CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 579|Reply: 2

Parti Punya Pasal, Sanggup Jual Bayi Tak Sampai RM2,000

[Copy link]
Post time 24-8-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Seorang bapa dari Jharkhand, India tergamak menjual bayi perempuannya berusia hampir sebulan kepada suami isteri warga tempatan dengan hanya harga 30,000 rupee (kira-kira RM1,708).


Ia untuk mendapatkan wang untuk berparti dengan rakan.


Gulf News melaporkan susulan kejadian, polis kini memburu suspek yang sudah melarikan diri.




Gambar hiasan




Menurut polis dan penduduk kampung, suspek, Bhudhram Chatomba yang menetap di daerah Singhhhum Barat berjanji mengadakan parti untuk rakannya.


Tetapi, dia tidak mempunyai wang untuk menghidangkan minuman keras.


Beberapa hari sebelum itu, Bhudhram mempelawa pasangan dari kampung jiran ke rumahnya bagi menyerahkan bayi perempuannya yang berusia 28 hari.


Ia dengan syarat untuk dia menerima wang sebagai balasan.


"Saya berdiri di balkoni rumah ketika suami saya merampas bayi daripada tangan saya dan menyerahkannya kepada pasangan itu.


"Saya tidak melawan kerana takut dipukul, " kata isteri suspek, Unwasi Chatomba kepada ketua kampung yang datang ke rumahnya selepas menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan.


Menurut Unwasi, suaminya menyerahkan anak mereka kepada pasangan itu dengan mengatakan bahawa dia sudah mempunyai sembilan anak lain dan tidak mampu untuk menjaga bayi itu.


Difahamkan, Bhudhram mempunyai dua isteri dengan enam anak hasil perkahwinan pertama dan tiga lagi menerusi perkahwinan kedua.


Wanita itu juga memberitahu ketua kampung bahawa suaminya lebih rela membelanjakan wang itu untuk berseronok dengan rakan.


Polis memulakan siasatan dan memburu suspek.


Penduduk kampung dari Jharkhand diketahui ketagih dengan Hadia atau bir beras iaitu sejenis minuman tradisional yang diperbuat daripada nasi rebus dan campuran pelbagai ramuan termasuk alkohol.


Jharkhand juga merekodkan sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak yang diperdagangkan sebagai buruh di seluruh negara setiap tahun, kata organisasi masyarakat sivil.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya dpt bapa mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Difahamkan, Bhudhram mempunyai dua isteri dengan enam anak hasil perkahwinan pertama dan tiga lagi menerusi perkahwinan kedua.

Gerammmm sungguh laaa iol baca benda camni
Rasa nak kurung jee si apak vangang tu
parti laa ko dalam jail sana
kesian baby tu dapat apak vangang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072908 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list