CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: jeligoreng

[Dunia] (UPDATE!) - 12 Pelajar dan Jurulatih selamat (Movie dah dalam early development

  [Copy link]
Post time 11-7-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mcm2 kisah lepas diorang dah selamat. Condolences to Dr Harris and the family of Officer Saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh..awat nk kna reply ja ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:20 PM | Show all posts
Alhamdulillah...semua selamat....sobsobsob
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus diaorg nie..sekeping gmbr curi pon x dak.leak..

Kalau kat malaysia..masing2 nk jadik org 1st yg curi2 pass kat wassap
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 01:56 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 11-7-2018 08:23 AM
Thai cave rescue: World reacts with delight, congratulations, invitations

World leaders and footb ...

Terharunya baca, kalo ade rescuer dr Malaysia lagi bangga...Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 11-7-2018 09:31 AM
Yang penting ustaz sunni jugak hero terbaik..menurut ummah sunni semua xkan jd kalau xda uztak pergi ...

Uummah pprt kelate jugak yg ckp... kaum kerabat famri7
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 11:41 PM | Show all posts





Sources in the rescue operation, including divers who took part, told the BBC that the boys were heavily sedated ahead of the rescue to prevent them panicking in the dark, narrow, underwater passageways.





Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:27 AM | Show all posts

ditarik dlm pad getah tu kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 12:55 AM | Show all posts
JohnDeSouza replied at 12-7-2018 12:27 AM
ditarik dlm pad getah tu kot?

bebudak tuh di sedated, baring dlm stretcher, disorong atas rubber piping... passed from diver to diver katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-7-2018 08:55 AM
bebudak tuh di sedated, baring dlm stretcher, disorong atas rubber piping... passed from diver to  ...

Kuat nya diver bawa keluar those kid dalam dead weight .....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanye budak2 tu xyah dive la ye.camane bawak dlm air tu.sorong2 jugak eh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Finally..dpt tgk footage diaorg dlm wad..automatik kita pon terus senyum
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
N finally dpt tgk rescue footage..mencabar betul bentuk muka bumi cave tu..ada tunjuk dlm video tu..yg ada part diaorg merangkak kluar tu.

So diaorg x guna teknik dive buddy ke??
Dlm report sblom nie kan diorg ckp after smpi kat bhgn chamber last tu..diver turn n hug budak2 tu.

Rasanya kat bhgn yg ada air diorg dive kot..then bhgn last yg walkaway tu..diaorg di tarik atas strecher
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:25 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 12-7-2018 01:11 AM
Kuat nya diver bawa keluar those kid dalam dead weight .....

dead weight but partially offset by buoyancy....


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:20 AM | Show all posts

kena kuarantin ke tu? WC dah nak dekat,ada ke diorang ni dapat gi sana ataupun masih dlm pengawasan hospital time WC berlansung nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 11-7-2018 06:06 AM
Alhamdulillah even dah terkorban  sorang - he died a true hero. If ada movie iols vote for jason sta ...

Me too.. Jason sentiasa di hati. Heheeh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-7-2018 06:25 PM
dead weight but partially offset by buoyancy....

I maksud kan bukan sewaktu di dalam air tetapi bawa mangsa keluar 2km perlu berjalan ..... i sudah dapat strecher hangs metres above ground..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 11-7-2018 11:47 AM
Thai cave: Coach, three boys 'stateless'

Three of the boys, as well as their coach, who were trap ...

Bagus though stateless or underpriviledged.. Still doing something good... Maksudnya they all ni leh kata terjaga la jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
12 orang pemain bola sepak kelab Wild Boar FC yang sebahagiannya terperangkap sehingga 18 hari di dalam Gua Tham Luang dilihat ceria dalam satu rakaman, kali pertama didedahkan sejak operasi menyelamat tamat semalam.

Rakaman di dalam hospital tersebut menunjukkan beberapa pemain mengangkat tangan melambai-lambai ke arah kamera, dengan semuanya memakai topeng muka dipercayai berada dalam satu bilik rawatan terasing di di sebuah hopital di Chiang Rai, Utara Thailand.

