CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 31-7-2019 09:54 AM | Show all posts
selain kes nih, arini ada update jugak kes nurse dan nigerian tu, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 09:54 AM | Show all posts
harapnya semua okt dipanggil untuk membela diri
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harini kan? Rasa berdebar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:24 AM | Show all posts
aku lak yang nervous nak tunggu keputusan..harap sabit la semua yng terlibat, walaupun ko kata ko ada tolong sikit ke apa, tapi ko terlibat kan..tak report lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:35 AM | Show all posts
OKT2 dipanggil utk bela diri....Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:35 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan
terbela nasib mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2019 10:44 AM | Show all posts
Edited by atira at 31-7-2019 10:48 AM



Astro AWANI
Retweeted


Madiha


@madhiamadani
·11m

Sujud syukur bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh 2 Oktober mula perbicaraan. @501Awani





Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:44 AM | Show all posts
Edited by atira at 31-7-2019 10:47 AM

so tarikh mula perbicaraan 2 okt.....sorang dibebaskan dari tuduhan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ek sorang yg terlepas dari membela diri tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:50 AM | Show all posts
Seorang lagi tertuduh, Akmal Akif Alias dilepaskan dan dibebaskan di bawah Seksyen 330 (mendatangkan kecederaan).
@501Awani


ohh... ikut tweet awani .....akmal dilepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksud dah jatuh hukuman pastu kena bela diri la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:52 AM | Show all posts

kenapa akmal dilepaskan ek ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:53 AM | Show all posts
Edited by atira at 31-7-2019 10:56 AM

betul ke pemahaman aku ni..
dah jatuh hukum.. dan ikut prosedur sebelum kene hukum.. pesalah akan disuruh bela diri...atau ada bukti kukuh kes bunuh.. boleh masuk court.. belum ada hukuman?
hukuman lambat lagi la maksudnye

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:59 AM | Show all posts
belum jatuh hukum. secara rngkasnya, pendakwaraya dah ceritakan kes kat mhkamah, skrg giliran okt utk cerita their side of story
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:00 AM | Show all posts
i see.. jauh lagi perjalanan nye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:03 AM | Show all posts
atira replied at 31-7-2019 03:00 AM
i see.. jauh lagi perjalanan nye..

ye jauh lagi perjalanan. Pihak Pendakwaan dah buktikan ada prima facie kes, so now turn defence team utk raise reasonable doubt masa stage pembelaan ni. lepas tu baru hakim buat keputusan penuh + jatuh hukum...
kita doa yang baik2 utk keluarga arwah, insya Allah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2019 11:05 AM | Show all posts
31 Julai 2019 9:53 AM


KUALA LUMPUR 31 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan untuk memanggil enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dan bersubahat untuk membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam penuntut tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Turut dipanggil membela diri ialah 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutusakan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

Seorang penuntut, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.

Lima penuntut UPNM yang kini berada dalam reman, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin didakwa membunuh mangsa di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Abdoul Hakeem pula menghadapi pertuduhan bersubahat membunuh di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 109 akta sama yang turut membawa hukuman mati.

Kesemua enam tertuduh turut didakwa bersama-sama 12 lagi penuntut; Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

https://www.utusan.com.my/berita ... -bela-diri-1.946883
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:07 AM | Show all posts
aduh..panjang lagi ni..silap2 makan bertahun kalau jatuh hukum, then buat rayuan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:16 AM | Show all posts
Edited by WandaMi at 31-7-2019 03:19 AM

akmal dituduh mencederakan, tp skrg dah lepas dari tuduhan tu. yg lain mesti menggigil habis especially yg hukuman mati tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:24 AM | Show all posts
panjang lagi kes ni..
sampai satu tahap nanti lawyer tertuduh akan tarik diri...
bukti dah ada..
cuma untuk mengaku bersalah je.
bila salah seorang tak tahan dan mengaku bersalah. apa kan jadi..
berapa lama boleh bertahan kan simpan rahsia..
baru settle..
buang masa muda tertuduh je..
selagi boleh, mereka akan runding dengan pihak keluarga mangsa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.496859 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list