CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: achik2009

Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50

[Copy link]
Post time 26-7-2014 02:44 PM | Show all posts
cikgu_murni posted on 26-7-2014 02:21 PM
Wah dino dah jadi laki org... i pun nak wish slmt pengatin 2 bln juga lah semoga kekal dan bahagia ...

thanks cikgu....hiks
mintak jauh aaa....tp dlm masa yg sama kesian jugak.... sbb org mcm abby mmg kena kahwin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 10:02 AM | Show all posts
dino posted on 26-7-2014 11:21 AM
ade org pinjam rm50 depa mintak mcm pinjam berjuta2...
3k pun terasa gak psl duit bkn turun dr la ...


Buat apa abe dino cakap 'TAKDA DUIT' cakap je, I am
not a bank, abis ceta!....................
Aku ni baru berjinak-jinak nak jual insuran. Jadi selalula
kena attand kursus insuran. Dalam pada tu, beramah mesra
dengan peserta-peserta lain. Ada yang terlebih mesra
dengan aku. Aku pun tak paham kenapa orang cepat naw nak
mesra dengan aku..............
Bila dah terlebih mesra dia mula wassap 'nak mintak tolong'.
Aku dah syak, ni mesti nak pinjam duit ni.......
Memang betol!
Katanya, laki dia bukak bisnes IT, kurang RM6 ribu!!!!
Ayoooyoooo....takkan aku nak bagi pinjam kawan mesra
yang aku jumpa kat kurus insruan je.
Tak piker panjang, terus aku cakap, akak pun tengah
nak cari orang, nak pinjam duit ni. Maaplah ye, dik. Last edited by NAT_11 on 27-7-2014 10:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 10:19 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 27-7-2014 10:02 AM
Buat apa abe dino cakap 'TAKDA DUIT' cakap je, I am
not a bank, abis ceta!....................: ...

amboi beraninya br kenal dah nak meminjam.....
kite klau org utg rm50 takde la nak kejar sgt.....tp tobat la dah dicop... takleh diberi pinjam....
ade yg pompuan sorg ni pinjam dkt 1k.... yg ni mmg aku kena mintak aaaa.... boleh byr bil tepon aku 10bln....
die punya diam seribu bahasa..... masa nak pinjam wat cite sedih.... takde duit nak mkn... takde duit nak byr sewa bilik.....

mmg syahd la aku dgr... pompuan plak.... cair la kojap....  sbb aku malu nak meminta... mcm aku plak mintak sedekah.... lepas 6 bln sonyap baru aku bersuara.....kena sound la ngan aku....yela buat majlis tunang.... jalan2 makan tempat best leh plak.... hutang org wat donno.....
dgn org lain pun sama.... tp ngan org lain die sempat unfriend.... dgn aku trlupa la nak unfriend.... tahu la aktibiti die....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:11 PM | Show all posts
dino posted on 27-7-2014 10:19 AM
amboi beraninya br kenal dah nak meminjam.....
kite klau org utg rm50 takde la nak kejar sgt ...

bini sibuk masak, berkemas..
dia sibuk berporem.

kang ai libas ngan batang mop neh kang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 12:19 PM | Show all posts
Anugerah Aidilfitri Awie


KENANGAN. Gambar bahagia Awie bersama isteri dan lima orang anak mereka termasuk dua anak Awie daripada perkahwinan terdahulu.

TIADA anugerah yang lebih bernilai dalam hidup seorang rockers bernama Awie melainkan anak-anaknya.

Isnin lalu, kira-kira seminggu sebelum takbir Aidilfitri berkumandang, Awie dianugerahi khabar gembira.

Biar diuji dengan bermacam-macam spekulasi bermula dengan dakwaan memukul isterinya Rozana Misbun, kejayaan mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak hasil perkahwinan mereka dianggapnya satu kemenangan awal.

