|
|
[Jenayah]
Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?
[Copy link]
|
|
|
satriastendet posted on 23-7-2014 10:30 AM 
#prayforkakwanjadimbselangor
#prayforkakwanjadipmmalaysiaterusajelah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 23-7-2014 10:34 AM 
Aku quote balik kata-kata Jeff Ooi semasa isu catuan air (kes mandi kerbau) di Selangor - "Failed ...
bkn skrg je.. ms lepas PRU haritu kn MB sgor lambat umum, konon azmin pun nak..
dr situ aku pn dah tak suka. nasib baik tak menang federal
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 23-7-2014 06:31 AM 
beminggu bulan tu sbb ikut step mayat tu lah mksud dia..
cth, mayat pertama dpt dikenalpasti dlm ...
ic ic |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
buat kuih raya kat rumah le senah hoi
kat opis mmg ada budak budak bawak oven tapi masa jumaat je diorg buat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-7-2014 10:38 AM 
#prayforkakwanjadipmmalaysiaterusajelah
rakusnyaaaaaa 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apalaa nak jadi ngan org gomen masakini.siap bawak oven bagai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 23-7-2014 10:34 AM 
Aku quote balik kata-kata Jeff Ooi semasa isu catuan air (kes mandi kerbau) di Selangor - "Failed ...
woiii2x..........wan azizah laaaa.......bila masa dh jadi WAN AZIZ??? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 23-7-2014 10:15 AM 
hari tu bkn ke ade org nk bekas student kt rusia offer nk jadi translator? takde ke? patutnye d ...
ini lah faedahnya kerajaan hantar pelajar pi belajar kat luar negara bertahun-tahun..
habiskan pengajian...mahirkan diri...
boleh la bantu kerajaan yang tak sesempurna mana ni ha..
ini tidak,
balik je Malaysia...
lekehkan kerajaan...lekehkan negara sendiri..
semua yang kerajaan buat....tak betul belaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 23-7-2014 10:28 AM 
tak tau da ada ke belum
MH17: Belanda buat persediaan menerima mayat mangsa
mayat yang mereput tak dapat dibawa? apa akan jadik pada mayat2 tu?
akan dibiarkan di situ je ke? takkan kot..mesti family mereka nak bawak jugak mayat tu walau dah mereput
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasuoren posted on 23-7-2014 10:25 AM 
aku tak taksub dengan pm..
bak kata porumer cari taksub aka pencacai...
Pasu... scenario ni akan jd mimpi hitam... if pm ni pro US mcm seorang wannabe...alamat mmg pemberontak tu dah makan peluru nato dek termakan hasutan us
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 23-7-2014 10:34 AM 
Aku quote balik kata-kata Jeff Ooi semasa isu catuan air (kes mandi kerbau) di Selangor - "Failed ...
Nuart dah declare ka? Adoi... muka tak malu langsung Dah ada TSKI elok elok mentadbir nak jugak dia onar . Kalau PR nak dented sokongan orang ramai di Selangor, silalah ambik Zizah... MB boneka
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang posted on 21-7-2014 09:44 PM 
wht do u expect kak, dah umur 61. tapi masih bernapsu tu.
kulit bahu pompuan tu pun menampakkan beliau dah berusia..
abg putin terkejut dek kelanjutan buah binjai jah tu, bukan kejut napsu 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 23-7-2014 10:16 AM 
tau pulak kali ni punya nahas buat sidang parlimen tergempar bagai kan???
mmg lahanat betul
mesti tak sedap beskut kak melah...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawak oven kat opis nak buat kuih raya.
Gigih sungguh.
Harap KPI untuk kuih raya tahun ni di capati...
P/s:bil letrik opis tu tong tong baya ke ape??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra posted on 23-7-2014 10:45 AM 
apalaa nak jadi ngan org gomen masakini.siap bawak oven bagai
hahahahahaaa
kepimpinan melalui teladan
kalao parti politik boleh guna aset gomen. so why not katanya budak budak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak cite pasal politik ni..ishish..sapa2 yg folow betul2 kisah mh17 ni mesti paham nape takpayah nak puji sgt najib..puji sikit je boleh..
Sebabnya mula2 sekali kena tengok press conf by alexandr borodai,masa dia explain nape dia terpaksa kutip n collect mayat2 tu letak dlm train fridge..masa tu jelas2 dia mmg cakap tgh tunggu team malaysia dtg,da masuk hari ke 3 tapi masih belum sampai2..jelas2 dia cakap nak handover the bodies n watever proof yg ada pd dia kpd malaysia..bukan kpd dutch,bukan kpd uk etc..
Elok2 je sehari lepas tu keluar news kata najib dpt contact borodai..
And the next day dapat la plak black box tu..
Nampak tak di situ..
Borodai mmg da prepare nak bagi..takpayah pujuk sgt pun..
Tetibe je kat media harini sume puji najib sorang je..
Macam la borodai tu susah sgt nak.kejasama..
Kebetulan je dapat situasi win win..alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut ada usul di forum ni untuk mengucapkan terima kasih kepada Borodai. Kalau tak kerana Borodai agak susah untuk kita memulakan siasatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 22 Julai - Duta Besar Rusia, Lyudmila Vorobyeva hari ini mengadakan sidang akhbar di pejabat Kedutaan Rusia, Jalan Ampang dekat sini bagi menjawab segala isu berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine pada Khamis lalu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Vorobyeva menjawab pelbagai soalan daripada media asing dan tempatan termasuk berkaitan peluru berpandu yang didakwa digunakan untuk menembak pesawat MH17.
