CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 06:36 PM | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 05:40 PM
macam HR dah ni

kompom HR neh..
senior HR ker?
atau head
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 06:36 PM | Show all posts
pittjie posted on 24-6-2014 04:46 PM
dan lagi tak faham ... emak yg ada anak OKU ni pulak nak salahkan masyarakat sbb salahkan emak fir ...

aku rasa akak tu geram ngan jkm/gomen/org keliling yg xmembantu bukan nak membacking makcik lola ni sgt pun.. melepaskan geram gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:40 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 06:36 PM
aku rasa akak tu geram ngan jkm/gomen/org keliling yg xmembantu bukan nak membacking makcik lola n ...

yer mungkin gak

tapi masalah nyer sapa nak tau masalah loklak ni kalau dia tak bercerita ...
majikan pun pun tak tau .. kalau majikan yg wajib dapat keterangan peribadi  employee pun tak tau dia ada anak OKU
( punya la berahsia sgt) ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:42 PM | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 06:40 PM
yer mungkin gak

tapi masalah nyer sapa nak tau masalah loklak ni kalau dia tak bercerita ...
...

adoi la... akak yg dimaksudkan bukan acik dewi tau, haha sy silap baca tu, dimaksudkan kakak yg tulis blog tu... jgn terasa, iols tau acik jaga anak camna
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:47 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 06:42 PM
adoi la... akak yg dimaksudkan bukan acik dewi tau, haha sy silap baca tu, dimaksudkan kakak yg tu ...

yer mungkin gak  (betul lah tu .. akak D pun maksud kan akak bolg tu)

tapi masalah AKAK BLOG TU LUPA ..  sapa nak tau masalah loklak ni kalau dia tak bercerita ...
majikan pun pun tak tau .. kalau majikan yg wajib dapat keterangan peribadi  employee pun tak tau dia ada anak OKU
( punya la berahsia sgt) ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:49 PM | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 06:47 PM
yer mungkin gak  (betul lah tu .. akak D pun maksud kan akak bolg tu)

tapi masalah AKAK BLOG T ...

pelik betul.. seolah2 anak tu xpernah wujud pulak. agaknyer pengasuhnyer jaga siang mlm kot, dia xamik kisah sgt. bila pengasuh pegi baru tau betapa susahnyer. sgt2 pelik dia xminta bantuan apa2...hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 24-6-2014 06:13 PM
Sejak kes ni tersebar. aku hari2 baca paper
nama bapak tiri langsung tak di sebut sebut
agak mus ...

adekah macit lola berhalusinasi??

kan dia isteri kedua..mungkin rahsia tanpa pengtahuan  isteri first
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:54 PM | Show all posts
pittjie posted on 24-6-2014 05:02 PM
kenapa jauh sgt pendapatan kasar dan pendapatan bersih dia? tolak apa je dr gaji pokok tu?

kereta..biar papa asl bgaya gitu!!nk gk tahu makcik loklak ni bawa kereta apa..dkt rumah pprt standard gitu..hairan bin ajaib rumah pprt penuh dgn kereta mahal2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 06:56 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 06:49 PM
pelik betul.. seolah2 anak tu xpernah wujud pulak. agaknyer pengasuhnyer jaga siang mlm kot, dia x ...

pas ni BAC berahim kuar kenyataan lak kakak lola isi borang employee ,cakap anak dia sorang jer n normal takde OKU

Last edited by dewi on 24-6-2014 06:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:57 PM | Show all posts
Last edited by Anak_Nogori on 24-6-2014 06:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:00 PM | Show all posts
hungryhenry posted on 24-6-2014 06:54 PM
adekah macit lola berhalusinasi??

kan dia isteri kedua..mungkin rahsia tanpa pengtahuan  isteri ...

Jiran2 bercerita kaklola kalau bungkus nasi pun cuma 3bungkus je

tang bungkus nasi boleh nampak pulak, tang laki baru kaklola tak ada pulak jiran bercerita walau dah 15tahun tinggal sama2 kat situ


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 06:54 PM
kereta..biar papa asl bgaya gitu!!nk gk tahu makcik loklak ni bawa kereta apa..dkt rumah pprt stan ...

tgk corak upholstery keta kt gmbr selfie ... mcm kancil je sis. iols suspek tolak loan. personal loan. comp dia tu ada skiim loan koperasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:12 PM | Show all posts
Madel posted on 24-6-2014 07:00 PM
Jiran2 bercerita kaklola kalau bungkus nasi pun cuma 3bungkus je

tang bungkus nasi boleh nampak ...

ke memang lola masih janda..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:12 PM | Show all posts
Jangan sudah terserempak, baru hendak bertindak

CORETAN MARHAEN
MENITIK airmata membaca kisah Muhammad Firdaus Dullah, remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan cukup memilukan di sebuah unit rumah pangsa di Nilai, Negeri Sembilan.

