Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
9026
View
142
Reply


Ini Spekulasi 'Sumber Dalaman' DailyMail UK Mengenai Punca Perpisahan Rihana Petra dan Suami

[Copy link]

Author: Sang_Pencinta       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-10-2019 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Susulan temubual berani Rihana Oksana Petra dengan sebuah akhbar tabloid UK minggu lalu, kini akhbar DailyMail UK pula mendakwa ada sumber dalaman memberitahu mereka mengenai punca keretakan perkahwinan model Rusia itu dengan Sultan Kelantan.





Kredit foto: DilyMail UK









Akhbar itu mengatakan sumber dalaman mereka memberitahu punca utamanya ialah penyebaran besar-besaran majlis resepsi mereka kepada media Rusia oleh pihak pengantin wanita sedangkan Sultan telah menegaskan lebih awal bahawa Baginda menginginkan sebuah majlis yang tertutup dan ringkas tanpa media.





Kredit foto: DailyMail UK







Menurut sumber itu lagi, Baginda menjangkakan majlis yang diadakan pada November tahun lepas itu hanyalah akan dihadiri oleh beberapa rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, bagaimanapun  Baginda dikatakan terkejut dengan kehadiran ramai media dan turut diiringi persembahan nyanyian dan hiburan.




Baginda terus berubah wajah dan tidak selesa sepanjang majlis tetapi menurutinya sehingga selesai kata sumber DailyMail itu lagi.




Kredit foto: Daily Mail





Lebih memburukkan keadaan gambar-gambar dan video itu mula tersebar meluas di media massa sehingga ke Malaysia dan menyebabkan hubungan itu renggang selepas Baginda kembali ke negaranya Disember itu kata sumber itu lagi.


Sumber itu memberitahu bahawa penyebaran maklumat penglibatan Rihana dengan pakaian serba mendedahkan dalam sebuah siri realiti TV dan gambarnya sedang memegang minuman keras dengan pelakon Elisey Polischuk, 29, juga memburukkan keadaan.







Kredit foto: DailyMail UK







Walaupun rakan-rakan Rihana memberitahu akhbar bahawa Sultan mengetahui kehidupan silam model itu sebelum berkahwin, sumber dalaman itu menafikan sekeras-kerasnya.


Sultan tidak tahu mengenai video di kolam mandi itu, sekiranya Baginda tahu, Rihana tidak akan dipersunting kerana tidak layak jadi Permaisuri kata sumber dalaman itu lagi.





Kredit foto: DailyMail UK







Perkahwinan mereka kemudian retak dan Rihana diberi tawaran lumayan tetapi ditolaknya. Rihana juga menolak permintaan ujian DNA sebanyak dua kali malahan menamakan bayinya Leon, menyerupai nama teman lelakinya Leonid Zasukhin kata sumber itu lagi.


Bagaimanapun semua dakwaan sumber dalaman itu dinafikan oleh pihak Rihana malahan wartawan akhbar DailyMail yang ada melihat gambar Leon mengesahkan bayi itu mirip wajah rakyat Malaysia.


Persoalannya, siapakah 'sumber dalaman' akhbar tabloid tersebut dan adakah maklumat yang disampaikannya kepada DailyMail  UK sahih? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat 'abdicated his throne within a month' itu boleh disalah ertikan oleh pembaca yg tak tahu asal usul sejarah Kerabat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
abe tekejut tengok ada sarkis ke haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg yg berfikiran romantik/whimsical akan ingat ini ceritera dongeng rakyat yg menjadi igauan atau idaman gadis-gadis muda pada zaman moden ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber dalaman tu dari mana?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2019 11:25 AM | Show all posts
Kan ke orang cakap abegon dah diberitahu mengenai video dan siri Tv TU?

Saya syak hanya diberitahu sini selepas dah terlanjur kahwin sana dan sekembalinya ke Malaysia

sebab tu dia terus tak balik2 sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu negeri serambi je..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2019 11:26 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-10-2019 11:22 AM
Sumber dalaman tu dari mana?

Kalau ikut artikel asal tu 'Royal source'
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanggaan ulama PAS pulak' tu...konon hampir nak terlaksana Hudud pada zaman Sultan negeri PAH ni jadi Agong
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:32 AM | Show all posts
tapi kurex kesian dgn baby tu... nanti anak yg jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:37 AM | Show all posts
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..


elo tak buat background check ke??
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:39 AM | Show all posts
ni antara contoh2 seseorg tu "zuhud" ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:43 AM | Show all posts
bluecheese replied at 7-10-2019 11:20 AM
Ayat 'abdicated his throne within a month' itu boleh disalah ertikan oleh pembaca yg tak tahu asal u ...

meaning? kurang paham pasal part asal usul kerabat tu..

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 7-10-2019 11:37 AM
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..



Aaa...main jumpa dan terus nikah ke dlm masa 24jam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:47 AM | Show all posts
scaryyyy.. xhbis2 lg hal deme
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:48 AM | Show all posts
jadi leon anak siapa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
smartaleck07 replied at 7-10-2019 11:43 AM
meaning? kurang paham pasal part asal usul kerabat tu..

Hari tu ada orang luar tanya; Kerabat ni abdicated/turun takhta dan terus jadi rakyat biasa ke?
Contohnya mcm kes Wallis Simpson dan Edward vIII.
Sudah tentu tidak, masih lagi title Kerabat diRaja. : )
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak juga orang luar ingat kerabat-kerabat di M'sia ni sangat romantik. Sanggup bercinta dan kahwin walaupun ada tentangan kerana pasangan orang luar dan rakyat biasa sahaja.
Zuhud lagi romantik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 7-10-2019 11:37 AM
mcam mana boleh kata "kalau tahu sejarah rihanna dah pasti sultan takkan kahwin dgn dia"..



Bukan ke hari tu ada sorang forumer yg keje askar bg tau yg baginda dah di beritahu dan dinasihat kan tidak menyunting kuintupis ni. Sbb sblm kawin dah ada risikan dr intel kita sendiri kan. Tp abegong tetap gak degil nakkan kuintupis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 12:06 PM | Show all posts
noradaniez replied at 7-10-2019 12:04 PM
Bukan ke hari tu ada sorang forumer yg keje askar bg tau yg baginda dah di beritahu dan dinasihat  ...

sundiri mau sundiri kutuk pulk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.113279s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list