|
|
Hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Paya Garuk, Jerantut.
Harian Metro melaporkan, Rossazlin, 18, dikatakan mahu ke surau berhampiran untuk membantu persiapan kenduri doa selamat.
Bagaiamanapun abangnya, Mohamad Rosli Roslan, 27, berkata,
“Sebelum keluar, Rossazlin ada beritahu seorang lagi adik, Rosmadiyana, 16, bahawa dia nak ke surau sebab ibu dan ayah kami pun ada di situ (surau). Kebetulan hari sama, surau ada buat jamuan kenduri menyambut Ramadan.
“Kehilangan Rossazlin hanya disedari selepas ibu, Wan Noraini Wan Nor dan ayah, Roslan Abdul Razak, 53, pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar.
“Ketika itu mereka tanya mana adik (Rossazlin) pergi, kami cakap dia ke surau dan ketika itu baru kami sedar dia tidak ada di sana (surau).'
Rossazlin, Foto: Harian Metro
Sebelum ini Rossazlin tidak pernah keluar seorang diri kerana mengahadapi amsalah kesihatan dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.
Mereka sudah cuba menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp, namun tidak mendapat jawapan, malah nombor telefon semua ahli keluarga disekat.
“Saya rasa ada orang yang dikenali melarikan Rossazlin dan disebabkan itulah, dia tidak menjawab panggilan kami.
“Laporan polis mengenai kehilangan Rossazlin yang juga anak keempat daripada lima beradik juga sudah dibuat.
“Kami minta kerjasama orang ramai untuk menghubungi saya di talian 011-2636 5730 jika ternampak adik saya, atau hubungi mana-mana balai polis terdekat." -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|