|
|
Nasi lemak sememangnya menjadi makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia.
Tapi nak mendapatkan yang benar-benar enak memang satu cabaran.
Kadang-kadang pelanggan merungut sebab setiap kali membeli nasi lemak, bukan sahaja sambal yang sedikit malah semua bahan lain pun diletak 'ciput'.
Mana telur rebusnya, kacang tanah dan ikan bilis? Namun, berbeza di warung yang satu ini.
Terletak di Kajang, Warung Bunian menyediakan nasi yang penuh dengan telur! Wah!
Seperti nasi pataya, nasi lemak telur bungkis ini dikatakan sebagai menu paling sedap.
Seorang netizen, Azri Walter berkongsi gambar dan juga video nasi lemak ini di laman sosial, terus menjadi viral bila dikongsi 17 ribu kali!
"Warung ini terletak di dalam kawasan kampung di pinggiran Putrajaya. Kalau kau datang jam 8 pagi. Memang silap-silap kau kena makan atas jalan tar jawabnya. kikiki.
"Selain nasi lemak, ada roti canai dan kuih muih. Roti canai nya ditebar oleh owner nya sendiri tau iaitu Puan Salmiah (bukan nama sebenar). Memang handal.
"Sesiapa yang teringin nak cuba boleh waze : Warung Bunian," katanya.
 Foto Carian internet
Jom, apa lagi! Jangan sampai mengidam pula.. - CARI |
|