CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 29-8-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 29-8-2018 12:37 PM
tu laa mcm terfikir jgk nk buat aduan. pn.hawa ckp nanti dia nk complain kt pendakwa raya. tp nk t ...

Kena buat aduan kat Ibu pejabat balai polis.

Bawa bukti macam video etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Br teringat update utk bln 8...

Sakit hatinya dgr siap bleh mkn homecook lagik..
Dah lah tangguh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 29-8-2018 10:10 AM
next perbicaraan postpone kan sbb OKT 330 eksiden. so dpt mc smpai 24/9 n tak dpt hadir ke mahkamah. ...

So bila next session? Ada date tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 12:01 PM | Show all posts
pu3_rania replied at 29-8-2018 07:55 PM
Sakit betul hati aku baca
Perkara ni kena di ambil perhatian yg serius especially oleh HAKIM & p ...

kannnnn. mentang2 lah rakyat biasa. cer klu retis. laju je kes ni jalan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 12:02 PM | Show all posts
moonbug replied at 29-8-2018 10:51 PM
So bila next session? Ada date tak

lupa postpone date bila. nanti i cek
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya parents arwah,jauh2 dtg. Kenapa kejam sgt lawyer xinform awal2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 3-9-2018 12:01 PM
kannnnn. mentang2 lah rakyat biasa. cer klu retis. laju je kes ni jalan

Bukan aje retis tapi kes yg melibatkan VIP @ keluarga depa berdesup aje kes dpt di selesaikan
Aku nak aje BANGSATKAN ketidakadilan buat rakyat marhaen kpd pihak2 yg berkenaan seolah-olah ada sentimen double standard dan diskriminasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 29-8-2018 10:24 AM
bukan ke barang apa bawak masuk penjara semua bersekat
wahh..ni nasi dagang bagai
xder saluran ke  ...

Kalau kat penjara memang tak boleh bawa makanan luar untuk banduan/tahanan reman dalam tu. Kita akan dapat list untuk belikan barang2 makanan/keperluan diorang tapi ada had kalau tak silap tak boleh lebih RM25. Bab makan nasi dagang tu, rasanya dalam court kot. Sebab parents boleh pass apa2 barang/makanan kat lawyer masing2 sebelum proses bicara tu bermula, asalkan tak mendatangkan mudarat pada penerimanya. Kira pandai2 la lawyer tu nak bagi macam mana, tapi selalunya takde masalah pun. Kalau ada masa cuba uolls pergi dengar mana2 court hearing so boleh tengok suasana dalam tu macam mana. Biasanya OKT2 ni semua duduk ramai2 dalam satu kandang dan belakang diorang tu ada orang2 awam yang datang dengar. So adalah chance OKT2 tu nak tengok2 family diorang kat belakang secara live.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 08:24 AM | Show all posts
lama x menjenguk ke sini....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MsArmy replied at 24-9-2018 01:42 AM
Kalau kat penjara memang tak boleh bawa makanan luar untuk banduan/tahanan reman dalam tu. Kita ak ...

I see...thank u untuk pencerahan...so far x pernah pg court untuk kes jenayah...



Nway...lama x dgr update sini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Case postpone adalah terlalu biasa baik utk civil mahupun criminal
Mmg biasa baik lawyers mahupun dpp x pasti samada case akan postpone
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 09:37 AM | Show all posts
buat parents di luar sana tu...
bersiap sedia la bila anak nak masuk U...
laptop ni mmg satu keperluan penting...
wpun rasa marah dgn apa yg mereka buat pada arwah..
aku dapat rasa juga kemarahan bebudak ni bila laptop kena curi...
x kisah lah sape curi pun kan....
always reminds my son simpan dlm locker kalo x guna...
once hilang x leh tuduh sesape...redha je lah...
and boys being boys...kekadang pintu rumah/bilik pun x kunci...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 24-9-2018 08:44 AM
I see...thank u untuk pencerahan...so far x pernah pg court untuk kes jenayah...



