Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
531
View
3
Reply

Tips Cuci Pakaian Semasa Travel

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-2-2021 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Tips Cuci Pakaian Semasa Travel

Kadangkala, bukan semua benda dan perkara berkenaan travel ni indah dan salah satu perkara yang menjadi masalah setiap kali sebelum dan selepas travel adalah pakaian. Sebelum pergi, berapa banyak bilangan pakaian yang kena bawak sudah tentu memeningkan kepala, bawak sikit, takut tak cukup. Bawak banyak, berat pulak beg. Pening!




Tak kiralah korang travel light, mahupun jenis yang kena bawak satu almari semasa bercuti, akhir sekali nanti korang mesti kena basuh semua pakaian tu kan? Untuk korang yang selalu travel, korang boleh cuba tips ini.
#1. Scrubba Wash Bag
Selain basuh baju handwash dan sidai dekat dalam bilik air, korang boleh cuba beli Scrubba Wash bag ni dari mana C mana kedai yang ada jual barang untuk camping dan sebagainya. Korang boleh cari online kalau susah nak jumpa, harga sekitar RM279.


Walaupun ini bukan posting berbayar untuk promote Scrubba ni, tapi benda ni patut ada kalau korang jenis hardcore atau nak travel light dan jimat. Selain memudahkan korang untuk mendobi, korang boleh jugak letak baju kotor dalam ni, setidaknya tak bercampur dengan baju bersih.
Bila rasa nak cuci, masukkan sabun (apa jenis sekalipun) dan basuhlah baju korang tu.

#2. Servis Dobi Hotel  


Biasanya, banyak hotel ada sediakan perkhidmatan mencuci pakaian ni. Cuma, atas kehendak atau keperluan kita lah nak gunakan atau tidak. Biasanya, harga perkhidmatan cuci pakaian dekat hotel lebih mahal sedikit dari harga luar. Cuma, korang tak perlu pening kepala nak mencari dobi dan pakaian bersih akan dihantar terus ke bilik.

#3. Cuci Tangan
Paling mudah dan paling menjimatkan, cuci tangan aje. Alah, macam kita selalu buat zaman duduk hostel dulu.


Ada beberapa trick untuk cucian baju guna tangan semasa travel ni kalau korang nak cuba.
Pertamanya, penuhkan sinki, baldi atau bath tub mahupun beg Ziploc (ini ikut kuantiti baju yang nak dicuci lah) dengan air suam dan tambahkan sedikit sabun pencuci. Sabun pencuci ni korang boleh cari dekat kedai runcit mahupun kedai serbaneka yang ada dekat dengan hotel. Kalau terdesak sangat, sabun mandi hotel tu pun boleh.
Kedua, korang pusingkan baju kotor yang dah direndam tu beberapa kali. Macam pergerakan mesin basuh tu, tapi ini secara manual. Kalau penat, korang pijak-pijak pulak. Tapi, pastikan kaki korang tu bersih lah. Kalau ada kawasan tertentu yang kotor pada pakaian, korang boleh letakkan sabun di kawasan tersebut dan sental dengan baju tu sendiri.


Ketiga, rendam. Rendam secukup rasa. Disarankan sekitar 5 minit lah. Oh iye, untuk langkah kedua tadi, lebih baik diasingkan baju bewarna dengan baju putih. Hehe. Takut turun warna nanti, rosak baju.
Langkah empat; buangkan air, bilas dibawah air mengalir untuk hilangkan sabun dan sebagainya dan terakhir sekali, perahlah sehabis yang boleh. Sebelum nak jemur, kalau boleh perahlah betul-betul supaya masa yang diambil untuk pakaian korang kering tu tidak terlalu lama. Kalau terdesak sangat, gunakan tuala untuk serap sikit air. Kendian jemurlah di tempat yang sepatutnya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 19-2-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak sgt basuh, pergi cari kedai dobi layan diri la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:33 PM | Show all posts
aku cuci baju kat dobi. ada dobi self service tu. lg murah dan senang. tak yah fikir bawa baju byk2
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:47 AM | Show all posts
gi dobi layan diri je senang... konsep aku gi jln lama mana pun..hny bwk 1 luggage je...jd tugas laki aku la mlm2 gi mendobi sambil2 dia lepak mamak. blk kg pun mcm ni..kecuali kalo kami 1 family je yg blk bolehla basuh kat umah je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list