CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 10

[Tempatan] Dedah nama anggota 'kartel' polis? IGP kata akan bincang dengan timbalan

[Copy link]
Post time 23-3-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Dedah nama anggota 'kartel' polis? IGP kata akan bincang dengan timbalan

https://www.malaysiakini.com/news/567723

Hariz Mohd
Diterbitkan 23 Mar 2021, 1:59 pm



Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini berkata dia tahu anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam 'kartel' yang cuba menjatuhkannya.

Bagaimanapun, setakat ini Abdul Hamid belum merancang untuk mendedahkan nama mereka.

"Ia dalam kawalan dan saya akan ambil tindakan. Saya akan bincang dengan timbalan ketua polis negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Ketua polis negara itu berkata demikian ketika ditanya sama ada dia akan mendedahkan nama anggota dan pegawai yang terlibat dalam kartel yang dimaksudkannya.

Sementara itu, Abdul Hamid juga mengulangi pandangannya bahawa isu berkenaan tidak memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Saya sudah jelaskan sebelum ini. Perkara ini dalam kawalan. Kenapa saya kongsi dengan orang awam kerana saya mahu orang awam tahu bahawa saya tahu apa yang mereka tahu.

"Dan saya juga mahu anak buah saya sedar bahawa ia adalah sesuatu yang buruk. Saya tahu apa yang jadi di bawah sana.

"Kalau ada yang cita-cita nak buat lain-lain kumpulan (dalam pasukan polis), hentikan," katanya.

Dalam perkembangan isu sama, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini menyerahkan memorandum bagi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan nama pihak yang terlibat dalam 'kartel' polis.

Pendedahan Abdul Hamid pada 18 Mac berhubung 'kartel' yang terdiri daripada pegawai muda yang cuba menjatuhkannya demi kepentingan peribadi mencetuskan pelbagai reaksi.,

Ahli politik pembangkang dan badan peguam menggesa agar RCI ditubuhkan menyiasat perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkara tiada keperluan untuk RCI ditubuhkan.

Kata Takiyuddin, ia merupakan masalah dalaman yang hanya perlu dikendalikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebelum ini meminta Abdul Hamid untuk melaporkan perkara berkenaan kepada SPP, namun Abdul Hamid menyatakan keyakinan bahawa pihaknya mampu menangani isu itu tanpa melibatkan SPP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 23-3-2021 02:53 PM

Msia bakal melingkup bawah menteri  kjaan tebok atap..

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 02:50 PM | Show all posts
Apa lagi, kasi dedahkan semua yang terlibat, x payah berselindung dan cover, barulah ganas
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri manjang je la kata x de...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:01 PM | Show all posts
jlow mcm mana? beruk sudah bertukar manusia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:06 PM | Show all posts
tebuk atap tebuk atap

bkn tok hamid ni jd kpn masa zmn dap ph ke?

tak malu

dah la sebar fake news

vaksin pfizer made in israel

ish ish ish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la towkey2 kartel mmg tak senang duduk kalau ada pegawai tertinggi kerajaan yg tak sehaluan dgn kehendak deme. Salah satu cara adalah tabur duit kpd keldai2 di kalangan polis yg rela ditunggang utk jatuhkan pegawai itteww. Semoga IGP diberikan kekuatan dan kemudahan utk terminate terus keldai2 kartel dikalangan anggota polis yg mencemar nama PDRM dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:21 PM | Show all posts
poyo je ini usaha2 nak menyambung kontrak lettew.pencen tetap pencen laa. dulu penah kata rekod dia neh bukan bersih sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bermqruah celah mananya semua pakai rahsia alasan masih terkawal. ada ke polis yg betul2 clean ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex KPN norian mai pun jadi penternak kambing n lembu kalu x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal berprinsip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:44 AM GMT+8 , Processed in 1.905955 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list