CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 30-1-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembabnya perbicaraan.. Dr 3hr di kensel. Plak kes peguam ada kes lain..

Kan dh bgtau awal2 tarikh kes 23-25..apahal. plak handle kes lain.. Cibaiii betull
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
archerfahid replied at 30-1-2019 08:50 PM
Lembabnya perbicaraan.. Dr 3hr di kensel. Plak kes peguam ada kes lain..

Kan dh bgtau awal2 tari ...

Macam ada perancangan utk lepaskan setan2 tu semua je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 30-1-2019 08:57 PM
Macam ada perancangan utk lepaskan setan2 tu semua je

Mcm sajer2 lengah2kan. Mahkamah dah bg tarikh.. Berilah komitmen.. Kes yg lain tu postponed tarikh lain lah.. Nir kea bunuh okey.. Penting

Dah nk raya plak dah nie.. Tahun ke 3 raya..x abis2
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin gemok pula bajingan2 celaka pembunuh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Santet jah bajingan2 ni jika terlepas dari hukuman. Mohon bomoh2 bodoh yang suka test power di restoren menyantet sembarangan itu gi test power kat pembunuh2 lokal pula.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-1-2019 09:14 PM
Santet jah bajingan2 ni jika terlepas dari hukuman. Mohon bomoh2 bodoh yang suka test power di resto ...

Kalau death note dlm anime jepun tu wujud dah lama aku tulis nama2 diorg tu dalam tu kasi mampus terus. Mcm watak dlm anime tu yg tulis nama2 penjahat dlm buku nota tu nak bersihkan dunia dari kejahatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2019 02:05 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 25-1-2019 04:33 PM
tengok update dari Pn Hawa, bersambung March...lambatnyaaaaa

laa ye ker....errmm jgn laa diorg dok lengah2...nnt lama2 adalh yg x bersalah plak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka dah 2 tahun berlalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya...
lmbat nk dpt closure..
xkn nk tggu 2 kali puasa br nk dpt keputusan..
sori klau bila i komen ni naik balik benang walaupun xde update..
adik zulfarhan xkn pernah hilang dlm ingatan kami forumer cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa cerita Kim jong nam. Lama betul veitnam indon itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2019 02:38 PM
Baru jumpa update 25 Jan uolsss

Bicara kes Zulfarhan: DNA saksi pendakwaan ditemui pada tali ping ...

Perbicaraann sambung 7 mac plak ..huhu.
Allahu... Jangan la  tetiba tangguh lagi .

Kalau laa kes arwah Farhan cepat  dibicarakan , mcm kes arwah adib bomba..mesti ..  Tenang hati kluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:52 AM | Show all posts
harap pembunuh farhan tidak terlepas...dan mereka2 yg terlibat tau kejadian tersebut tp acah2 x tau dihantuai trauma spjg hayat..mati pun mata terbukak gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman seberat berat nye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yg pergi trial esok @ ada info, tlg update di sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-1-2019 09:14 PM
Santet jah bajingan2 ni jika terlepas dari hukuman. Mohon bomoh2 bodoh yang suka test power di resto ...

Syirik tu kak menikut fahaman Suku Biduanda aka Melayu Asli
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kuar result trial ke? Sape2 tlg update plssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Red_gem replied at 7-3-2019 06:15 PM
Dah kuar result trial ke? Sape2 tlg update plssss

Result belum keluar, masih dlm perbicaraan
Pleasa sesiapa yg ada info perbicaraan hari ni, tlg update ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 08:33 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 7-3-2019 08:46 PM
Result belum keluar, masih dlm perbicaraan
Pleasa sesiapa yg ada info perbicaraan hari ni, tlg up ...

Kes bunuh Zulfarhan: 30 penuntut UPNM dipanggil

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia disyaki didera rakan seuniversitinya, dua tahun lalu, diberitahu seramai 30 penuntut UPNM sudah ditahan bagi membantu siasatan kes itu sebelum ini.

Pegawai Penyiasat Kanan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, 30 penuntut yang ditahan itu termasuk enam tertuduh yang didakwa membunuh Zulfahan Osman, 13 tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa serta beberapa daripada mereka sudah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

“Saya setuju,” kata saksi pendakwaan ke-29 itu kepada cadangan peguam Amer Hamzah Arshad ketika pemeriksaan balas bahawa kesemua penuntut itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Amer Hamzah mewakili tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi dalam perbicaraan kes pembunuhan itu.


Wan Azirul Nizam juga bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa daripada 30 penuntut terbabit, ada sebahagian daripada mereka sudah didakwa di mahkamah dan ada yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Kepada cadangan peguam itu bahawa ada juga antara penuntut yang ditahan tidak didakwa mahupun dipanggil sebagai saksi pendakwaan, Wan Azirul Nizam berkata, “saya setuju,” katanya.

Menjawab soalan Amer Hamzah mengenai siapakah yang menentukan penuntut mana yang akan didakwa dan yang akan dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah, Wan Azirul Nizam berkata beliau yang mencadangkan individu terbabit.

“Saya yang memberikan cadangan setelah merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur,” katanya.

Pada prosiding itu, sebuah kerusi roda yang dipercayai digunakan untuk membawa Zulfarhan Osman dibawa ke mahkamah dan dicamkan pegawai penyiasat itu.

Selain kerusi roda, Wan Azirul Nizam turut mengecam seterika wap dan tali pinggang taekwondo yang dipercayai digunakan tertuduh dalam kes itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 23 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Keenam-enam mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/431056/kes-bunuh-zulfarhan-30-penuntut-upnm-dipanggil




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 09:45 AM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 8-3-2019 08:33 AM
Kes bunuh Zulfarhan: 30 penuntut UPNM dipanggil

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes ...

Thanks tolong update.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 yg sama batch tengah busy buat preparation.  Next week nak tauliah dah. Lepas tu pakai pangkat pegawai. Masuk unit masing2. Nak start keje dah. Korang buat ape? Mereput la dlm penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.603445 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list