link]
Post time 8-11-2021 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet menyatakan bahawa Israel menentang rancangan Presiden  Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk membuka semula pejabat kedutaan AS untuk rakyat Palestin di Baitulmuqaddis, lapor laman berita RT News semalam.


“Kami menjelaskan perkara ini kepada mereka (AS),” kata Bennet ketika  menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar semalam.


Bennet dan Menteri Luar Israel, Yair Lapid dikatakan mengulangi dasar yang sama berhubung isu Baitulmuqaddis.




Kredit foto: The Times of Israel




Presiden AS sebelum ini, Donald Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis. Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin yang melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka pada masa hadapan.


Sebelum ini, cadangan mengembalikan Baitulmaqdis Timur kepada Palestin telah berulang kali dilakukan sebagai penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin. Bagaimanapun, Rejim Zionis sehingga sekarang menolak pelan penyelesaian sedemikian.


Baitulmuqaddis adalah “ibu kota Israel sahaja,” kata Bennet semalam.


Konsulat AS untuk Palestin itu ditutup pada 2019 oleh Trump, dan kerajaan Israel telah menentang rancangan Biden untuk membukanya semula setelah sekian lama. Apabila Biden mengambil alih White House, antara  langkah pertama yang diumumkan oleh pentadbirannya adalah pembukaan semula fasiliti  itu.


Bennet mencadangkan pembukaan konsulat AS untuk Palestin di suatu tempat di luar Baitulmuqaddis seperti di Tebing Barat. Pentadbiran AS telah menolak cadangan tersebut, lapor media Israel.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.811648 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list