CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: crossfire

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

  [Copy link]
Post time 11-3-2012 11:54 PM | Show all posts
sebagai imam kene ade sifat sbar,ape yang jadi,itu suma ujian dari allah,itu suma takdir,sabar itu separuh dari iman,kalau tgh marah tak perlu baling selipar,amik la wuduk,eh aku plak nasihat imam..patot imam nasihat aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 12:18 AM | Show all posts
kalau dah baling kasut tu nak bela apa lagi
org yg bertamadun takkan buat begini lah
i can't accept sorang imam berperangai samseng mcm nih
walau apa pun alasan nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 01:59 AM | Show all posts

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

Ini x kena, itu x kena... ini tipu itu tipu.....baik korang g mampus..... wtf- belajar la tinggi2 sampai cucur atap, masuk servis. Asyik2 dengar pencacai bawa cerita, byk cerita mohong dr yg betul. Klu stkat nk kesian, baek x pyh wujud undang2 sivil atau syariah. You free on yr own.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 09:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 12-3-2012 09:29
kalau dah baling kasut tu nak bela apa lagi
org yg bertamadun takkan buat begini lah
i can't accep ...
guesswho09 Post at 12-3-2012 00:18



    confirm IMAM KEPARAT nie masuk syurga.....


Baling Selipar puncanya Kerana Politik Kebencian Melampau Yang Diajar Oleh Pas



Terus terang saya katakan, saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada bekas imam yang kini dipenjarakan setahun kerana membaling selipar kepada hakim. Tambahan pula dia mempunyai anak yang ramai.

Saya juga telah membaca kisah imam berkenaan sepertimana yang ditulis di blog
Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan bagi menjawab tuduhan-tuduhan bekas imam tersebut. Daripada apa yang dilakukan beliau dan daripada apa yang dibaca di blog berkenaan sudah cukup untuk kita menilai peribadi Hoslan Hussain.

Cuba kita renung dan kita fikir-fikirkan kenapa bekas imam tersebut yang merupakan seorang ahli Pas seumur hidup bertindak begitu agresif ?

Bagi saya kesalahan tidak boleh diletakkan kepada beliau 100 %. Punca kepada imam tersebut berperangai sedemikian rupa adalah kerana fikiran beliau telah ditanam dengan doktrin-doktrin politik kebencian dan dendam melampau oleh Pas.

Tiap-tiap hari Pas berceramah mengutuk dan menghina intitusi mahkamah dan badan kehakiman negara ini, lama kelamaan ianya akan membuatkan orang yang mendengarnya merasa geram dan marah kepada intitusi dan badan berkenaan. Apabila ada peluang berdepan dengan hakim dan keputusan pula tidak menyebelahinya, maka kesempatan diambil sebaik mungkin untuk melepaskan geram.

Begitu juga dengan polis. Tiap-tiap hari polis dikutuk, dikeji dan dihina oleh Pas dan sekutunya. Apabila berdepan dengan polis dalam perhimpunan-perhimpunan haram, kita semua boleh lihat bagaimana penyokong-penyokong-penyokong mereka berentap dengan polis.

Melihat apa yang terjadi kepada Hoslan Hussain saya teringatkan kisah peristiwa Memali. Kisah bekas imam ini ada persamaan dengan Allahyarham Ibrahim Libya dan peristiwa Memali. Terjadinya peristiwa itu kerana fahaman politik ekstrem yang ditanam oleh Pas kepada pengikut-pengikutnya. Saya telah menulis perkara kisah Memali pada tahun 2010. Sila baca di sini

Bertungkus lumus ahli-ahli Pas berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga sanggup 'mati syahid'. Setelah 26 tahun berlalu presidennya berkata Pas tidak lagi berjuang untuk negara islam, tetapi berjuang untuk negara kebajikan.

Berbalik kepada kisah bekas imam yang dipenjara, setelah Hoslan melakukan tindakan gila dan setelah dipenjarakan barulah Pas muncul hendak menolong.

Kenapa sebelum itu tidak ?

Dimanakah  Pas sewaktu Hoslan sedang bertarung di mahkamah ? Pas biarkan Hoslan bertarung berseorangan di mahkamah tanpa diwakili oleh mana-mana peguam. Kenapa Pas tidak tolong hulurkan peguam kepada Hoslan ? Pas kata mereka ada 130 orang peguam, tak kan seorang pun tak boleh nak tolong ahli sendiri ?

Sewaktu perbicaraan untuk menjatuh hukum beberapa hari lepas pun, mana peguam Pas yang 130 orang itu hinggakan Hoslan diwakili oleh peguam DAP ?

Setelah Hoslan terpenjara, pemuda dan muslimah nak ambil kesempatan pula untuk nak tunjuk baik, nak cari dana untuk bantu keluarga Hoslan.

