CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] Bersembang Tentang Nombor V14

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-1-2026 04:46 AM | Show all posts
Penyerang baharu tuan rumah, Douglas Cautinho muncul wira pasukan apabila menanduk tinggi hantaran pemain tengah, Erick Brendon yang menerjah penjuru gawang mengejutkan Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-40.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 04:47 AM | Show all posts
Terdahulu, pada minit ke-25 Haziq melompat tinggi menumbuk bola sebelum terlanggar penyerang muda Penang, Alif Ikmalrizal bagaimanapun pengadil Faizudin Ismail memutuskan tiada sepakan penalti diberikan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:47 AM | Show all posts
Intensiti kedua-dua pasukan semakin memuncak memasuki babak ke2, namun perlawanan terhenti seketika pada minit ke-61 apabila Amirul Kamil Jaser terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan bahu akibat perlanggaran dengan penyerang pelawat, Ramadhan Saifullah ketika menggelecek bola.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:47 AM | Show all posts
3 minit kemudian, Wan Rohaimi Wan Ismail melakukan pertukaran serentak bagi menambah daya serangan dengan memasukkan penjaring terbanyak pasukan, Dylan Wenzel-Halls menggantikan Alif Ikmalrizal manakala Chia Ruo Han mengisi kekosongan ditinggalkan Amirul Kamil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:48 AM | Show all posts
Pada saat genting, anak buah Aidil Sharin Sahak hampir menjaringkan gol saguhati pada minit ke-90, namun sepakan percuma pemain gantian, Joao Pedro da Silva Freitas sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:48 AM | Show all posts
Tambahan masa 3 minit menyaksikan Wenzel-Halls tenang menyumbat gol selepas melakukan larian solo melepasi halangan Jimmy Raymond tetapi malangnya kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama selepas semakan VAR mengesahkan dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2026 04:51 AM | Show all posts
BATU KAWAN: Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil menyifatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Imigresen FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini semalam sebagai keputusan adil walaupun mengakui isu kegagalan menjaringkan gol lebih menjadi tumpuan peminat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:52 AM | Show all posts
BATU KAWAN: Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil menyifatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Imigresen FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini semalam sebagai keputusan adil walaupun mengakui isu kegagalan menjaringkan gol lebih menjadi tumpuan peminat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 04:52 AM | Show all posts
Jurulatih berusia 46 tahun itu berpandangan, kegagalan skuad Jang merobek gol lawan dalam 3 perlawanan berturut-turut termasuk ketika menentang Johor Darul Ta'zim dan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:52 AM | Show all posts
Selangor FC dalam tempoh 7 hari tidak wajar dijadikan ukuran bahawa pasukannya berada dalam prestasi lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:53 AM | Show all posts
"Kalau orang asyik bercakap pasal isu tidak menjaringkan gol, dalam liga kami sudah jaring lebih 20 gol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:53 AM | Show all posts
Hanya kerana 3 perlawanan terakhir kami tidak menjaringkan gol, tidak bermakna kami lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:53 AM | Show all posts
"Sebelum ini kami bolos banyak gol, tetapi dalam 2 perlawanan terakhir kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:54 AM | Show all posts
hanya bolos 2 gol dan hari ini kami mencatat 'clean sheet' daripada segi pertahanan, kami sudah bertambah baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:54 AM | Show all posts
"Sudah tentu kami mahukan keputusan 1-0 atau 2-0 untuk keselesaan, tetapi pada sama kami tidak boleh mengambil mudah Imigresen yang memberi ancaman terutama menerusi penyerang mereka, Wilmar Jordan, kedua-dua pemain sayap mereka selain Eduardo Sosa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:56 AM | Show all posts
Nidzam berkata, faktor keletihan turut menjadi punca beliau melakukan penggiliran pemain dengan merehatkan 5 hingga 6 tonggak utama termasuk Khuzaimi Piee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 04:56 AM | Show all posts
pada separuh masa ke2 untuk memilih pemain yang benar-benar cergas dalam kesebelasan utama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:56 AM | Show all posts
"Kami hanya ada kurang 48 jam selepas lawan Selangor, berlatih sehari sebelum ke Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:56 AM | Show all posts
Jadual 3 perlawanan dalam 7 hari sangat mencabar. Pemain seperti Oday (Kharoub) sepatutnya tidak bermain semalam, tetapi kami ambil risiko," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 04:59 AM | Show all posts
BATU KAWAN: Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah optimis peluang pasukannya untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia masih terbuka meskipun terikat keputusan seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan FC pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066789 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list