Remaja itu berusia 15 tahun namun fizikalnya seperti kanak-kanak lima tahun. Kurus-kering sehingga menampakkan tulang rusuk, baju yang bukan lagi lusuh tetapi compang-camping, tidak berseluar, rambut panjang tidak terurus.

Walaupun ditemui dalam keadaan menyayat hati, sesiapa yang memandang pasti mengakui remaja ini memiliki paras rupa yang segak. Dan sebagaimana gambar lamanya yang dimuat naik dari akaun Facebook ibunya, memang remaja ini ‘pernah’ comel.

Soalnya berapa lamakah dia menderita sehingga keadaannya menjadi seperti sekarang?

Jika mengikut kata jiran-jiran, kali terakhir mereka melihat Firdaus ketika remaja itu masih kanak-kanak iaitu sekitar usia lima atau enam tahun. Sejak itu mereka tidak pernah melihat kelibatnya.

Jika diambil keterangan bekas pengasuhnya pula, dia membela Firdaus selama lapan tahun sebelum tidak lagi menjaganya kerana berpindah ke tempat lain.

Berdasarkan kenyataan jiran dan bekas pengasuh itu, rasanya bolehlah dianggarkan hampir tujuh tahun remaja malang ini ‘hilang’ daripada pandangan mata masyarakat dan hidup terkurung di dalam ‘kediamannya’.

Tidak perlulah ditanya siapa yang memberi makan minum kerana daripada keadaannya ketika ditemui, jelas remaja ini sudah lama tidak menyentuh nasi. Bukan sehari dua, berminggu atau bulan, sebaliknya mungkin bertahun.

Ungkapan popular menyebut, kasih ibu membawa ke syurga. Justeru kita tertanya-tanya di mana silapnya dalam kes Firdaus ini?

Mungkinkah ungkapan, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu - tidak boleh dipakai lagi dalam dunia moden yang serba mahal dan penuh tekanan ini.

Penulis tidak berniat menuding jari mempersalahkan si ibu 100 peratus.

Merantau jauh dari Sabah, bercerai dan ditinggalkan dengan seorang anak OKU. Si ibu muda itu sendiri mungkin putus harap untuk hidup. Stigma gelaran janda juga mungkin membuatkannya ‘segan’ bergaul dengan jiran tetangga.

Agak malang apabila jiran-jiran juga ‘membiarkan’ dia hidup dengan dunianya, ‘menutup’ masalah peribadi sendiri-sendiri dan cuba melupakan kisah pahit perkahwinan pertama.

Tragisnya mungkin ketika sibuk merawat luka di dada dan cuba melupakan episod keruntuhan rumah tangga, dia turut ‘terlupa’ akan zuriat hasil perkahwinan yang gagal itu.

Sikap ‘aku-aku, engkau-engkau’ atau istilahnya individualistik yang menjadi pegangan masyarakat turut menyumbang kepada pengabaian nasib remaja malang ini.

Mujurlah dia ditemui oleh pegawai Imigresen yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di rumah pangsa berkenaan, jika tidak, mungkin Firdaus masih terkurung di situ atau mungkin sahaja dia tidak sempat diselamatkan.

Terkadang kita merasakan nasib PATI lebih baik daripada nasib insan seperti Firdaus. Sekurang-kurangnya ada agensi seperti Imigresen dan Rela yang sentiasa mengadakan operasi dari semasa ke semasa untuk mengesan kedudukan mereka. Kalau ditangkap pun, PATI akan ditempatkan di depot tahanan dan mendapat layanan baik, cukup makan.

Namun tiada pihak yang ambil tahu nasib Firdaus. Tiada ibu atau bapa mahupun sanak-saudara menjadi tempat bergantung. Tiada rakan tempat mengadu. Tiada jiran tempat bertangga.

