CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: NIXAR

[Jenayah] Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2014 02:11 PM | Show all posts
d'zeck posted on 24-7-2014 09:42 AM
ada betulnya

bila langsung tidak membaca akhbar2 tempatan

setengah org memilih utk terkenal dgn mende2 bodo
rasanya mamat ni saje berlakon jadi dungu
tgk ayat2 dia pon tau...mcm dlm nada sinis gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 02:13 PM | Show all posts
azrain98 posted on 24-7-2014 10:00 AM
sorang forumer di ssc salah sorang mangsa mh17

ssc tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:19 PM | Show all posts
fiza1 posted on 24-7-2014 01:58 PM
korang dah baca ni? kisah bagaimana PM Najib deal dengan Mr Borodai

Malaysia's Risky Talks With R ...

kan sis?
the way penulisan beliau sangat the cerita hollywood, harap ada yg filemkan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:21 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 24-7-2014 02:11 PM
setengah org memilih utk terkenal dgn mende2 bodo
rasanya mamat ni saje berlakon jadi dungu
tgk  ...

mungkin juga

dia sebenarnya nak mengejek
macai PR kalo tengok
gaya penyampaiannya

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:30 PM | Show all posts
asrul samad tu troll account je.. saja nak trollkan Pakatan Rakyat katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:30 PM | Show all posts
Berita Harian Online:



KENDERAAN yang membawa keranda mangsa nahas MH17 diiringi anggota keselamatan di lebuh raya A27 berdekatan Nieuwegein yang dalam perjalanan untuk proses pengecaman identiti mayat oleh pakar forensik di Hilversum, hari ini. - Foto Reuters




ATLET Malaysia di upacara pembukaan Sukan Komanwel Glasgow beri penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 dengan barisan pertama atlet dalam perarakan kontinjen memakai pakaian seragam Penerbangan Malaysia (MAS) dan lilitan kain hitam di lengan. - Foto Rosli Ahmad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 02:33 PM | Show all posts
fiza1 posted on 24-7-2014 01:58 PM
korang dah baca ni? kisah bagaimana PM Najib deal dengan Mr Borodai

Malaysia's Risky Talks With R ...

sangat menarik

cabaran yang dihadapi pasukan khas malaysia
diketuai kolonel sakri sememangnya di luar jangkaan

kelebihan2 yang ditunjukkan beliau
sewaktu urusan perundingan sejak
memandu sendiri melewati kawasan
kubu kuat puak pemisah ukraine,

mesyuarat yang memakan masa
berjam2 lamanya sehingga kotak hitam diperolehi
dan kebenaran memasuki zon ground zero diputuskan,

mampu memadamkan cubaan memburukkan
reputasi malaysia melalui isu grammar enggerish
yang jauh amat remeh

syabas PM dan kolonel sakri
serta semua pasukan petugas khas malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:33 PM | Show all posts
fiza1 posted on 24-7-2014 01:58 PM
korang dah baca ni? kisah bagaimana PM Najib deal dengan Mr Borodai

Malaysia's Risky Talks With R ...

memang mcm film script...tp mmg journey & tugas wakil  malaysia ni merbahaya.
Sbb tu aku mushkil org2 yg komen wakil Malaysia ni gaya mcm nk makan angin
siap duk komen english bagai.....
di war zone yg bedil sana sini & guarded dgn separatist tp forumer sini siap condemn tak hingat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 02:39 PM | Show all posts
Changa posted on 24-7-2014 02:19 PM
kan sis?
the way penulisan beliau sangat the cerita hollywood, harap ada yg filemkan.

KIEV - UKRAINE. Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.
   
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Leftenan Kolonel Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.
   
"Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.
   
Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.
   
Ia dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mengenainya.
   
Mohd Sukri berkata beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pAsukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan.
   
Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.
   
"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.   

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," katanya sambil menambah bahawa pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi Kerajaan Ukraine dan Borodai.
   
Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

"Kami bimbang, namun terpaksa melaluinya juga kerana tiada pilihan lain untuk mencari kata pemutus.
   
"Kami perlu membawa balik mayat mangsa ke pangkuan orang yang tersayang dan perlu mendapatkan kotak hitam, termasuk bangkai pesawat, untuk mencari kebenaran," kata Rosli, yang bertugas dengan syarikat telekomunikasi satelit, Sapura Secured Technologies sebagai pengurus besar (kemudahan dan perkhidmatan rangkaian pengurusan pelanggan).
   
Rosli berkata ketika rundingan berlangsung, beliau terdengar bunyi beberapa letupan di bandar itu dan meluru keluar daripada bangunan berkenaan, lalu ternampak beberapa bangunan terbakar dari jauh.   

Rosli juga menyatakan beliau mendengar bunyi beberapa letupan bom dan tembakan.
   
"Sebenarnya, kami telah cuba pergi ke tempat pesawat berkenaan terhempas di Torez bersama anggota kumpulan pemberontak yang mengikut kami dengan menaiki dua kereta kebal, tapi terpaksa berpatah balik apabila melihat dua jet pejuang berlegar di udara," katanya.

Rosli berkata setelah rundingan selesai, pasukan itu dibawa ke sebuah stesen kereta api pada pukul 3 pagi Selasa, di mana mayat mangsa dalam tragedi itu ditempatkan dalam sebuah kereta api.
   
