|
|
[Pulau Pinang]
Bersembang Tentang Nombor V16
[Copy link]
|
|
|
|
Menurutnya, pelaksanaan BRR yang diperkenalkan sejak 2023 antaranya menyediakan Juadah Rahmah pada harga RM5 ke bawah sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan, menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dan inisiatif MySaveFood Ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata, setakat ini lebih 30 peniaga sudah menyertai BRR di ibu kota dan dijangka penyertaan peniaga akan meningkat dalam masa terdekat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Pinang laksana semakan cukai selepas hampir 30 tahun tidak dikaji semula |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menegaskan pelaksanaan semakan kadar cukai tanah berkuat kuasa pada tahun 2026 serta pewartaan 25 bandar baharu dibuat atas keperluan undang-undang dan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
perkembangan semasa negeri itu selepas kali terakhir semakan dilakukan hampir 30 tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, semakan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828) yang memperuntukkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semakan setiap 10 tahun namun Pulau Pinang kali terakhir melaksanakannya pada 1994 dan dikuatkuasakan pada 1996. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, pewartaan 16 bandar sebelum ini pula dibuat pada 1966 meliputi sebahagian kawasan George Town, Jelutong, Ayer Itam, Gelugor, Bukit Bendera, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Batu Feringgi, Balik Pulau, Bayan Lepas, Kepala Batas, Butterworth, Prai, Bukit Mertajam, Sungai Bakap dan Nibong Tebal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ketika ini, pembangunan pesat termasuk pembukaan pusat bandar dan kawasan perindustrian baharu menjadikan sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang setara dari segi pembangunan ekonomi dan sosial dengan kawasan bandar,” katanya dalam 1 kenyataan pada Jumaat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengulas kebimbangan kenaikan mendadak cukai, beliau berkata, kerajaan negeri memperkenalkan rebat 50 peratus bagi mengawal kesan kenaikan dan mengurangkan beban pemilik tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Selain itu, asas rayuan turut ditambah baik dan diumumkan pada 15 Februari lalu, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dengan lebih 350 permohonan rayuan kini sedang diteliti oleh Pentadbir Tanah di setiap daerah," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengulas dakwaan struktur cukai tanah negeri tidak selaras dengan Seksyen 52 Kanun Tanah Negara yang menetapkan kategori Pertanian, Bangunan dan Perindustrian, Kon Yeow berkata, kenyataan itu kurang tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jelasnya, Seksyen 101(3)(b) Akta 828 memperuntukkan pihak berkuasa negeri boleh membuat peruntukan berbeza bagi kelas atau perihal tanah berlainan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Peruntukan itu juga selaras dengan Seksyen 120, 121 dan 122 yang memberi kuasa menetapkan syarat nyata bagi kategori tanah sebelum pemberimilikan diluluskan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
manakala Seksyen 124 membolehkan pemilik memohon pindaan kategori atau syarat nyata," tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, struktur baharu yang diwartakan pada 11 September 2025 lebih jelas dan telus apabila hanya membahagikan tanah kepada dua klasifikasi iaitu Tanah Bandar dan Tanah Desa dengan 1 kadar masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sebelum ini, Tanah Bandar mempunyai 2 kadar berbeza manakala |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah Desa 3 kadar berbeza sekali gus mewujudkan jurang yang tidak berpandukan situasi sebenar,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, terdapat kira-kira 230,000 hak milik sedemikian menyebabkan penentuan kadar cukai perlu dibuat berdasarkan kegunaan semasa di tapak bagi memastikan keadilan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|