"Itulah yang boleh saya katakan. Hari raya tahun ini (esok), mungkin jadi hari kemenangan awal buat saya. Apa yang saya perjuangkan ialah anak-anak. Tiada yang lebih membahagiakan saya selain dapat bersama anak-anak.

"Merekalah harta dunia dan akhirat saya. Mereka jugalah kekuatan saya sepanjang menempuh Ramadan yang cukup berbeza tahun ini," ungkap penyanyi berusia 46 tahun itu terharu.

Selesa diajak berbual menerusi panggilan telefon, vokalis Wings itu bercerita tentang ikatan kasih seorang bapa yang harus menjaga lima orang anak dalam satu masa.

"Biarlah dia (Rozana) yang pergi tapi jangan ambil anak-anak saya. Sekarang barulah saya kembali merasa masuk dapur, siapkan makanan waktu berbuka dan bersahur serta buat persiapan hari raya untuk anak-anak.

"Walaupun tahu masak sambal tumis sardin sahaja, tapi merasalah anak-anak makan air tangan saya," seloroh Awie sambil memberitahu, segala kelengkapan raya anak-anak disediakan dengan bantuan pengurus peribadinya.

Tambah Awie: "Kalau ditakdirkan saya tidak mendapat hak penjagaan anak-anak dalam perbicaraan baru-baru ini, mahunya saya meraung.

"Tapi, anak-anak buat saya terkejut. Bukan sahaja kakak-kakak (Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha) yang pandai beri kata-kata semangat, Merrah dan Qaseh juga boleh menangis apabila dengar berita pasal saya. Merrah peluk kaki saya dan cakap, dia tak mahu daddy (Awie) masuk penjara."

Hasil perkahwinan bersama Rozana pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha yang merupakan anak hasil perkahwinan Awie bersama Arni Nazira, juga tinggal bersama Awie.

"Setakat ini anak-anak gembira. Cuma Merrah yang macam orang dewasa sikit. Dia boleh termenung lepas tengok berita dan bertanya kalau saya masuk penjara, siapa nak jaga dia, adik dan kakaknya," hero filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bercerita lanjut.

Sementara menunggu tarikh 6 Ogos untuk perbicaraan lanjut berhubung hak penjagaan anak, Awie bagaimanapun merasa cukup bertuah kerana ibu dan adik-beradiknya sanggup buat apa sahaja untuk membantunya meringankan masalah yang dihadapi.

"Hidup harus diteruskan. Lepas raya saya juga sibuk dengan penggambaran filem terbaharu, Warna Cinta Impian sebelum latihan untuk pementasan semula teater SuperMokh.

"Saya juga baru dapat satu tawaran berlakon sebuah filem Indonesia di Jakarta. Itu semua rezeki anak-anak," mohon Awie agar dia diberikan kesejahteraan sempena Syawal nanti.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:24 PM | Show all posts
Wah! AKUlah orang pertama tag benang ni !...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2014 01:40 PM | Show all posts


mygothsoul   My thought ...... Today I will be quite abit as I'm not well. Will response and comment later...... So pada haters yang nAk maki enjoy yourself. I will deal with it later. Thanks to gua.com for the opportunity and willingness to write this. Amien Amien

http://www.gua.com.my/berita-art ... ka_Cerita_Lagi.html  2d

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 01:42 PM | Show all posts


mygothsoul   Salam...... Secara peribadi, saya juga ingin memohon maaf seandainya Ada yang terkasar bahasa atau tersilap kata serta perilaku. Saya juga tidak SEMPURNA. Kebelakangan Ini banyak yang menuduh dan maki saya mengatakan saya mengaibkan org. Sesungguhnya tidak pernah terlintas sama sekali Kalau Itu Niat saya..... Buat @awieofficial juga memohon maaf seandainya apa yang saya lakukan Ini Ada yang menyinggung perasaan. Tetap saya doakan kebahagian dan Semoga semua Ini Akan segera berlalu.

