Istiadat pengkebumian mantan Presiden Indonesia yang ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) baharu sahaja selesai tetapi beberapa orang yang terlibat memberitahu pemberita terdapat kejadian aneh berlaku ketika pengkebumiannya.
Kredit foto: Carian Google
Menurut Indonesiakininews, beberapa orang kakitangan mantan ketua MPR Amien Rais melaporkan jenazah almarhum BJ kelihatan tersenyum dan sejuk ketika meninggal dunia.
Kredit foto: Facebook
'Ya, saya lihat wajahnya tersenyum seakan-akan gembira' kata kakitangan itu lagi.
'Ruangan juga sejuk dan harum semerbak sepanjang pengkebumian' tambahnya.
BJ Habibie memilih untuk dimakamkan di samping isterinya, Hasri Ainun Besari di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan.
Kredit foto: Indonesiakininews
Bagaimanapun, Saidi , 37, salah seorang petugas penggali kubur di Taman itu memberitahu Hot Grid News bahawa, beliau dan 9 orang rakannya kehairanan ketika melaksanakan tugas menggali kubur pemimpin itu.
Menurutnya, ketika cuaca kemarau, kawasan tanah perkuburan biasanya sangat keras dan susah untuk digali, bagaimanapun kali ini mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk menggali kerana tanah sangat gembur dan mudah digali.
Kredit foto: grid.id
'Anehnya juga kami tidak menjumpai walau sebiji pun batuan atau halangan sedangkan tapak makam yang dipilih sememangnya terkenal sebagai kawasan yang berbatu' tambah Saidi lagi.
'Alhamdulillah, tiada sebarang kendala walaupun kami menjangkakan penggalian jam 10 malam sukar' terangnya kepada pemberita.
Kredit Foto: The Jakarta Post
Dikenali sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, upacara pengkebumian turut dihadiri oleh Presiden Jokowi yang mengucapkan 'Selamat jalan, Mister Crack, Sang Pioneer' kepada almarhum BJ Habibie. - CARI |