CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4961|Reply: 13

Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru - Rugi Kalau Tak Cuba

[Copy link]
Post time 13-8-2018 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Sudah pasti Char Kuey Teow yang dilimpahi dengan kuah yang pekat menjadi kegilaan ramai. Ditambah pula dengan adanya ketam, sotong dan udang, sudah pasti bakal membuat anda termimpi-mimpi selepas menikmati sepinggan Char Kuey Teow yang sungguh nikmat ini.





Bagi penduduk Sungai Buluh, anda berpeluang menikmati Char Kuey Teow yang mengandungi limpahan sotong, ketam dan juga udang di dalam satu pinggan.



Gerai Char Kuey Teow ini terletak di Tasik Biru, Kundang , Sungai Buloh, Selangor menjadi perhatian ramai bila menyediakan char Kuey Teow Tsunami yang mengandungi udang, sotong, ketam dan bahan-bahan lain. Dan yang pasti rasanya memang umph!


Apa yang menariknya dengan Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru ni?


Harga yang berpatutan


Dengan harga RM 14 sepinggan, anda bakal mendapat sepingan char kuey teow yang penuh dengan bahan-bahan yang mantap!





Limpahan kuah dan isi yang banyak


Selain harga yang mampu milik, sepinggan char kuey teow juga anda bakal disajikan dengan seekor ketam, seekor sotong dan juga 5 ekor udang. Dikatakan saiz char kuey teow macam ni sesuai untuk 2 orang makan. Wow!







Lokasi yang menarik


Selain menikmati char kuey teow yang sedap ini, anda boleh menikmati sepinggan char kuey teow sambil melihat pemandangan-pemandangan tasik biru yang cantik dan mempesonakan.





Jadi, buat anda yang berkelapangan ke Tasik Biru, Kundang, Sungai Buluh, jangan lupa untuk singgah di gerai char kuey teow ini. Lokasinya bersebelahan D'anjung Steamboat, khemah putih. - CARI


Kredit foto: MAKANAN-MAKANAN VIRAL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kundang ni Sg Buloh ke? Area rumag aku ni. Rasanya Kundang is Rawang. Sg Buloh kedepan lagi. Ke aku silap selama ni? {:question
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mewah nya dgn lauk. Mcm takdak tulis harga pun?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok missed that harga part. Hahaha! Rm14, berbaloi2 lah tu. Wow kena g ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea: Kundang ni Sg Buloh ke? Area rumag aku ni. Rasanya Kundang is Rawang. Sg Buloh kedepan lagi. Ke aku silap selama ni? {:question


Kan. Walaupun bukan tempat aku, tapi dah banyak kali ke Kundang ni. Definitely bukan Sg Buloh. Dia kat Rawang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:21 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 13-8-2018 04:04 PM
Kundang ni Sg Buloh ke? Area rumag aku ni. Rasanya Kundang is Rawang. Sg Buloh kedepan lagi. Ke aku  ...

betul la.. bini aku org situ ler.. selama ni aku rasa alamat dia rawang... tp, bini aku ckp sg.buloh, tapi alamat dia ade tulis rawang.. x de sg.buloh.. so konpius aku.. korang yg baca stetment aku ni pon mesti konpius gak kan.. tp... back to topic.. aku x nah pon gi mkn kat situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 04:37 PM | Show all posts
sedapnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 04:37 PM | Show all posts
tak kisahlah sg buloh ke rawang...  tapi rasanya mukim gombak ni.. yang penting sodap ke? Ada sape2 pernah pergi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 12:55 AM | Show all posts
zafira replied at 14-8-2018 04:37 PM
tak kisahlah sg buloh ke rawang...  tapi rasanya mukim gombak ni.. yang penting sodap ke? Ada sape2  ...

for me so so je
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:27 AM | Show all posts
zafira replied at 14-8-2018 04:37 PM
tak kisahlah sg buloh ke rawang...  tapi rasanya mukim gombak ni.. yang penting sodap ke? Ada sape2  ...

yg ada daerah gombak, mukim gombak tak ada, ke aku silap selama ni???

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:52 AM | Show all posts
murahnya dengan ketam lagi..
baru je minggu lepas kawan ai komplen rm45 dapat 5 ekor ketam jek kat market..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 14-8-2018 08:37 AM
tak kisahlah sg buloh ke rawang...  tapi rasanya mukim gombak ni.. yang penting sodap ke? Ada sape2  ...

Pernah pergi. Not bad. Tapi mohon mereka upgrade service
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 13-8-2018 03:05 PM
Kan. Walaupun bukan tempat aku, tapi dah banyak kali ke Kundang ni. Definitely bukan Sg Buloh. D ...

Tulah. Hehe takpe lah. Sg Buloh pun boleh lah asalkan orang jumpa. Kalau diorang dari Hosp Sg Buloh baru nak on Waze cari. Jenuh juga ke pelusuk Kundang tu. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 14-8-2018 07:21 AM
betul la.. bini aku org situ ler.. selama ni aku rasa alamat dia rawang... tp, bini aku ckp sg.bul ...

Sebab rumah saya depan sikit je dari Tasik Biru ni, tapi alamat masih Rawang. Heee Sempadan mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.860483 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list