Katanya mereka diiring pemberontak bersenjata dan keadaan bertukar menjadi tegang apabila dengan tiba-tiba sebuah kereta memintas laluan kenderaan yang membawa kumpulan itu sebaik sahaja tiba di stesen kereta api berkenaan.
   
"Para pemberontak dengan tergesa-gesa turun daripada kenderaan mereka sambil menghunus senjata dan memekik kepada pemandu kereta berkenaan supaya beredar.


Pemandu itu melakukan seperti yang diarah," kata Rosli sambil menambah bahawa pasukan Malaysia itu segera menaiki kereta api berkenaan yang menuju ke Kharkiv.
   
Beliau berkata sepanjang perjalanan yang memenatkan itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa, selain memohon keselamatan daripada Allah kerana mereka membawa pulang dua 'barang yang amat penting' - mayat 282 mangsa dan dua kotak hitam.
   
Mereka tiba di sebuah kemudahan ketenteraan pada tengah hari Selasa dan mayat berkenaan diimbas serta ditag sebelum diterbangkan ke Netherlands, katanya.
   
Rosli berkata kotak hitam itu dihantar kepada pihak berkuasa berkenaan di United Kingdom malam tadi untuk tujuan penyiasatan.
   
Menurut Rosli beliau menyertai pasukan itu kerana ditugaskan memasang sistem komunikasi radio untuk MKN.
   
Katanya pasukan perunding itu menyembunyian dua kotak hitam berkenaan di dalam dua beg galas agar ia tidak dilihat sesiapa. - Bernama
Last edited by aurora273 on 24-7-2014 02:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:39 PM | Show all posts
Innrukia posted on 24-7-2014 02:33 PM
memang mcm film script...tp mmg journey & tugas wakil  malaysia ni merbahaya.
Sbb tu aku mushkil  ...

yg duk kutuk tu suruh la dia pegi. mesti berhabuk english dia dan muka serius

nanti cakap lebih2 org kata kita x kasik org komen negatif bila melibatkan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:40 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-7-2014 09:07 AM
tak tau da ada ke belum..

asrul yg ngong.

sat aku tak paham, tu kan kotak hitam, kan tulis flight recorder, ape kebender yang kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:42 PM | Show all posts
kat malaysia ni oang melayu tak boleh lihat kelebihan orang.inferiority complex terlalu tinggi.juara kampung.i tengok ramai je rakyat malaysia dikagumi di luar negara.i ada kawan husband kerja kat united nation .dia akan masuk dalam team negara bergolak dan akan bagi advised apa yg patut dibuat kat UN HQ.dia bekas tentera malaysia.dia boleh cakap banyak bahasa.berapa ramai nak kerja kat bahagian tu ,tapi tak layak.Dr jemilah boss Mercy Malaysia tu jadi penasihat UNHCR war relief kat United Nation.belum lagi yg kerja kat world bank,unesco atau Imf yang berpangkat kat dalam tu.tu belum lagi pakar stock market,forex,kat company warren buffet kat new york,london.tapi sebab kita ni hanya tengok orang dalam negeri je tak bergaul orang yg berjaya dalam bidang masing masing kat luar negara .tu asyik mengata je.ramai je mat saleh pandang respek kat rakyat malaysia di luar negara.tapi kita ni je suka melekehkan kelebihan orang .sedangkan diri sendiri tak menyumbang apa pun untuk bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:43 PM | Show all posts
pasuoren posted on 23-7-2014 03:45 PM
diorang..?
kalau rujuk pada side Malaysia, yang bertanggungjawab deal tu, najib..

aku Tanya DEAL.. Tanya kekuatan dia or pandang rendah dgn dia..mcm kau bercinta..tentu ada janji2 kan.walau handsome sekali pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:44 PM | Show all posts
Fuyoo, dah mula rasa RESPEK kat Najib ni!  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:47 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 24-7-2014 02:13 PM
ssc tu apa?

Aku rasa skyscraper city.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:49 PM | Show all posts
cenkudu posted on 24-7-2014 02:39 PM
yg duk kutuk tu suruh la dia pegi. mesti berhabuk english dia dan muka serius

nanti cakap ...

Depa boleh bagi komen negative & kita counter balik dgn komen positive
yin & yang gitu......baru balance............

sebab aku tak menyumbangkan apa2 pun utk usaha gomen ni, aku rasa cukupla sekadar sumbang komen yg positive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 02:54 PM | Show all posts
Berita Harian Online:



PASUKAN Penyelamat Khas Malaysia (SMART) memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 untuk tugasan forensik di Kharkiv, Ukraine hari ini. Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:56 PM | Show all posts
tupaiterbang posted on 24-7-2014 01:47 PM
cina ni x abis2..

Pls merasuah ni budaya depa jd bila ada benda2 begini, itu saja yg depa blh fikir. Inilah perangai bangsa takut mati.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:57 PM | Show all posts
Jasad mangsa MH17 mungkin tidak dapat dibawa balik sebelum Aidilfitri - Najib



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Reuters


KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak berkemungkinan dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di sini hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:58 PM | Show all posts
applemy posted on 24-7-2014 02:44 PM
Fuyoo, dah mula rasa RESPEK kat Najib ni!

selama ni ko mmg anti najib la ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.740377 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list