CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1502|Reply: 7

Tukar 12 Menteri Kabinet Dirombak

[Copy link]
Post time 8-7-2021 10:59 AM | Show all posts |Read mode
12 menteri India mengundurkan diri semalam termasuk menteri kesihatan, alam sekitar dan pendidikan, kata pejabat presiden.


Peletakan jawatan beramai-ramai  tersebut merupakan sebahagian daripada  rombakan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi berikutan lonjakan kes Covid-19 dan dilakukan menjelang berlangsungnya pilihan raya negeri di India.


Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, dikritik hebat susulan peningkatan kes koronavirus pada April dan Mei lepas, lapor AFP.




AKTIVIS parti pembangkang melaungkan slogan anti kerajaan dalam satu bantahan di Kolkata kelmarin. - AFP





Perkhidmatan kesihatan tertekan dalam banyak aspek dengan hospital mengalami kekurangan katil,  oksigen perubatan dan ubat.


Menteri Undang-Undang dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad pula terjebak dalam perbalahan dengan syarikat media sosial asing sejak beberapa bulan lalu.


Kementeriannya membuat peraturan yang mewajibkan firma tersebut untuk memadamkan dan mengenal pasti ‘sumber asal’ muat naik yang dianggap merosakkan kedaulatan India, keamanan negara atau ketenteraman awam.


Ravi bagaimanapun dijangka akan diberikan  peranan  penting dalam parti  pemerintah, Parti Bharatiya Janata menjelang pilihan raya negeri, demikian menurut laporan akhbar.


Menteri lain yang mengundurkan diri termasuk Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan Perubahan Iklim, Prakash Javadekar.


Ramesh Pokhriyal Nishank yang merupakan  Menteri Pendidikan turut meletak jawatan, demikian menurut kenyataan akhbar  pejabat Presiden.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaya bila lagi? Tapi bila pikir balik, sorang pun tagunaaa *larikkkkkk*
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile la nk moden bab umdi di malaysia ni. Kite kan ke arah digital. Please la guna cmtu. Ape guna number ic..ko ley-in ko lapor kawasan ko undi based on address stated. Kalo ko gi undi ade number ko bole hint merah. Gitchuuuu.. So menteri hilang satu lerusi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 01:20 PM | Show all posts
@CARI-MAL Kau jangan la ambik kesempatan buat tajuk clickbait macam ni. Mentang2 la sekarang politik malaysia tengah bergolak. Taruk la kategori luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 01:21 PM | Show all posts
Ceh ingatkan Putrajaya!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 01:54 PM | Show all posts
Baguslah letak jawatan jika ada isu tak perlu panjangkan cerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdana Menteri India pun tercirit agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 03:54 PM | Show all posts
sementara itu di tanah air...
sedehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.136657 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list