Dalam bab nak kutip dana Pas bukan main cergas lagi. Cergas.....cergas....cergas......ingat balik kisah tabung memali dulu. Saya pernah menulisnya beberapa siri berdasarkan pendedahan seorang ahli Pas di Memali melalui sebuah buku. Salah satunya boleh dibaca di sini

Hasutan-hasutan kebencian melampau yang diajar oleh Pas dan sekutu-sekutunya adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan boleh membuatkan pengikut hilang pertimbangan serta bertindak keterlaluan. Totok bagaimana sekali pun seseorang ahli Umno itu, tidaklah mereka membenci seseorang ahli Pas itu sebenci-bencinya. Masih lagi ada perasaan kasih sayang sebagai saudara seagama dan sebangsa. Tapi bencinya seseorang orang Pas kepada orang Umno sampaikan ada kalanya muka pun tak boleh tengok.

Contoh, kasihnya Najib pada Nik Aziz, sewaktu Nik Aziz sedang sakit beliau datang melawat dan panggil doktor untuk dapatkan laporan kesihatan Nik Aziz. Kemudian arah ATM sediakan penerbangan untuk ke Kuala Lumpu, dan setibanya di Kuala Lumpur sediakan pula polis pengiring agar cepat sampai ke IJN. Tapi bencinya Nik Aziz kepada Najib, dia boleh nak doakan Najib pecah perut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 05:00 PM | Show all posts
Reply 150# meritokrasi
Macam mahal jek reger kasut tu, nak main baling-baling.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 06:18 PM | Show all posts
Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.

Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.

Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.

Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.

Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.

Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.

Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam [email protected] Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.

Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang.Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan.Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali. Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar. Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.
Buat pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya.Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap. Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku.Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya.
Posted by Ahli Kariah Masjid Ar-Rahimah. at 6:03 PM


http://arrahimah.blogspot.com/20 ... n-yang-sebenar.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2012 06:23 PM | Show all posts


imam ahli seumur hidup PAS ni juga membawa isterinya memperingati kematian Teoh Beng Hock.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 06:25 PM | Show all posts
depa kata imam ni sampai tersalah kiblat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 06:33 PM | Show all posts
boria Post at 11-3-2012 12:42



   

he.he..zunar dgn humor politik nye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 06:48 PM | Show all posts
Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Huss ...
Anak_Nogori Post at 12-3-2012 18:18



    Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.


taksub sgt...patut la kena dakwa kat mahkamah...
time solat jumaat pun nak cr pasal,  nak gi perhimpunan bersih , gi jer la,

tak payah la cabar2 imam Jumaat dgn tayang baju bersih...

itu lah, beliau pun manusia jugak tak lari dr buat silap...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 06:55 PM | Show all posts
[quote]


rembat shampoo 2 tahun, rembat 3.5 juta..1 tahun....syabas tuan hakim....yg bijaksana...

p/s err..skrg kat mahkamah kalo prosiding pakai lagi tak...istilah tuan hakim yg 'bijaksana'
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:52 PM | Show all posts

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

Reply 171# salimrock

Hukuman terletak atas budi bicara mhkmh dan bebanan bukti ....tiada skema yg khusus Utk semua kesalahan. Jgn byk soal kerja mhkmh, klu terkhilaf dlm jatuh hukum, boleh buat rayuan. Dlm kes pak imam nih, boleh nmpk ini kes rayuan. Klu nk soal, mcm la jgk korang mempersoalkan hadis dlm hukum islam utk potong tangan walaupun mencuri seutas tali...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:52 PM | Show all posts

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

Reply 171# salimrock

Hukuman terletak atas budi bicara mhkmh dan bebanan bukti ....tiada skema yg khusus Utk semua kesalahan. Jgn byk soal kerja mhkmh, klu terkhilaf dlm jatuh hukum, boleh buat rayuan. Dlm kes pak imam nih, boleh nmpk ini kes rayuan. Klu nk soal, mcm la jgk korang mempersoalkan hadis dlm hukum islam utk potong tangan walaupun mencuri seutas tali...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:01 PM | Show all posts
imam ahli seumur hidup PAS ni juga membawa isterinya memperingati kematian Teoh Beng Hock.
Anak_Nogori Post at 12-3-2012 18:23

Prrrrrrrrpffffftght,P
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:02 PM | Show all posts
confirm IMAM KEPARAT nie masuk syurga.....






Terus terang saya katakan, s ...
crossfire Post at 12-3-2012 09:21
Syurga penuh dengan orang macam Imam PAS yang kurang ajar ini ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:12 PM | Show all posts
[quote]


rembat shampoo 2 tahun, rembat 3.5 juta..1 tahun....syabas tuan hakim....yg bijaksana. ...
salimrock Post at 12-3-2012 18:55
Belajar lah membanding epal dengan epal. baru nampak kita mampu berfikir macam orang berpelajaran.


