CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Ibu Disyaki Lacurkan Dua Anak Kandungnya (Berusia 8 Dan 10 Tahun). Upadte #177.

[Copy link]
Post time 1-11-2017 07:32 AM | Show all posts
@kakiselit
@akusukaq
@bioessence
jijiknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 07:58 AM | Show all posts
@Buritan pura2 buta ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:29 AM | Show all posts
@zamzarai

kesian kapir lahnat kan, lacurkan anak sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2017 09:53 AM | Show all posts
Lacur Anak: Lima Lelaki Bangladesh Ditahan Bantu Siasatan

http://www.mstar.com.my/berita/b ... /lelaki-bangladesh/

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 7:53 AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh, awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar kawasan Senai dekat Kulai."Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya," katanya menerusi kenyataan lewat malam Selasa.

Mohd Khalil berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari Selasa untuk mendapatkan perintah reman.
Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom)

Rabu lepas, polis menahan seorang wanita, kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, selepas polis bertindak atas maklumat awam.
Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas.

Dia disyaki membawa kedua-dua anaknya ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu.Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan 'urus niaga' berkenaan.

Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

-Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:24 AM | Show all posts
Sial punya pompuan. Kenapa tak lacurkan diri sendiri? Anak yang jadi mangsa.
Setan! Menyirap darah pagi-pagi baca berita macamni!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 02:06 PM | Show all posts
Benda ni masih berlaku kan. Trauma budak2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2017 03:59 PM | Show all posts
terbongkarnya benda sbb ada org report ke?
kemurungan sekejap baca news ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:25 PM | Show all posts
nad014 replied at 1-11-2017 03:59 PM
terbongkarnya benda sbb ada org report ke?
kemurungan sekejap baca news ni

terbongkar sbb ada buat serbuan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 04:27 PM | Show all posts
kejamnya..
baik ko lacurkan diri ko je. cian ank ko. gelap masa dpn.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriously Bangla tu sekor pun tak ada yang simpati Kat budak2 tu? Semua nafsu pedo ke camna..yang mak tu..ish loya tekak sebut mak..Betina tu dah sah la keji..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
So puluh tahun akan datang nanti mana lah tahu si mak ni terbiar kt stesen bas ke kata anak tak mau jumpa ke tak mau ambil ke apa jangan lah korang cepat nak judge kata anak derhaka lah apa ke ya..kita taktau life orang kans.. biasanya mak bapak yg jahat tua kerepot nanti jadi terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah straight aka breeder mmg sial mcm ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 07:25 AM | Show all posts
Sebab tu pentingnya belajar agama. Penghayatan agama . Naya sungguh anak anak yang suci ni. Ada ibu kepala berasap. Bapak kandung entah di mana....tak ambil tahu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 08:02 AM | Show all posts
@trakea buat2 buta ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 08:02 AM | Show all posts
@kaktombaru buat2 buta ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 01:02 PM | Show all posts
Ibu durjana dijel 75 tahun

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... jana-dijel-75-tahun

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 12:26 PM

Izlaily Nurul Ain Hussein
[email protected]



'IBU Durjana' yang melacurkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga asing dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, hari ini.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terbabit.

Berdasarkan lima kertas pertuduhan, ibu tunggal itu yang mempunyai pemeliharaan dan hubungan amanah sebagai ibu kandung kepada remaja perempuan 13 tahun didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa.

Manakala, bagi lima lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Semua perbuatan itu dilakukan antara 9.25 pagi, 1 Oktober lalu hingga 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu, di hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, wanita yang tidak bekerja itu kelihatan tenang dan memohon hukuman denda sahaja memandangkan mempunyai dua lagi anak berusia 4 dan 5 tahun di bawah jagaannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh yang dianggap amat serius.

Beliau berkata, sebagai ibu kandung, tertuduh sepatutnya memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak dan bukan sahaja menjaga kebajikan tetapi juga keselamatan mereka.

"Mengikut keterangan impak mangsa, ternyata kedua-dua mereka trauma dengan kejadian ini. Mohon hukuman yang bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi buat semua masyarakat atau ibu bapa yang lain," katanya.

Hakim yang turut menasihatkan tertuduh supaya insaf dan bertaubat itu kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.

Mengikut fakta kes, pihak sekolah kepada remaja 13 tahun itu ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan mangsa dijual ibunya kepada lelaki warga asing dan oleh kerana mangsa sudah tidak hadir ke sekolah selama 18 hari, pihak sekolah berasa curiga sebelum memaklumkan kepada polis.

Polis kemudian membuat tangkapan terhadap tertuduh di rumah di Senai pada 25 Oktober lalu selepas wanita yang tidak bekerja itu memberitahu pernah beberapa kali membawa dua anak perempuannya itu ke hotel bajet berkenaan untuk dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh.

Perbuatan itu membolehkan tertuduh menerima bayaran RM50 bagi setiap anak, manakala mangsa akan menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak sekolah ada terima wassap.
Maknanya anak dia yg 13 thun la kan yg wassap pihak sekolah.
Kesian anak2 trauma.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 01:56 PM | Show all posts
so, 75 tahun duduk makan free sampai mampos ka kan? huntong la bangsat. anak kau trauma sumur hidup. aku harap ada la banduan cap dinding rodok perempuan ni sampai mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mereput laa ko dalam penjara..xguna jadi mak dlm dunia.xlayak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050037 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list