Buat rozana, sepanjang saya berkenalan walaupun menurut anda Itu sebentar, saya ingin memohon maaf Kalau Ada salah kata atau perilaku. Tetapi tetap saya berpegang Pada yang berani kerana benar.....hanya satu, buat sekali Ini jujur sahaja..... Kami org luar tak Perlu tahu pun macamana you minta maaf. Selesaikan Antara you laki bini. Tak Payah Ada games. Kesian kat anak anak. Just be honest.... Walaupun org Akan maki kita, tak pe janji jujur sahaja.

Tentang duit yang di pinjam Itu saya halal kan.

Tapi, Pada bloggers/media dan orang perseorangan yang maki Hamun saya, memalukan saya, fitnah saya serta menyebarkan perkara yang belum tentu benarnya atau Tanpa bukti, saya ingin personal apology sebab saya ingin tahu siapa org Itu especially yang mengutuk involved my family and children. Biar lah org kata saya berdendam, but I need to know why and closure.

Selain Dari Itu, saya sekeluarga juga ingin memohon maaf Dari hujung rambut sehingga hujung kaki seandainya ada terkasar bahasa, atau perilaku dalam hal seharian. Kami hanya manusia biasa pasti tidak sempurna.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Amien amien ..... Semoga hari raya ini mengajar kita untuk lebih redho, bersyukur serta melalui segalanya dalam keserdehanaan. Love..... @yangnuratiqah98 @vsapache @cintaqairaalexandrea #maafzahirdanbatin #mailahrumah #mulutnakkenakuranglaser #shopping #respect #redho #loveain #proudofmykids #ainhussin  1d
Last edited by achik2009 on 27-7-2014 01:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 01:52 PM | Show all posts
terbaik gotsol
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran dari kes awie... Klu kita dipihak yg benar tak payah kita bergaduh2 nk xplain... Allah akn hntar bntuan..  

Kalulah apa yg mygothsoul buat ni tak betul dia berdosa dgn Allah and dgn rozana.. Org luar yg xde kena mengena tiba2 dok kutuk dialh aperlah.. Xpasal2 korg berdosa dgn dia...



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:55 PM | Show all posts
tgk awie komen kat melodi..rileks ja..pesanan kepada rozana kembali ke pangkal jalan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:00 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-7-2014 01:42 PM
mygothsoul   Salam...... Secara peribadi, saya juga ingin memohon maaf seandainya Ada yang terka ...

aura empire tu company die ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:09 PM | Show all posts
Syd posted on 27-7-2014 12:11 PM
bini sibuk masak, berkemas..
dia sibuk berporem.

kita baru nak balik la syd...kat klia2 ni ha....
ade majlis sambut menantu..... korg kite jemput masa kl la yea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 02:11 PM | Show all posts
maxim posted on 27-7-2014 02:00 PM
aura empire tu company die ke

bisnes keluarga kot?...patutlah byk duit sampai sanggup nak pinjamkan kat org...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:13 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-7-2014 02:11 PM
bisnes keluarga kot?...patutlah byk duit sampai sanggup nak pinjamkan kat org...

patut la si rozana tergamak nak pnjam duit sbb die tau gautsol ni byk duit
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:22 PM | Show all posts
Hopefully Awie dan Rozana berbaik di aidilfitri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2014 02:26 PM | Show all posts
maxim posted on 27-7-2014 02:13 PM
patut la si rozana tergamak nak pnjam duit sbb die tau gautsol ni byk duit

cer tengok sini....



http://www.facebook.com/pages/Au ... Bhd/350161361786480
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:29 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-7-2014 02:26 PM
cer tengok sini....

aik..bg review kt diri snirik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 02:32 PM | Show all posts
maxim posted on 27-7-2014 02:29 PM
aik..bg review kt diri snirik?

tu la...mcm pelik je...ntah2 dia staf je kot?...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:33 PM | Show all posts
achik2009 posted on 27-7-2014 02:32 PM
tu la...mcm pelik je...ntah2 dia staf je kot?...hehe...

kalau staff pn apa jadah bg review snirik..hazab sgt tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.671963 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list