Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
418
View
10
Reply

Masalah Kewangan Meruncing, Utusan Tutup Operasi?

[Copy link]

Author: hussaini4675       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-8-2019 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Dua akhbar harian terbitan Utusan Melayu
Kredit foto: Facebook




Setelah lebih 80 tahun beroperasi, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkemungkinan besar terpaksa menutup operasi berikutan masalah kewangan semakin meruncing yang dihadapi syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu.


Langkah itu dijangka akan diambil berikutan kegagalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir memastikan syarikat berkenaan mempunyai dana mencukupi untuk menampung kos operasi termasuk gaji pekerja yang tertunggak selama dua bulan.


Memetik laporan Malaysia Gazette, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM) Taufek Razak berkata, perkara itu dinyatakan Abd Aziz sendiri dalam mesyuarat dengan pengurusan Utusan Melayu di Bahagian Jabatan Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia.


"Dia mengakui dia gagal menyelesaikan masalah syarikat dan pekerja seperti dijanjikan dan kerana mereka tidak mempunyai wang dan gagal melupuskan aset yang ada dan menyatakan kesediaan melepaskan jawatannya.

"Jadi, mereka telah mengugut kami akan menutup Utusan dan sudah tiak mahu lagi beroperasi sebab mereka dah tidak ada duit dan UMNO pun setakat ini tidak memberi apa-apa maklumat untuk membantu syarikat terus hidup," katanya yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ).


Masalah tunggakan gaji yang gagal diselesaikan Abd Aziz telah menyebabkan lebih 100 pekerja Utusan Melayu menganjurkan piket di hadapan bangunan syarikat tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 19 Ogos.




Muka depan akhbar Utusan Melayu edisi pertama yang diterbitkan pada 29 Mei 1939
Kredit foto: Carian Google




Selain itu, beliau yang juga mempunyai pegangan terbesar dalam Utusan Melayu menerusi syarikat miliknya, Opulance Asia Sdn. Bhd. juga gagal menepati janji untuk melunaskan ansuran bayaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada lebih 800 bekas pekerja setelah meluluskannya pada Disember tahun lalu.


Susulan kenyataan Taufek itu, berlegar desas-desus menyatakan Utusan Malaysia dan Kosmo! edisi cetak akan diterbitkan untuk kali terakhir pada 21 Ogos manakala kedua-dua akhbar tersebut hanya disiarkan secara dalam talian selepas tarikh tersebut.


Namun, memetik laporan Kosmo! Online, Taufek menjelaskan bahawa belum ada keputusan rasmi daripada Utusan Melayu tentang perkara tersebut dan AbdAziz akan mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan Kumpulan Utusan pada jam 4 petang hari ini.


Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersedih dengan nasib yang menimpa Utusan Melayu sambil menyatakan bahawa UMNO juga berdepan kesukaran untuk membantu syarikat tersebut kerana akaunnya telah dibekukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).


"Kalau kerajaan PH hentikan arahan membeku akaun UMNO dan mengembalikan dana yang mereka sita secara haram hari ini, esok kita akan tolong Utusan.

"Tetapi usahlah nak idamkan kerajaan PH akan bertindak adil. Mereka tak akan peduli," katanya.




Najib kelihatan sugul ketika menatap muka depan Utusan Malaysia dan Kosmo! yang mungkin tidak lagi diterbitkan
Kredit foto: Facebook




Justeru, bekas Presiden UMNO itu merayu kepada semua pihak untuk membantu Utusan Melayu dengan membeli Utusan Malaysia dan Kosmo, melayari dan berkongsi artikel-artikel Utusan Online dan Kosmo! Online serta membeli ruang iklan dalam kedua-dua akhbar berkenaan.


Sekiranya khabar angin tentang penutupan edisi cetak Utusan Malaysia dan Kosmo! itu menjadi kenyataaan, perkara itu amat menyedihkan kerana Utusan Melayu turut memainkan peranan penting dalam sejarah negara sebelum dan selepas merdeka. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:09 AM | Show all posts
dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnya. Ayah I dari dulu rajin beli utusan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma


Betul tu. Semalam pekerja buat piket
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma


Betul tu. Semalam pekerja utusan buat piket.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:27 AM | Show all posts
singgah tukar kerajaan ni lagi teruk jadinye...sape suruh pangkah PHancing lagi...padan mukaaaaaaaaaaa....lencun kena kencing...konon nak telus sangat la pemerintahan dyorg ni...padahal makin teruk malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 03:02 PM | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 20-8-2019 11:27 AM
singgah tukar kerajaan ni lagi teruk jadinye...sape suruh pangkah PHancing lagi...padan mukaaaaaaaaa ...

masalah x melibatkan pertukaran kerajaan pn..dengar cite masalah ni dah 2 tahun...jujur aku kata dari dulu yg aku nampak utusan ni dah mcm Harakah.. dahla nipis, berita politik je lebih , berita plak lambat update..kes harini lusa baru depa update.. baik layan Metro.. kes malam ni esok dah masuk paper..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 03:04 PM | Show all posts
manehnya replied at 20-8-2019 11:09 AM
dengar kata, gaji x bayar pekerja dah 3 bulan, n minta derma

derma bkn solusi terbaik..nanti jadi habit plak majikan x bayor gaji pastu suruh pekerja minta derma support company..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 03:37 PM | Show all posts
Susulan kenyataan Taufek itu, berlegar desas-desus menyatakan Utusan Malaysia dan Kosmo! edisi cetak akan diterbitkan untuk kali terakhir pada 21 Ogos manakala kedua-dua akhbar tersebut hanya disiarkan secara dalam talian selepas tarikh tersebut.

kalau sahih last cetak 21/8, nak beli lah simpan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 05:07 PM | Show all posts
Mental note to buy it dan frame. Kenangan lama.
Zaman kegemilangan 90an ke awal millenium. Sapa yg keje newspaper mmg untung.

Semuga dapat rezeki di tempat lain.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-8-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak jadi tutup operasi. Tapi harga surat khabar naik 50 sen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
4.429498s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list