CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 5

McDonald’s, RMHC Suntik Semangat Murid Untuk Mulakan Sesi Persekolahan 2020

[Copy link]
Post time 18-10-2019 05:12 PM | Show all posts |Read mode
McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) melancarkan program “Kembali ke Sekolah” 2019 buat tahun ketiga, hari ini.








Program ini bakal membabitkan 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara yang akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” sebagai motivasi untuk mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan lebih gembira ke sekolah.


Dengan memanfaatkan kekuatan jenama McDonald’s, sumbangan RM3 juta berjaya diraih bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar untuk persediaan menghadapi tahun persekolahan baru.








Kami amat memahami beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun persekolahan.

"Semoga sumbangan ini membolehkan mereka menarik nafas lega,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.









Pada 2018, McDonald’s Malaysia menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” kepada 17,000 murid sekolah rendah dengan nilai tajaan RM1.7 juta, berbanding tahun sebelumnya melibatkan 6,000 murid dengan nilai tajaan RM1.2 juta.


Selain itu, mereka juga menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah dengan nilai sumbangan RM100 setiap seorang.


Program “Kembali ke Sekolah” merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.


YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan selaku tetamu kehormat hadir meyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, hari ini dan menyambut baik inisiatif yang dilakukan McDonald's Malaysia dan RMHC.








“Sesungguhnya, kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi faktor keciciran murid di sekolah rendah dan menengah.

"Saya berharap program ini menjadikan kanak-kanak daripada golongan ini lebih yakin diri untuk ke sekolah,” katanya.








RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke fastfood x baik utk kanak2..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:45 PM | Show all posts
Mcd tak elok untuk kesihatan, apalagi pada kanak-kanak yang sedang membesar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni mcd mmg bagus.. Tp food dorg x elok utk budak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:36 AM | Show all posts
Alamak bos aku ada.... terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:40 AM | Show all posts
Usaha nak bantu kanak2 yang kurang berkemampuan harus diberi pujian
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063974 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list