Empat mangsa terakhir dengan seorang jurulatih, yang terperangkap di dalam kompleks gua tersebut selama 18 hari, dibawa keluar menggunakan pengusung pada penghujung hari ketiga operasi.

Kesemua mangsa dilihat tenang dan ceria walaupun terperangkap dalam gua yang terasing, gelap dan terpaksa mengikuti operasi menyelamat berbahaya yang sesetengah pihak menganggap ia ”Misi Mustahil”.

Beberapa jururawat juga kelihatan berbual-bual dengan beberapa orang mangsa dan ada dalam kalangan pemain-pemain menunjukkan simbol hormat orang-orang Thai – kedua-dua tangan dirapatkan dan kepala direndahkan sedikit.

Video yang sama juga menunjukkan beberapa orang ibu bapa sebahagian mangsa yang masih tidak dibenarkan bertemu dengan anak meraka atas kebimbingan jangkitan penyakit keliahatan menangis dan melambai-lambai daripada luar bilik tersebut.

Rakaman tersebut didedahkan oleh Ketua Operasi Penyelamat, Narongsak Osottanakorn, dalam satu sidang media. Beliau turut menganggap bahawa kesemua mangsa sebagai wira atas keberanian yang ditunjukkan oleh mereka.

”Jangan risau dengan keadaan kesihatan mereka, sama ada fizikal atau mental,” kata Chaiwetch Thanapaisal, Pengarah Hopsital Prachanukroh, Chiang Rai.

Melalui sidang media yang sama juga, pasukan penyelamat memberitahu bahawa berlaku sedikit perubahan dalam pelan meyelamat yang dirangka sebelum ini.

Katanya, aturan kedua-dua belas mangsa yang hendak dikeluarkan sebenarnya ditentukan oleh jurulatih mangsa,  Ekaphol Chantawong, 25, yang turut terperangkap di dalam gua tersebut.

Laporan media sebelum ini meneybut bahawa strategi pasukan penyelamat adalah untuk mengeluarkan mereka yang lebih kuat dengan kesihatan lebih kuat terlebih dahulu. Namun pelan tersebut terpaksa diubah selepas pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh seorang doktor yang turut terlibat dalam operasi tersebut.

Pakar perubatan tersebut mengesahkan bahawa mungkin ada mangsa yang tidak akan selamat kecuali jika dibawa keluar terlebih dahulu.

”Saya tidak bertanya kepada jurulatih mereka kenapa dia membuat aturan sebegitu. Dia yang menentukan segalanya,” kata Komender Pasukan Khas Navy SEAL Thailand, Rear Adm. Apakorn Youkongkae.

Seorang lagi anggota penyelamat daripada Amerika Syarikat memberitahu bahawa operasi menyelamat itu sangat bahaya kerana mangsa yang tiada pengalaman selaman gua terpaksa menyelam dalam keadaan gelap dengan sifar penglihatan.

Derek Anderson yang merupakan pakar penyelamat daripada Tentera Udara Amerika Syarikat memberitahu bahawa dalam sesetengah bahagian kompleks gua tersebut, mangsa dipakaikan dengan jaket memanjat (harness) untuk melalui kawasan berbatu.

Video yang sama juga mendedahkan keadaan di pintu masuk ketika mangsa dibawa keluar daripada gua menggunakan pengusung dan dikelilingi berdozen-dozen penyelamat.

Tragedi yang menimpa mangsa pantas mendapat perhatian dunia apabila berita mengenai kehilangan ketiga-tiga belas mangsa dilaporkan oleh media-media utama dunia.



Kesemua mangsa dilaporkan memasuki dan menjelajah gua tersebut pada 23 Jun, selepas tamat menjalani latihan di akademik bola sepak, namun musim monson yang menyebabkan hujan turun dengan lebat hingga air memasuki dan memenuhi beberapa bahagian gua tersebut telah menutup pintu masuk dan menyebabkan mereka terperangkap.