No problem
Tapi betul juga, lama tak dengar apa2 update kan untuk case ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:54 PM | Show all posts
takayama replied at 24-9-2018 09:28 AM
Case postpone adalah terlalu biasa baik utk civil mahupun criminal
Mmg biasa baik lawyers mahupun d ...

kes postpone ni salah satu teknik utk hakim, lawyer dan petugas mahkamah dpt duit lebih.

yer la sekali mahkamah bersidang rmi la petugas2 yg turun.

ingt turun free2 ka? sapa nak keje free2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 09:41 AM | Show all posts
apa update terbaru? dah mula menyepi nampaknya. ini yang mereka mahukan ye... pelan pelan kes dah mula sunyi sepi.. kemudian orang akan lupa dan lupa dan lupa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 11:33 AM | Show all posts
mizruncing replied at 29-8-2018 10:10 AM
next perbicaraan postpone kan sbb OKT 330 eksiden. so dpt mc smpai 24/9 n tak dpt hadir ke mahkamah. ...

bangsatnye perangai siap dapat layanan istimewa ea...tringat meollss tahun lepas kena tolak ngan pakcik polis escort je pun sbab meolls tgah discuss ngan sorang lawyer ni kononnya meolls ni halang jalan nk bwak msuk OKT naik black maria..time tu OKT pn lom kua lagi tau..menyirap je meollss time tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 04:11 PM | Show all posts
27/09/2018 hingga 28/09/2018, ada kes lagi di Mahkamah Kuala Lumpur, diharapkan kali ini xah dolak dalik daripada OKT330 dan Peguambela mereka, mohon agarv semua mendokan perjalanan kes ini berjalan dengan lancar serta di permudahkan segala urusan kami sekeluarga disana kelak

ni status mak arwah. kita tgu hasil prosiding hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 05:09 PM | Show all posts
Amaran supaya beri keterangan tidak memihak kepada tertuduh - Saksi

Seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia dan beberapa pelajar lain yang akan menjadi saksi dalam perbicaraan kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkifli telah diberi amaran oleh pihak atasan UPNM untuk memberi keterangan di mahkamah yang tidak memihak kepada tertuduh-tertuduh dalam kes itu.

Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia UPNM memberitahu demikian ketika pemeriksaan balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh pertama dalam kes itu pada perbicaraan hari ke-15.

Amer Hamzah : Kamu dan pelajar-pelajar lain telah diberi amaran supaya tidak beri keterangan yang memihak kepada tertuduh-tertuduh. Setuju dengan cadangan saya.

Saksi pendakwaan Ke-24 itu juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa dia dan beberapa rakan seuniversitinya itu telah dipanggil oleh seorang pegawai atasan selepas seorang lagi rakannya iaitu Muhammad Izzul Akhtar Rosli, 22, selesai memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi pendakwaan Ke-17.

Dia turut mengakui bahawa tujuan pegawai atasan memanggil kesemua pelajar tersebut kerana beliau tidak berpuas hati dengan keterangan yang telah diberi Muhammad Izzul Akhtar di mahkamah.

Ahmad Senabil turut memberitahu bahawa sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, dia dan beberapa penuntut UPNM yang lain telah dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat polis tentera untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

“Proses beri keterangan dijalankan serentak dalam sebuah bilik di UPNM,” katanya yang menambah mereka kemudian diminta menandatangani satu dokumen yang disediakan pegawai tersebut.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.


Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 25 Okt.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/444916
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 05:21 PM | Show all posts
Baca bnyk kali pun confius... Apa yang Izzul cakap memihak pada tertuduh?

Pihak UPNM memang nak kes ni hukum tertuduh ke? Naper tak boleh beri kebebasan bicara secara adil? Baru tahu yang benar dan salah.. Kenapa..mengapa...bagaimana..

Bukan nak memihak pada tertuduh... Tapi nak tau kebenaran, walaupun pahit
Macam ada yang cuba disembunyikan

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yg ada pergi @ ada info pasal perbicaraan kes ini tlg lah update di sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 04:54 AM GMT+8 , Processed in 1.159378 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list