CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET NATURE BREATHE NEW LIFE INTO YOU

 Close [Copy link]
Post time 29-1-2026 12:21 PM | Show all posts
Vellfire replied at 29-1-2026 11:08 AM
betul tari

ada orang suka.. ada orang tak..

dpt pasangan yg sehati sejiwa mmg sesuai ddk kg tenang-tenang aje
dah puas keje dari muda

lg pun kg skrg dah moden
semua ada, nk pi mall blk bandar la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 12:25 PM | Show all posts
nafizzz replied at 29-1-2026 10:58 AM
biar kerap2 angin sejuk dari China pon x per. Yg ni kita alu alu kan

hehehe
tp idok le smpi selatan tanah air

dah seminggu sini tak hujan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:28 PM | Show all posts
Tashu replied at 28-1-2026 07:33 PM
Dlm hal ni rabia yg salah.

rabia dah mula curiga
dah start kumpul bukti

baju tido tu sape punya agaknya
mini muda irfan ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:29 PM | Show all posts

hahaha
bz sgt jd kaunselor di BK
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:32 PM | Show all posts


29 Jan 2026
Kos bilik darjah meningkat, dianggar RM280,000 hingga RM520,000 - Fadhlina
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Kos anggaran pembinaan sebuah bilik darjah menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, iaitu bertambah sekali ganda berbanding lima tahun sebelumnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi tempoh 2016 hingga 2020, kos pembangunan tersebut dianggarkan antara RM180,000 hingga RM250,000, manakala bagi tempoh 2021 hingga 2026 meningkat kepada RM280,000 hingga RM520,000.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
Ujar beliau, peningkatan itu berdasarkan analisis dokumen As Tendered Detailed Abstract (ATDA) yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tempoh 10 tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
“Anggaran itu hanya meliputi kos blok bangunan iaitu bilik darjah, tangga, koridor dan tandas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
“Nilai anggaran di atas masih belum mengambil kira kos keseluruhan komponen pembinaan sekolah baharu yang merangkumi kerja-kerja awalan, kerja tanah, pembangunan infrastruktur lengkap, pembayaran fi profesional dan caj pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
“Selain itu, kos lain seperti pembinaan blok pentadbiran, blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), bilik-bilik khas, padang, serta penyediaan perabot, peralatan dan perkakasan mengikut piawaian pendidikan yang ditetapkan turut perlu diambil kira dalam pengiraan kos keseluruhan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen pada Khamis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:33 PM | Show all posts
Beliau menjawab soalan Rafizi Ramli (PH–Pandan) yang meminta perincian metrik kos sebuah bilik darjah mengikut komponen kos, jenis sekolah, bandar atau luar bandar serta negeri bagi setiap tahun dari 2015 hingga 2025.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
Menurut Fadhlina, peningkatan kos projek bergantung kepada faktor logistik, keadaan kerja tanah, pembangunan infrastruktur luar, urusan utiliti, bayaran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan perolehan perabot serta kelengkapan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
“Justeru, di beberapa kawasan akan berlaku peningkatan kos berpandukan Jadual Kadar Harga 2025 yang disediakan oleh JKR.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
“Bagi tempoh pelaksanaan projek sekolah, fasa prabina dari kelulusan hingga keluarnya Surat Setuju Terima (SST) bergantung kepada kaedah pelaksanaan dan keperluan pelaksanaan pengurusan nilai berdasarkan Pekeliling Kementerian Ekonomi Bil. 1/2024,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
Kata Fadhlina, bagi fasa pembinaan pula, tempoh siap projek adalah tertakluk kepada Piagam Pelanggan JKR yang dikemas kini pada Januari 2025.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
“Sebagai contoh, untuk kos projek yang melebihi RM25 juta, tempoh pembinaan projek yang ditetapkan adalah 36 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
“Walau bagaimanapun, tempoh ini adalah bersifat dinamik, iaitu tempoh ini boleh berubah berdasarkan kekangan sedia ada di tapak bina.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:34 PM | Show all posts
“Seterusnya, apabila projek siap, sekolah akan mula beroperasi setelah perabot dan peralatan disediakan serta urusan pentadbiran diselesaikan,” kata beliau. - sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:36 PM | Show all posts

29 Januari 2026
Pengetua sekolah maut pacuan empat roda terbabas, langgar tiang lampu

KUDAT - Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Kilometer 18 Jalan Kudat-Kota Kinabalu, di sini pada petang Rabu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.238057 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list