CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3350|Reply: 31

Tertekan Tiada Tandas Di Rumah, Isteri Nekad Ceraikan Suami

[Copy link]
Post time 21-8-2017 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Bayangkan tiada tandas langsung dalam sesebuah rumah, memang tak masuk akal dan boleh menimbulkan marah.


Disebabkan itu jugalah, seorang isteri di New Delhi India bertindak menceraikan suaminya kerana permintaannya untuk membina tandas di dalam rumah mendapat bantahan.


Menurut laporan The Hindu, wanita yang berkahwin pada tahun 2011 itu juga telah merayu kepada mentuanya kerana sudah tidak tahan terpaksa keluar ke padang setiap kali mahu membuang air kecil dan besar.


Selepas diendahkan, wanita terbabit pulang ke rumah ibu bapanya dua tahun lalu dan memfailkan cerai.

Foto: AFP


Mahkamah Keluarga di Bhilawara, Rajasthan mendapati perbuatan keluarga mentua terbabit sebagai satu kekejaman dan menyebabkan penyeksaan mental terhadap wanita itu.


Hakim Rajendra Sharma menyatakan, ketiadaan tandas adalah sesuatu yang memalukan pada abad ke-21 ini dan dianggap sebagai satu penyakit masyarakat.


“Pelik apabila orang tiada masalah berbelanja membeli arak, rokok atau telefon bimbit tetapi bukan untuk membina tandas di dalam rumah,” katanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
aduhaii, mesti kwsn tu berbau
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun x faham dgn negara india ni, berdosa ke kalau buat tandas??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:50 AM | Show all posts
2x5 indon jugak


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau haku kubakar je rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikmat paling besar melabur dengan aman..kalau dpt cm toilet dato vida, siap dia washer machine punggung berkerak jadi punggung bidadari, ada mode sport, sport plus, pancuran telaga embun..bagi yang susah buang air besar, feature massage kt punggung sesuai sangat,punggung anda akan dirangsang dengan cakaran dodi ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2017 12:18 PM | Show all posts
Selayaknyalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:21 PM | Show all posts
Adoila...zaman bila nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 12:22 PM | Show all posts

memang padan lah dua-duanya...satu pakai rupee..yang satu pakai rupiah...sama2 tak ada tandas...BABS jadi keutamaan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pun..zmn moden mcm skrg..mngarut kalau tandas pun xda..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:27 PM | Show all posts
negara bebas tandas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-8-2017 12:45 PM

byk pun rumah2  kat kpg  ulu kelantan tu jamban maseh kat luar rumah.nak hairan sgt ke .yg melepas kt tepi sungai pun maseh ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha tndas is a must ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-8-2017 12:38 PM
byk pun rumah2  kat kpg  ulu kelantan tu jamban maseh kat luar rumah.nak hairan sgt ke .yg melepas k ...

Jamban kat luar masih ada tandas sendiri.itu rumah lama tandas kat luar.ni nak buang air tandas takde kena pergi padang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-8-2017 12:38 PM
byk pun rumah2  kat kpg  ulu kelantan tu jamban maseh kat luar rumah.nak hairan sgt ke .yg melepas k ...

Motif.. bukan itu tandas2 lama zaman dulu ka?? Rumah atok aku pon ada tandas di luar rumah tp tandas di dlm rumah masih ada yach!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 12:59 PM | Show all posts
Pelik-pelik laa set mat kitang nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 01:05 PM | Show all posts
adui masalah betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:18 PM | Show all posts
kalau aku pun tak sanggup bersuamikan lelaki pengotor yang tak reti buat tandas dalam rumah. or kalau macam leceh sangat, tandas luar rumah pun takpe asalkan tandas sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape la korang ni....diorang mengambil fitrah haiwan suci mereka,lembu yang suka berak merata-rata.itu pun x tau

Kalau lombu buley berak mana-mana,yitta pun boley chitt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:20 PM | Show all posts
india mmg ada masalah tandas.
mostly lepas hajat kat tepi pantai, esp men.
toilet yg ada pon daif n kotor. satu toilet kongsi berpuluh2 org.

apa masalahnya kalau buat toilet sorang satu.gila betol. mesti banyak yang kena batu karang and sembelit.esp women la.terpaksa menahan diri nak buang hajat sbb tuggu turn pny pasal.

india2..
kalau kaya tu, kaya sangat..kalau dhaif tu, dhaif sungguh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.437485 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list