CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3587|Reply: 23

Tak Puas Hati Dihimpit, Wanita Pecahkan Cermin Van Dengan Steering Lock

[Copy link]
Post time 11-7-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Polis menjalankan siasatan berhubung video tular membabitkan kejadian melibatkan sebuah van penghantar barangan yang dipecahkan cermin menggunakan 'steering lock' oleh seorang wanita di hadapan bangunan Maxim di sini minggu lalu.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.


"ada 5 Julai pada jam 10.02 malam, polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 26 tahun membuat laporan berkaitan keretanya dihimpit sebuah van penghantaran semasa bergerak dari Sky Awani 1 ke One Maxim Sentul Kuala Lumpur.








"Laporan kedua pula diterima pada 6 Julai pada jam 11.28 pagi berkaitan kes khianat pecah cermin van semasa berada di hadapan Bangunan Maxim yang dibuat oleh seorang lelaki berumur 36 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.


Jelasnya, kedua kejadian itu adalah saling berkait.


"Menurut laporan daripada pemandu kereta jenis Perodua Axia, semasa dia sedang menghentikan kereta yang di lampu isyarat Kampung Batu Muda Kuala Lumpur, sebuah van berwarna jingga yang merupakan van penghantar barangan menghimpit kenderaannya.


"emandu wanita berkenaan turut mendakwa pemandu van tersebut mematahkan cermin sisi kereta pemandu Axia tersebut, oleh kerana tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia telah mengekori van tersebut dan bertindak membunyikan hon untuk berhenti dan berbincang namun tidak diendahkan," katanya.


Menurutnya, disebabkan tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia tersebut telah bertindak menghalang laluan van tersebut dan bertindak memecahkan cermin van menggunakan 'steering lock'.


"Bagaimanapun laporan polis yang dibuat pemandu van telah menafikan kejadian tersebut dan menyatakan kejadian perselisihan ini adalah berpunca daripada tindakan pemandu kereta Axia yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.


"emandu van telah bertindak membunyikan hon untuk menegur perlakuan pemandu kereta Axia tersebut, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu van itu, pemandu kereta Axia telah bertindak mengejar van tersebut dan secara tidak sengaja telah bergesel sesama sendiri," katanya.


Jelasnya, akibat daripada itu berlaku perselisihan faham antara kedua mereka.


"emandu kereta Axia bertindak mengetuk cermin van tersebut menggunakan 'stereng lock' hingga menyebabkan cermin van itu retak.


"olis telah mengesahkan kedua-dua kejadian ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan akibat khianat," katanya.


Tambahnya, kedua individu sudah dirakam keterangan percakapan dan kes masih dalam siasatan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sial..hentak balik patutnya..betina bawak axia ni kebanyakan mmg cm sakai
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha nasib baik minah tu tak dilahirkan kat ghetto/hoods kat murica sana. kalau tak, mau kena tembak time2 tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu? @ifanonline
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishhh ni wanita ka pengkid?????
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:20 PM | Show all posts

bakal andartu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2021 02:28 PM | Show all posts
ada dashcam tak
utk siasatan lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:30 PM | Show all posts
bideo ada?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2021 02:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:52 PM | Show all posts
kiki steering lock 2.0?



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 11-7-2021 02:51 PM

Awat tak clear? Tak nampak nombor plet la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Xim at 11-7-2021 03:12 PM
doubleharmonic replied at 11-7-2021 02:52 PM
kiki steering lock 2.0?


Hahhahhaa sampai tukar no plat member tu tak tahan kena stalk.....plat double digit dah la agak mahai....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani dia nak gaduh dengan stranger jantan.. buruknya perangai road rage ni memang menjatuhkan maruah sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 04:22 PM | Show all posts
Wah beraninya baru ambik vaksin ke dek
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi garangnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Axia dh naik pangkat jadi King ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuudia..ade jgk anak mafia kat mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah hantam sampai lunyai betine ni dlm lokap
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
xtau ni kategori bodoh ke atau berani mati
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
appearance mcm anju, blonde2 bagai. ak xleh bersangka baik dh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062549 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list