|
|
Afiq Muiz yang pernah menggemparkan media tempatan dengan pengakuan ibu nya yang menggelarkan Afiq sebagai anak derhaka suatu ketika dahulu kini sudah selamat bernikah secara senyap-senyap semalam. Pelakon drama air mata syurga serta jodoh - jodoh Annisa itu mengakui beliau dan isteri, Panchara Emmanuel Apin iaitu seorang aktress baru sudah selamat bergelar suami isteri pada pagi selasa, 26 March 2019.
Majlis tersebut diadakan di suatu majlis tertutup di Bangi yang hanya dihadiri teman rapat dan ahli keluarga terdekat.
Afiq yang dahulunya dilanda kontroversi dek kerana bersahabat dengan Eina Azman sehingga digelar anak derhaka oleh ibunya. Namun di sebalik kisah itu, kini Afiq dan ibunya sudah tidak mempunyai apa apa persengketaan antara mereka.
Diminta untuk mengulas mengenai perkahwinannya, Afiq berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi apabila tiba waktu yang sesuai. Hanya dengan sekali lafaz, Afiq selamat melangkah ke alam baru sebagai suami dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 kepada isterinya yang berasal dari Sabah.
Turut kelihatan, Shafie Naswip iaitu tunang kepada adiknya, Aishah Azman serta pelakon Beego memeriahkan majlis. Kepada Afiq dan isteri, tahniah selamat pengantin baru kami ucapkan! - CARI
|
|