|
Polis mengesahkan wanita yang didakwa seperti bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, yang dikatakan mengunjungi sebuah kafe di Shah Alam ternyata bukan individu sama. “Kami dah pergi tengok tetapi bukan dia (Zalina), kami ada terima maklumat memang banyak…dua ke tiga maklumat diterima.
“Sebahagian ada yang mendakwa jumpa di hotel, lokasi sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9 dan Seksyen 24 tetapi bila kita kenal pasti dia hanya gelandangan,” katanya ketika dihubungi FMT. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/20/wanita-didakwa-kunjungi-kafe-di-shah-alam-bukan-zalina-azman/
|