|
|
Seorang 'instafamous' mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan.
Kegiatannya itu terbongkar apabila anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah kondominium di Seri Kembangan.
Dalam serbuan, kira seribu botol minyak wangi tiruan di dalam rumah tersebut.
 Foto: Harian Metro
Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata,
"Siasatan mendapati individu wanita berusia 26 tahun itu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuat iklan jualan minyak wangi tiruan itu.
" emeriksaan juga menemui slip penghantaran barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan."
Harian Metro menyatakan, minyak wangi itu dijual dengan harga RM150 hingga RM200 sebotol.
"Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan."
Sementara itu di Twitter, kecoh bila masing-masing meneka siapak gerangan instafamous tersebut.
Baca sendiri:
Jenama tiruan tapi cakap original, berkat ke duit meniaga tu sis? -CARI |
|