CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4329|Reply: 23

Teh O Ais Campur Udang Tanpa Kepala -Pemuda Jijik Pesan Lain, Dapat Lain

[Copy link]
Post time 26-11-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda terkejut menemui seekor udang tanpa kepada dalam bungkusan minuman yang dibelinya di sebuah premis di Negeri Sembilan.


Iqbal Sheikh Ali, 21 yang berkongsi pengalaman tersebut melalui Twitter menyifatkan ia sebagai jijik dan menggelikan.


Menurut Iqbal kepada mStar Online, ia bukanlah kali pertama dia berkunjung ke kedai tersebut.


Foto: Twitter


"Sebelum ni dah tiga atau empat kali saya beli makanan kat situ, tak ada apa-apa masalah. Tapi pada hari kejadian, saya suruh kawan bungkus makanan dan minuman dari kedai tu, untuk kami makan kat rumah saya.


"Masa tengah buka plastik air baru saya perasan ada udang dalam teh o ais yang saya kirim.


"Memang geli, jadi saya buang sahaja. Lepas kejadian tu, saya memang serik dan mungkin tak akan pergi makan kat kedai tu lagi."


Bagaimanapun dia tidak mahu membesarkan hal berkenaan kerana mengenali pemiliknya.


"Saya tak pergi minta ganti rugi pun, tak sempat nak pergi sebab agak sibuk.


"Tapi InsyaAllah saya berhasrat untuk jumpa pemilik kedai, face to face untuk maklumkan mengenai hal ini. Kalau pergi, saya tegurlah.


"Malah, kawan saya pun ada screenshoot posting saya dan hantar pada anak pemilik kedai tu."


Iqbal dalam masa yang sama berharap agar pemilik premis makanan lebih berahti-hati dalam penyediaan makanan dan minuman agar insiden seperti ini tidak berulang kembali.


"Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, orang kedai juga perlu peka dalam menjaga kebersihan.


"Kita nak bagi orang makan, tak nak lah ada kejadian keracunan dan sebagainya."


Antara komen pengguna lain:


"And me, minum nescafe then sedutan terakhir tu dapat biji cili, terpelanting lepas orang tu korek gigi ke macam mana? or i dapat straw recycle orang guna untuk korek gigi?," tulis @khadijahsazili.


"Member aku order kopi ais, minum dah nak habis baru sedar ada kulit ayam kat bawah. Hahaha, awal tu dia dah pelik sedut macam lekat-lekat. Tapi dia buat tak tau ja. Sampai sekarang boikot kopi ais kedai tu," tulis @MatMirul pula.


"Kira okay teh o ais udang aku dapat teh o ais taik tikus and dah minum sampai tinggal suku daahh, memang ummph kot, tengah dahaga pulak ann." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 10:46 AM | Show all posts
euwww...camne terlepas masuk dlm air?? tempat buat air kan asing dari tempat buat makanan??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:47 AM | Show all posts
Macam mana dia boleh tak nampak masa ikat yer?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:49 AM | Show all posts
Teh ais perisa seafood. Ini memang unik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu. Udang mahal, bayar harga teh o tapi dapat pakej udang. Berbaloi-baloi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pakai ais recycle ke ape? Stok2 ais lebih penyejuk udang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah deoa letah bhn mentah mcm udang fishcake dlm tempat ais tu ...

Mujur sempat nampak..yg tkdan tgk...jenuh la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:00 AM | Show all posts
Ni mesti dari ais, mgkn udang yg dibeku bersebelah dgn plastik ais
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Udang disimpan dalam ais yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli xhnyir ke air tu bau udang je ilang rasa teh.

Psl straw recycle meols pnh kena kt satu kedai mamak trus geli.nsib baik sblm mnum meols
suka belek2 straw.

Bulu pon pnh.Order laici ais duk kacau2 air tu ngn straw tgok ade bulu.xtau la lengan ketiak org bulu dada.Trus meols trauma xmasuk mamak smpai arini
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:09 AM | Show all posts
jenis baru nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah beli abc time buka puasa di masjid jamek.. tapi bau and rasa hanyir sangat sampai termuntah.i syak ais yg dorang guna untuk abc tu ais yg sama tuk simpan barang basah..jijikss.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ada udang disebalik teh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak yg taik tikus tu tak bahaya ke weh boleh mati kot bukan ke bahaya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 26-11-2018 10:51 AM
Oklah tu. Udang mahal, bayar harga teh o tapi dapat pakej udang. Berbaloi-baloi

Iols igt dia minum kat kedai pastu udang tu tersangkut kat tepi gelas ala2 mat saleh makan prawn cocktail tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 26-11-2018 11:40 AM
Iols igt dia minum kat kedai pastu udang tu tersangkut kat tepi gelas ala2 mat saleh makan prawn c ...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 05:06 PM | Show all posts
rela lagi dapat yang tercampur udang

dari yang erk.. tercampurkulit ayam .. huhuhu tu lagi sadis  


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:06 PM | Show all posts
wahh..bole buat udang butter

ok per
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 26-11-2018 05:01 PM

ha gini lahhh iols tak penah mkn tapi nampak cam sedap hahahahha mungkin pasni boleh  try buat  teh tarik udang tup2 viral kau ekkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 03:10 PM | Show all posts
okay lah nasib baik tak letak sekali nama kedai. kalau dah viral, susah nak naik balik. semua orang dah tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuio98ekuku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054584 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list