Beliau juga menyatakan penghargaan terhadap sikap Kerajaan Malaysia yang bertindak profesional dalam mengendalikan insiden MH17.
Berikut intipati penjelasan Vorobyeva berhubung pesawat Boeing 777-200ER yang dipercayai ditembak peluru berpandu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan mengorbankan sebanyak 298 penumpang serta anak kapal.
* Rusia berterima kasih dan memuji profesionalisme Kerajaan Malaysia
Kerajaan Rusia memuji Kerajaan Malaysia yang bersikap neutral dan terbuka dalam mengendalikan insiden MH17. Tidak dinafikan dalam pada negara-negara lain membuat tuduhan ke atas Rusia ekoran tragedi menyayat hati itu, Kerajaan Malaysia bertindak sebaliknya dengan bersabar dan tumpuan diberikan hanya kepada keputusan siasatan dan menunggu bukti-bukti kukuh tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.
Berhubung hubungan dua hala antara Malaysia-Rusia, Kerajaan Rusia gembira sekiranya hubungan kedua-dua negara diteruskan memandangkan kerjasama dalam perdagangan dan dialog yang diadakan selama ini telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak tahun lalu malah seramai 6,000 pelajar Malaysia masih menuntut di Rusia. Sehubungan itu Rusia dengan rasa rendah hati dan ikhlas berharap hubungan kedua-dua negara akan kekal dengan lebih dinamik dan positif pada masa depan.
* Kepercayaan dan keyakinan hanya pada ICAO
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) merupakan satu-satunya pihak yang dipercayai dan diyakini oleh Kerajaan Rusia untuk melakukan siasatan terhadap kejadian MH17 supaya hasil siasatan yang bakal diperoleh lebih adil bagi membuktikan siapa atau pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dalam tragedi tersebut.
Kerajaan Rusia buat masa ini tidak akan menuduh mahupun menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa sebarang bukti yang kukuh. Rusia tetap dengan pendirian meminta ICAO untuk mengendalikan siasatan dan bukannya Ukraine.
* Gambar pelancar BUK M1 dan rakaman perbualan telefon kumpulan pemberontak palsu
Pakar telah mengesahkan gambar yang tersebar mengenai pelancar BUK MI yang didakwa milik pemberontak adalah palsu.
Berdasarkan pemerhatian dan siasatan awal secara terperinci ke atas beberapa gambar yang disiarkan oleh pelbagai pihak, salah satunya yang berlatar belakangkan sebuah papan iklan jelas menunjukkan kawasan itu merupakan di wilayah Ukraine iaitu di salah sebuah bandar negara itu, manakala bagi transkrip perbualan telefon yang turut hangat diperkatakan oleh dunia sejak insiden MH17, pakar turut mengesahkan video itu adalah palsu. Berdasarkan siasatan, sesetengah daripada rakaman perbualan itu telah dibuat sebelum 17 Julai iaitu sebelum pesawat MH17 terhempas.
* Pesawat Sukhoi 25 milik Ukraine (bukti baharu)
Berdasarkan sistem lokasi radio milik ketenteraan membuktikan terdapat satu jet pejuang iaitu Sukhoi 25 berada kira-kira tiga hingga lima kilometer daripada pesawat MH17 di udara. Bagaimanapun kerajaan Ukraine menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dengan menyatakan jet pejuang mereka tidak berada di udara ketika itu.
* Peluru berpandu dari pelancar Buk bukan milik pemberontak Ukraine pro-Rusia
Kumpulan pemberontak tidak mampu memiliki sistem persenjataan pertahanan udara yang berperanan untuk menembak sejauh lebih 10,000 kilometer pada kedudukan latitud. Sebaliknya kumpulan pro-Rusia itu hanya memiliki sistem sederhana yang berupaya menembak sejauh 5,000 kilometer.
Pihak Rusia tidak pernah membekalkan sistem pertahanan yang canggih kepada mereka, meskipun terdapat sistem canggih dalam kalangan mereka, itu merupakan senjata yang dirampas daripada pihak Ukraine semasa pertempuran antara kedua-dua pihak berkenaan.
Kerajaan Rusia tidak pernah menawarkan atau membekalkan puak pemberontak dengan pelancar Buk. Selain itu, kumpulan pemberontak tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan BUK berbanding pihak ketenteraan Ukraine.
* MH17 mangsa perbalahan antara pihak Rusia dan Ukraine
Kerajaan Rusia tidak pernah membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak berhubung tragedi MH17. Pertempuran antara pemberontak Ukraine dan Rusia merupakan satu perkara yang telah lama diharapkan berakhir oleh Kerajaan Rusia.
Rusia telah berkali-kali mendesak bukan sahaja gencatan senjata malah pengakhiran pertempuran dan perkara itu telah diutarakan dalam sesi dialog antarabangsa di Geneva sebelum ini. Bagi pihak atau negara luar yang menganggap wujud pihak ketiga antara Rusia dan Ukraine, itu adalah hak mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... aysia#ixzz38FzxkYNV
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|