|
|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
|
setuju sangat2. tp sape yg cakap ari tu ek dorg ni mcm tak digantung je. lagi2 plak dgn kerajaan baru. dgr2 kerajaan baru pn nak hapuskan hukuman gantung smpai mati kan. klu ikutkan dorg ni digantung or hukum penjara 7 tahun je. andai kata lah dihukum penjara 7 tahun je, harap Hakim mahkamah dpt cari point lain smpai OKT ni dihukum seberat-beratnya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhh yeke?? habis tu kenapa sangkut pulak. pelik nyaaa. tak psl2 jd OKT
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
woww byk nya point si Hari ni. tp mcm mane dia blh terlepas. something fishy sgt. dia ckp arwah dok dlm bilik tu selama 7 hari. 7 hari okayyy. takkan takde sebarang tindakan pape. byk masa kot klu nk tlg arwah. arwah dh teruk kot time tu. pas tu betul la OKT ni antra yg digeruni di UPNM. tgk jela sume tak berani ambik risiko nk bgtau pihak atasan. aku tak phm la knp klu pihak atasan tau pon? dorang akan teruk kena ke klu org atasan tau?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aah baru ingat. ni antara yg dispeku oleh acik forum ke mcm mane Hari ni blh trlepas. sbb ade yg ckp OKT1 banyak tnya dia ttg kecederaan arwah. ke Hari ni antara anak kerajaan langit yg trlepas tu ?? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm Hari ada dlm bilik tu jgk. tp kejadian 'soal siasat' ni berlaku antara dorg bertiga je. time ni mybe OKT1 n Hari baru tnya arwah je psl laptop. sbb kejadian ni 21 Mei kan. so dh arwah tak mengaku tu yang lepas tu si OKT1 ajak geng belasah arwah pas tu la yg terjadi nya kejadia iron mengiron ni. sbb geram sgt arwah tak mengaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-6-2018 02:41 PM
aah baru ingat. ni antara yg dispeku oleh acik forum ke mcm mane Hari ni blh trlepas. sbb ade yg c ...
Mungkin la kowt kerajaan langit yang terlepas kalau ada kuasa dan harta tak mustahil kan. Harap2 zaman Tun M tak ada la berat sebelah ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul. sape2 forumer taknak siasat ke family Hari ni kerajaan langit ke tak 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-6-2018 02:29 PM
ehhh yeke?? habis tu kenapa sangkut pulak. pelik nyaaa. tak psl2 jd OKT
Yup awak.dia di tuduh menampar arwah sedangkan masa malam kejadian akmal akif bersama aiman aufa di dalam bilik dan tidak terlibat langsung dalam kejadian tersebut. Siapkah akmal yang dimaksudkan ???kita tunggu bulan ogos bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh piang betul si coach tu, harap2 dia boleh hidup dgn rasa terkilan/bersalah sbb dia hancurkan peluang utk tolong arwah dan beri peluang utk OKT larikan arwah.
Surat layang ke-2 yg ditemui oleh penuntut lain tu, surat ni ghaib & dimusnahkan oleh penuntut yg sama ke?
Something fishy wt Hari dan juga GF from hell.. korang nampak arwah didera teruk, naper diam? Yang GF tu, kenapa tak boleh call/msg to alert parents arwah? Peduli apa arwah kata jgn etc. 
Keterangan uncle Grab ni bagus sbb boleh patahkan usaha peguambela2 OKT utk gambarkan mereka as kawan2 yg ambil berat pasal arwah dgn bawa ke klinik.
Thanks to all yg tepek articles kat sini & continue to update us on this case  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
esk last perbicaraan kan. akan setle esk ke or akan disambung perbicaraan ek klu tak setle lg kes ni? da mcm semangat balik nk dgr kes ni. hrp adik arwah ade update jgk. sbb yg sblm ni pn cm tak update je. tak sabar nak tau mcm mana OKT bawak keluar arwah dari UPNM yg katenya senior pn tak tau jln tikus klu nk keluar dri UPNM tu. mubin mane? tak jadi saksi ke? lg 1 mmg media ke polis tak bagi tgk ek muka OKT semua?? aku tak phm why la till now tak dpt tgk lgsg muka OKT 6 jahanam tu. sedangkan najib rosmah pn media ke polis ke takde nk cover dorg. farid kamil pn muka elok trpampang front page akhbar. ni kan plak OKT 302 kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
serius??? hishhh ada yg nak buat dajal ke kt dia? kesian tak pasal name kena petik. tp mcm mana dek aiman lepas dia blh sangkut pulak. sape la OKT yg dok petik name dia. perbicaraan sambung ogos ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
serius??? hishhh ada yg nak buat dajal ke kt dia? kesian tak pasal name kena petik. tp mcm mana dek aiman lepas dia blh sangkut pulak. sape la OKT yg dok petik name dia. perbicaraan sambung ogos ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu. naseb baik ada pacik grab. tp sblm ni pn mmg nurse n ahli farmasi kt s.alam pn ckp OKT buat taktau je kt arwah kan. mmg OKT ni ikt arwah pegi mane-mane sbb takut kantoi arwah ngadu kat sape2 je. tu yg dok cover arwah 24jam. pdhal bkn nye dorang nk tolong sembuhkan arwah pn. tp naseb dorg tak baik coz arwah meninggal. so mendapat la skrg. surat ghaib tu pn jd tanda tnya. sape plak yg ambik? n sape plak yg tau plan aufa ngn akmal akiff tu. pelikkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-6-2018 02:29 PM
ehhh yeke?? habis tu kenapa sangkut pulak. pelik nyaaa. tak psl2 jd OKT
