CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 2

Emel BNM & LHDN Bayar Balik Potongan Cukai, Jangan Terperdaya!

[Copy link]
Post time 24-10-2016 06:05 PM | Show all posts |Read mode


sumber foto: http://uangviahp.weebly.com/



Taktik penipuan di laman jaringan semakin hebat.


Terbaru, sindiket penipuan mempergunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara untuk menipu orang ramai isi dan lengkapkan borang peribadi.


sumber foto: Sin Chew jit Poh



Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, kelmarin terdapat seorang peniaga dari Nilai terima emel daripada Bank Negara yang memaklumkan dirinya akan terima bayaran balik cukai yang telah dipotong berjumlah hampir RM20,000.


Namun sebelum itu, dia harus dapatkan satu borang yang diperolehi melalui internet dan isi dengan lengkap maklumat peribadi.


Bagaimana pun, mujurnya, peniaga tersebut menyemak dengan teliti kandungan emel tersebut dan mendapati dalam emel itu tidak tertera nama penerima emel dan syarikat, hanya meninggalkan alamat jaringan sahaja, ianya amat mencurigakan.


Justeru itu, peniaga tersebut yang nyaris terperangkap itu mengambil insiatif menghubungi pihak yang berkaitan, barulah sedar pemberitahuan bayaran semula cukai yang diterima dari Bank Negara itu adalah tidak benar.


Ianya mungkin satu taktik terbaru sindiket penipuan yang bertujuan untuk mendapat maklumat peribadi orang ramai.


Orang ramai adalah dinasihati, sekiranya terima sebarang emel yang mencurigakan yang mengatakan akan terima sejumlah wang atau hadiah yang percuma, anda perlu bertenang dan baca dengan teliti kandungan emel itu untuk memastikan kesahihannya.


Selain itu, orang ramai juga boleh terus menghubungi pihak yang berkaitan bagi mengelakan daripada ditipu oleh sindiket penipuan di laman jaringan yang semakin berleluasa. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kwn aku dah kena..nasib baik dia sedar awal itu scam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 06:40 PM | Show all posts
ni phishing..bole report email camni ke skmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:38 AM GMT+8 , Processed in 1.286041 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list