”Gua itu masih kering ketika kami sampai, namun dalam tempoh sejam, hujan yang turun telah menyebabkan paras air di dalam gua naik sehingga 2 dan 3 kaki, memaksa kami keluar daripada kompleks gua tersebut,” kata Anderson lagi.

”Apa yang saya maksudkan itu berlaku di bahagian masuk gua dan ketika itulah, kami mula menyedari bahawa operasi menyelamat ini akan menjadi lebih sukar daripada apa yang kami bayangkan,” katanya.

Pasukan penyelamat yang diketuai Thailand itu membuat keputusan untuk mengeluarkan mangsa setelah laporan cuaca meramalkan keadaan hujan yang sederhana pada hari operasi, walaupun ketika itu keadaan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan lemah selain tidak berpengalaman dalam aktiviti selaman.

Selain itu, pasukan penyelamat yang menggunakan pam air besar untuk mengepam keluar air daripada beberapa bahagian juga membantu operasi menyelamat itu apabila air yang dibawa keluar telah mewujudkan ruang untuk udara, yang sangat diperlukan oleh pasukan penyelamat yang bertugas di dalam gua tersbeut.
Pam Air Gergasi

‘‘Paras oksigen yang semakin menurun, risiko penyakit dan jangkaan hujan lebih lebat dan air lebih banyak memasuki ruang gua tersebut, ia bermakna peluang untuk semua mangsa bertahan dengan selamat di dalam gua tersebut semakin berkurang, atau mungkin mustahil,” tambah Anderson.

Anderson turut mendedahkan bahawa kesemua anggota penyelamat yang bertugas sebagai penyelam berlatih di dalam sebuah kolam dengan menggunakan ‘mangsa’ sebenar. Mereka dibantu oleh beberapa orang kanak-kanak yang mempunyai saiz dan ketinggian hampir sama dengan kesemua mangsa yang bertindak sebagai ‘mangsa’ dalam latihan tersebut.

Sasarannya menurut Anderson, adalah untuk memastikan kesemua mangsa ‘diikat ketat’ supaya penyelam dapat mengawal mereka selain memudahkan pasukan penyelam menyelaras keperluan oksigen mangsa ketika berada di dalam air.

Operasi menyelamat itu mengambil masa berjam-jam lamanya bagi setiap mangsa, melalui terowong dengan sesetengahnya sekadar muat-muat untuk seorang orang dewasa melaluinya.

Selain itu katanya, pasukan penyelamat penyelam turut membawa beberapa alatan lain seperti Kit Bantuan Kecemasan, sut skuba, kod bungee dan topeng khas untuk mangsa.

Penggunaan topeng tekanan menurut Anderson sangat-sangat membantu dalam operasi tersebut, sekiranya mangsa menjadi panik atau air memasuki topeng tersebut, tekanan yang wujud akan menolak keluar semula air.

Anderson turut mendedahkan dua operasi awal untuk menentukan kedudukan mangsa menemui kegagalan disebabkan banjir yang memenuhi kompleks tersebut.

”Di dalam kompleks gua seperti ini, anda perlu memasang tali menyelamat. Ia adalah nyawa anda. Anda perlu tahu jalan masuk dan jalan keluar.

”Mereka (pasukan penyelamat) ketika itu menunjukkan kemajuan yang menggalakkan walaupun keadaan gua yang begitu teruk. Tetapi boleh nampak mereka sangat letih, walaupun baru sahaja memasang tali untuk jarak 40 hingga 50 meter,” kata Anderson lagi.

”Dunia perlu tahu bahawa anggota penyelamat ini baru sahaja berjaya melaksanakan operasi menyelamat yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam hidup ini.

”Kami sangat-sangat bertuah kerana misi ini berakhir dengan berjaya. Ia sangat penting jika mengambil kira struktur dalaman gua dan berapa ramai daripada kami perlu terlibat untuk menjayakannya.

”Jika anda hilang ketenangan dalam persekitaran seperti ini, banyak perkara buruk boleh berlaku,” katanya.

Sumber : Dailymail
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.802022 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list