Sebab orang tuduh tue sebut Akmal sahaja..lain kali mention la akmal akif ke akmal zuhairi..tu saya cakap sebelum nie bukan tuduh mana2 pihak buat kerja.Kita tunggu dan lihat.Imposible la akmal akif yang bagi cadangan hantar surat layang tu terlibat. Tu makan diri namanya. Manakala yang terlibat pulak bebas. Harap2 boleh satle la tahun nie kan. Jangan bertahun2 sudah la.esok rasanya tangguh kot bulan ogos |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jurulatih yang tak amanah and tak professional at all. sekarang kau tanggung lah rasa bersalah dan kau tak mungkin akan lupa tentang kematian arwah zulfarhan. sekurang2 nya aiman aufa dan akmal akif dah mencuba and lakukan tanggungjawab diorg. bagus korang ni. berani n ada jugak la effort dari nak banding kan yg lain2. cara aiman n pakcik grab cerita.. mmg kecedearaan arwah tu teruk.... tak faham camne doc as salam tak trigger langsung.. terus sedih lepas baca kes surat layang aiman tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bukan dorang bertiga dalam bilik 305..sbb mengikut statement hari dia baru balik dari event dan tersempat dengan roomate bilik dia (406) dorang nak ke bilik 305 untuk certain matter kn..bilik zulfarhan 306
so mybe hari tak tahu lagi time tu pasal ape..lepas hairi ckp dia suspect arwah mencuri bru dorng ke bilik 306..tpi arwah tidur dah..tpi mybe hairi pergi kejut jgk arwah..
dan ikot kronologi mmg mlm 21 may tu arwah dah kena belasah. tapi nape hari tak terlibat..tu pelik
Othman berkata, semua tertuduh memukul dengan tangan dan menendang mangsa tiga jam berturut-turut bermula jam 2.30 pagi 21 Mei 2017 sehingga jam 5.30 pagi hari sama dan tindakan sama berulang pada jam 1.30 pagi sehingga jam 4.30 pagi, keesokannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi menjerit, melakonkan semula detik dia ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu.
“Tolong!!!!! Panas!!!!!,” jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), sambil berdiri di kandang saksi selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah melakonkan detik itu pada prosiding perbicaraan hari ke-12, hari ini.
Senabil merupakan individu yang melihat Zulfarhan ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.
Terdengar istighfar “Allahuakhbar”, “astaghfirullah” dari galeri awam yang dipenuhi keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti prosiding perbicaraan itu.
Ibu Zulfarhan juga kelihatan tidak mampu menahan sebak dan menangis mendengar jeritan itu.
Mengimbas kejadian itu, saksi pendakwaan ke-24 yang merupakan penghuni bilik 3-06, iaitu rakan sebilik Zulfarhan berkata dia pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berkait kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan Zulfarhan.
Di bilik itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang merupakan tertuduh keenam bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Hakeem terus menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.
Senabil berkata Hakeem kemudian menyuruh Zulfarhan membuka seluar dan terus menyambung memukul mangsa sebelum tidak lama kemudian lebih dari 10 individu lagi masuk ke bilik itu.
Saksi itu berkata selain memukul menumbuk dan menendang mangsa yang ketika itu hanya memakai seluar pendek “boxer”, Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju manakala Danial menggunakan batang penyodok sampah.
Katanya ketika dipukul, Zulfarhan memberitahu dia tidak mengambil komputer riba itu namun Hakeem dan Danial terus memukul mangsa.
Senabil berkata sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.
Katanya ketika itu Akmal memegang satu seterika wap dan sambil Hakeem yang duduk di atas kerusi bertanyakan soalan, Akmal menekap seterika itu di kaki dan badan Zulfarhan.
“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat,” katanya menambah tidak lama kemudian Azamuddin juga mula memukul mangsa.
Kepada soalan Othman siapa lagi yang menekap seterika kepada Zulfarhan selain Akmal, saksi itu berkata mereka ialah Afif, Shobirin, Azamuddin dan Najib.
Ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan ketika itu, Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.
“Disebabkan Zulfarhan masih tidak mengaku, Hakeem menyuruh Akmal berhenti dan membuka ikatan mangsa,” katanya menambah Akmal kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.
Terdahulu Senabil juga memberitahu dia membuat satu laporan polis dua minggu lalu berikutan bapa kepada Najib mengugutnya supaya mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar mengenai kejadian itu.
Enam penuntut UPNM iaitu Akmal, Azamuddin, Najib, Afif, Shobirin dan Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. – Bernama, 28 Jun, 2018. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeasabri replied at 28-6-2018 06:56 PM
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman ...
MasyaAllah...sedih bacanya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeasabri replied at 28-6-2018 06:56 PM
SUASANA sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Zulfarhan Osman ...
Ya Allah.. Sedihnya.. Sakit sgt
Pakk cikk.... Da
ah kenapa bapak najib pg ugut senabil plak nie supaya x bercakap benar.. Pakcikk nak bela anak biar berpada2. Bukankah keluarga pakcik dr gol akademik.. Wife pakcik cikgu kan.. Kr pakcik cikgu.. Sy pon dah lost memory |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|