CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET NATURE BREATHE NEW LIFE INTO YOU

 Close [Copy link]
Post time 29-1-2026 11:31 AM | Show all posts
Ia sebagai dorongan kepada pegawai itu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lelaki tempatan terbabit yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] iaitu tidak mempunyai lesen premis ditetapkan, tiada kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah, tiada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan larangan menempatkan buangan terjadual di premis yang tidak ditetapkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 11:31 AM | Show all posts
Perbuatan berkenaan merupakan hasil persubahatan tertuduh yang dilakukan pada 12 Februari 2025, jam lebih kurang 1.00 petang, di Jalan Zamrud, Kawasan Perindustrian Nilai di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:31 AM | Show all posts
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 28(1)(C) dibaca bersama Seksyen 17(6) Akta SPRM 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:31 AM | Show all posts
Sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:31 AM | Show all posts
Pegawai Pendakwa SPRM, Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi menawarkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan beberapa syarat tambahan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:32 AM | Show all posts
Peguam, Muhammad Denial Khairul Hizam bersetuju dengan tawaran tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 11:32 AM | Show all posts
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 seperti mana dimohon dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM Negeri Sembilan pada awal minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi sama ada secara sendiri atau melalui pihak ketiga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:32 AM | Show all posts
Sebutan semula kes 6 Mac depan. - sinar harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 29-1-2026 11:30 AM
malam ni malam jemaat

Thursdayy Nite eay…
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:34 AM | Show all posts
Penganut disaran pecah hanya sebiji kelapa semasa Thaipusam


Subbarow dan Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menggesa penganut Hindu agar mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti yang bagi semasa Thaipusam tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:34 AM | Show all posts
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menggesa penganut Hindu agar mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti yang banyak sempena sambutan Thaipusam tahun ini susulan kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:34 AM | Show all posts
Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, gesaan tersebut bukan bertujuan menghalang amalan keagamaan sebaliknya mengajak penganut supaya mengehadkan bilangan kelapa yang dipecahkan dan menyalurkan lebihan wang kepada golongan yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:34 AM | Show all posts
“Kami tidak mengatakan supaya penganut tidak memecahkan kelapa tetapi mengurangkan bilangannya dan mendermakan baki wang itu kepada keluarga yang menghadapi masalah kewangan, rumah jagaan orang tua atau rumah jagaan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan bersama pada Khamis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:35 AM | Show all posts
Menurutnya, sekiranya setiap penganut yang menyambut Thaipusam pada 1 Februari ini hanya memecahkan sebiji kelapa seorang, penjimatan wang tersebut mampu memberi manfaat kepada ribuan individu khususnya dalam kalangan masyarakat India berpendapatan rendah atau kumpulan B40.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:35 AM | Show all posts
"Penggunaan kelapa secara berlebihan boleh menyebabkan harga meningkat dan berisiko mengakibatkan kekurangan bekalan di pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:35 AM | Show all posts
"Hasil tinjauan yang dilakukan sempena Thaipusam 2026, para peniaga mengesahkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahun ini," ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 11:35 AM | Show all posts
Katanya, bagi mengesahkan keadaan tersebut, pihaknya telah menghubungi pengusaha ladang kelapa di Bagan Datuk, Perak yang memaklumkan bahawa hasil kelapa pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:35 AM | Show all posts
“Keadaan cuaca ekstrem dan perubahan iklim dipercayai menjadi faktor utama kepada penurunan pengeluaran kelapa,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:36 AM | Show all posts
Mengulas tentang amalan keagamaan, Subbarow berkata, memecahkan kelapa merupakan ritual suci dalam agama Hindu yang melambangkan penyerahan ego seseorang di hadapan Tuhan dan perlu dilakukan dengan penuh pengabdian serta keikhlasan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:36 AM | Show all posts
"Kelapa yang dipecahkan sepatutnya dikumpulkan untuk dimakan atau digunakan dalam masakan selaras dengan ajaran Hindu yang menekankan larangan pembaziran makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.462028 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list