Ke mana pemimpin setempat, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, NGO, agensi bertanggungjawab mahupun wakil rakyat?

Kes Firdaus patut menjadi bahan kajian akan kepincangan sistem sosial dalam masyarakat kita. Jadikan kes ini titik tolak kepada perubahan dalam minda dan sikap semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak, agar lebih prihatin terhadap nasib orang yang memerlukan bantuan di sekeliling kita.

Pegawai Kebajikan Masyarakat terutamanya tidak boleh lagi duduk di meja menunggu kes diadukan kepada mereka, sebaliknya perlu turun padang menjejaki kes.

Jangan tunggu sehingga ada lagi kes seperti Firdaus didedahkan gara-gara ‘operasi tidak sengaja’, baru hendak bertindak!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... indak#ixzz35YPLzNbK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:16 PM | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 06:56 PM
pas ni BAC berahim kuar kenyataan lak kakak lola isi borang employee ,cakap anak dia sorang jer  ...

diaorg haruslah nak menyelamatkan company diaorg... bila dtg benda2 mcm ni xder sapa nak nolong dh aih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 07:19 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-6-2014 04:05 PM
owh...kalau admin ok tu..tak perlu keje lewat...balik on time..

mesti ada kat local uni fresh g ...

true...susah betol nak dpt information. nak reach out kt university pun call tak angkat email tak berbalas. kita sungguh sungguh nak tp university mcm taknak tolong student sendiri.....university swasta jugak bagus...very strong employer relations....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:22 PM | Show all posts
'Saya sanggup jaga Muhammad Firdaus'


Gambar lama yang menunjukkan Muhammad Firdaus menjalani rawatan tradisional menggunakan pasir laut.
SEREMBAN 22 Jun -

Ketika wajah Muhammad Firdaus Dullah muncul di televisyen dalam satu operasi Jabatan Imigresen di Nilai, semalam, Norfitri Radius dan keluarganya menangis melihat keadaan remaja itu.

Terlalu sukar untuk mempercayai remaja yang pernah diasuhnya selama lapan tahun kini terabai sebegitu rupa.

Norfitri, 42, yang menetap di Gemencheh berkata, selepas mendapat tahu Firdaus dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, dia terus bergegas ke hospital itu.

"Ketika melihat dalam televisyen, kami sekeluarga menangis. Anak saya turut menangis. Anak juga bertanya kenapa tidak bawa sahaja abang (Muhammad Firdaus) pulang dan boleh kita jaga dia.

"Saya kemudian menelefon ibunya yang pada ketika itu telah ditahan oleh pihak polis untuk bertanyakan perkara sebenar dan mengapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.

"Dia (ibu) sebenarnya ada masalah kesihatan tetapi macam mana pun, dia tidak pernah pukul anaknya. Saya dan ibunya macam adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Norfitri yang bekerja sebagai pelayan gerai, jika diberi peluang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia bersedia untuk menjaga remaja itu kerana sudah menganggapnya sebagai anak kandung sendiri.

"Saya berhenti menjaganya kerana mengikut suami berpindah ke Gemencheh," tambahnya.

Norfitri memberitahu, kali terakhir dia menghubungi ibu kanak-kanak itu dua minggu lalu dan sempat bertanyakan khabar tentang Muhammad Firdaus.

Jelasnya, sepanjang dia menjaga mangsa, tubuh remaja OKU itu sihat serta berisi dan pernah satu ketika, mereka bersama ibu Muhammad Firdaus ke pantai untuk tujuan rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sedikit.

"Saya tahu dia mempunyai masalah kewangan. Kami pernah berbincang untuk mendapatkan bantuan JKM, tetapi saya tidak tahulah setakat mana dia memohon," katanya.

Kata Norfitri, turut dikesalkan ialah bapa Muhammad Firdaus seperti tidak mengambil peduli tentang anaknya itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rdaus#ixzz35YSAzrIt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:32 PM | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 06:54 PM
kereta..biar papa asl bgaya gitu!!nk gk tahu makcik loklak ni bawa kereta apa..dkt rumah pprt stan ...

bukan kereta kancil je ka..




ni contoh. haha gigih




Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 07:33 PM | Show all posts
Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.


Gambar remaja yang dilihat mirip Muhammad Firdaus Dullah.


Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu.


Keadaan ketika Muhammad Firdaus Dullah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -fb-ibu-remaja-oku/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.914333 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list