Maksud membandingkan epal dengan epal itu ialah membuat perbandingan diantara dua benda yang sama  genre, group atau spesis nya. E.g. seorang fakir yang mencuri kerana kebuluran dengan seorang lagi fakir yang juga mencuri kerana kebuluran. Jika seorang kena penjara seminggu dan seorang lagi dipenjara setahun baru lah dibandingkan keadilannya.


Selepas di siasat mungkin di dapati yang kena penjara seminggu itu berumur 78 tahun dan ini merupakan kesalahan pertamanya. Yang kena penjara  setahun itu pula di dapati seorang yang able bodied berumur 25 tahun dan membunyai pensabit kesalahan lampau termasuk rompakan bersenjata, rogol, dan culik.


Tak kan  kita berteriak kesana kemari, "Di manakah keadilan? Sama sama fakir dan sama sama curi sebuku roti kenapa seorang kena seminggu dan seorang kena setahun. Di manakah keadilan? UMNGOK zalim!" Bodoh namanya tue....


Sebab itulah dalam menjatuhkan hukuman (selain daripada kesalahan jenayah yang menetapkan hukuman yang musti dijatuhkan), Yang Arif Hakim akan mengapplikasikan  prinsip menghukum (Principles of Sentencing) yang di antaranya berobjektif:


i. Hukuman (Punishment)
ii. Deteren (Deterrent)
iii. Rehabilitasi (Rehabilitation) dan,
iv. Melindungi orang awan (protection of the public).


Berbandingan yang saudara buat diantara kesalahan jenayah dan kesalahan membaling selipar kepada 3 hakim mahkamah Persekutuan oleh Imam PAS yang kurang ajar itu adalah tidak tepat.


Walaupon kesalahan Imam PAS yang kurang hajar itu bersifat "jenayah" ianya jatuh kedalam kategorinya sundri.


Seperti yang kita ketahui, kesalahan jenayah seperti rogol, curi rompak dsbnya adalah kesalahan yang dilakukan terhadap society (atau State, atau Raja). Dan mahkamah menjadi tiang seri agar orang orang yang melakukan kesalahan against society ini diberi hukuman yang sewajarnya. Seharusnya ia dimartabatkan sebagai suatu institusi yang mulia (lebih mulia daripada society) dan sesiapa yang menghinanya harus diberi hukuman yang setimpal!


Di dalam kes Imam PAS yang kurang ajar ini, seperti yang Maideen katakan sebelum ini dia telah kalah di High Court dan Court of Appeal. Dia mahu merayu ke Mahkamah Persekutuan tetapi undang undang memperuntukan di bawah Courts of Judicature Act  bahawa sebelum boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan, beliau musti lah mendapat kebenaran (untuk merayu) dari pada Mahkamah Persekutuan itu sundri. Permohan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu ini mustilah difailkan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Rayuan.


Imam PAS yang kurang ajar itu tak ada peguam dan telah memfailkan permohonannya untuk mendapat kebenaran di luar tempoh masa 30 hari itu. Jadi pada hari permohonannya di dengar Jabatan Agama Islam Wilayah telah membuat bantahan awal kerana permohonan telah dibuat lewat. Bantahan ini telah di benarkan oleh hakim hakim yang amat arif.


Imam PAS yang kurang ajar itu telah membaling seliparnya kearah para para hakim. Bila tak kena, Imam PAS yang kurang Ajar itu baling selipar yang satu lagi. Ini memang menghina mahkamah.


Mungkin jika polis tidak restraint Imam PAS yang kurang ajar itu, tidak mustahil Imam PAS yang kurang ajar itu akan menyelak jubahnya dan menunjukan bontotnya kepada para hakim (mungkin sesambil bertakbirrrrrrrr, kerana dia Imam PAS)!


Jadi rasanya, hukuma setahun yang dikenakan kepada Imam PAS yang kurang ajar itu amat lah patut!


Jika ada apa apa yang saudara tak faham dalam penerangan Maideen ini silalah bertanya kepada loyar PAS yakni Mamak Hanipa Maidin....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 09:54 PM | Show all posts
Belajar lah membanding epal dengan epal. baru nampak kita mampu berfikir macam orang berpelajaran. : ...
Maideen. Post at 12-3-2012 21:12



   apalah sangat hukuman menghina mahkamah manusia.....bukannya menghina mahkamah tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:04 PM | Show all posts
apalah sangat hukuman menghina mahkamah manusia.....bukannya menghina mahkamah tuhan...:lov ...
lkick2113 Post at 12-3-2012 21:54
Hang nak aku teriak REFORMAHSI ka nak aku TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:05 PM | Show all posts
Hang nak aku teriak REFORMAHSI ka nak aku TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR ka?
Maideen. Post at 12-3-2012 22:04



   takbir la maideen......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:06 PM | Show all posts
maideen mmg rajin hari ni. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.493308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list