CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 11

Sila Amalkan 7 Nasihat Ini Kalau Nak Kekal Hidup Berumah tangga

[Copy link]
Post time 10-1-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Terngiang-ngiang lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul. Penuh tersirat dan bermakna maksud yang cuba disampaikan.


Begitu juga apa yang cuba disampaikan oleh Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan terkenal yang cukup luhur dari sisi pandangan seorang suami. Setelah hampir 47 tahun melayari bahtera bersama isteri, beliau terpanggil untuk berkongsi tujuh nasihat untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.




Foto: Majalah Keluarga





Jom tengok nasihat beliau, yang dah kahwin boleh ikut tau!


1) Makin berumur, makin lama ikatan rumah tangga. Maka, banyak hati makin sensitif. Jangan mudah marah dan tersinggung kerana ia boleh menggugat rumah tangga. Itu normal.





Foto: Pesona Pengantin





2) Jangan mengungkit hal lepas terutama yang negatif, mengguris perasaan dan mengeluarkan kata-kata tak sedap didengar.


3) Bila salah seorang naik angin, elakkan perang mulut. Sebaiknya, jauhkan diri atau mengalah sahaja. Cuba untuk tidak keras kepala, okey!


4) Makan masakan isteri. Kalau sedap puji, tak sedap buat tak tahu saja ya. Tak perlulah komen lebih-lebih, penat isteri masak dengan penuh kasih.


5) Kalau pasangan tidur berdengkur, anggap sajalah ia irama yang sedap didengar. Atau, lari tidur atas sofa pun boleh.


6) Jangan marah atau jemu apabila isteri suka membeli-belah. Habis baik, suami boleh pergi tunggu di mana-mana 'kedai kopi' sambil layan Facebook. Jangan sesekali kompelin!




Foto: MASKULIN




7) Dalam umur makin meningkat, kita hanya mahukan berteman sahaja. Teman sejati, sehidup semati. Entah siapa pergi dulu, kita tidak tahu. Jadi, gunakan masa yang ada bersama isteri, anak-anak dan cucu-cucu sebaiknya. Sukar dibayangkan kalau pasangan pergi dahulu, yang tinggal hanya kesunyian.




Foto: PaMa





Sebak pulak rasa nasihat yang terakhir tu. Jadi, yang dah berkahwin boleh amalkan nasihat ini. Yang belum berkahwin boleh jadikan panduan akan datang. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok terima kasih. Cuba apply nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:55 AM | Show all posts
Nasihat orang tua bagus dijadikan panduan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:08 PM | Show all posts
semuanya bole disimpulkan dlm 1 perkataan = SABAR
nk kekal kene byk bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 03:27 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 10-1-2018 11:08 AM
semuanya bole disimpulkan dlm 1 perkataan = SABAR
nk kekal kene byk bersabar

betul.. kena byk bersabar. nak tahan marah and sabar dgn pasangan tu pun bukan senang.. sama rasa cam pegi berperang kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok, i’ll try - good tips {:spec
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza nasihat perkahwinan 47 tahun dengan nasihat bbnu kahwin tak sampai 5 tahun..tak perlu membebel panjang buat curahan hati pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you for sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru layak kongsi nasihat.
Bukan yg baru setahun dua kahwin dh berjela karang so called "Tips perkahwinan" ka IG.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:54 AM | Show all posts
good sharing!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ayah aku ada cakap
Kereta yang ayah beli mungkin x besar
Sebab bila korang dh besar..hanya ayah n mak je ada dlm kete ni
Last..ayah aku pergi dulu..
Tinggal mak aku n adik aku yang naik kete tu skang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:22 PM | Show all posts
tq info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.176273 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list