CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 29-1-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 29-1-2018 08:57 PM
Thanks in advance Dear
Lesson to me so next time jgn hadappp sgt tengok berita TV9

Lepas tgk tv3. Bukak rtm. Takdak pulak info. Taktau la kot masa awal or masa last depa tunjuk. Tapi kan. Tgk gaya mcm pihak pendakwa nak menangkan belah arwah. Harap2 begitu la kan. Sadis dgr kronologi kes hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
queenhua replied at 29-1-2018 09:04 PM
Ada tunjuk okts 302 ke sis?
Ruginya miss news tadi...

Okts 302 takda sis. Ni kat luar bilik ja nampak sipi2 okt 330 dok sembang2. Tengok depa tak tutup muka dah mcm aritu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2018 10:11 PM
seterika wap tu rupanya yang macam butik2 gosok tudung or baju nipis2 kan...i dok ingat seterika wap ...

Kan u... tadi tgk tekejut jugak. Mati2 dok ingatkan seterika gosok baju tu. Rupanya seterika wap yg kat butik tu. Mmg seronok la dok 'mencucuh'... benda tu panjang, tak berat lak. Nampak seterika tu ada kesan hitam2 dah. I dok bayang mcm2 dah hmmm kesian la arwah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 29-1-2018 10:13 PM
Ohbulan ada tulis skit details case

http://ohbulan.com/tertuduh-mengaku-tidak-bersalah-pihak-pe ...

Okay sis tq. Nanti i tengok
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:53 PM | Show all posts
PyoNaRi replied at 29-1-2018 10:51 PM
Kan u... tadi tgk tekejut jugak. Mati2 dok ingatkan seterika gosok baju tu. Rupanya seterika wap y ...

patut la guna perkataan "cucuh"..sebelum ni tak betul la report dok kata ada kesan "tekap"...ye la sumber2 tak official ni banyak pulak nasik tambahnya....tp kalau iron cucuh tu lagi sakit kot asap dia..aduii
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Rasa semangat balik nak follow kes arwah lepas tengok news tadi even sebelum ni dah rasa sendu sikit sebab ig j4f dah takda. Moga kebenaran dan keadilan berpihak kepada arwah dan yang buat arwah mcmtu dikenakan hukuman yg selayaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2018 10:53 PM
patut la guna perkataan "cucuh"..sebelum ni tak betul la report dok kata ada kesan "tekap"...ye la ...

Tula kan. Yg latest ni depa update cucuh. Mcm pelik gak nak cucuh cemana guna iron gosok tu. Rupa2nya guna iron pesen tu. Mmg yala cucuh sakan. Ishhh geramnya rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lil_sparky at 29-1-2018 11:01 PM

Igt iron mcm brand philips tu


Mcm mn eh keadaan okt2 302kk..fmly birin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 29-1-2018 02:36 PM
Kenapa mereka ada access utk guna pintu belakang? Special dari segi apa?

Diorg masuk dari bilik OKT..mcm saksi yg lain..kecuali Okt 330 yg memang dtg sendiri..

Okt 330 kali ni dtg pakai baju campur..ade yg pakai blazer..ada yg pakai kemeja je..

Yg penting sufi hensem..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Td adik sultan ibrahim, tengku mariam ada dtg dgn anak tunggal dia...perempuan..dtg bagi support plus nak tunjuk kat anak die bahana UPNM ni..sbb anak die beriya nak masuk upnm
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 29-1-2018 11:06 PM
PyoNaRi replied at 29-1-2018 10:56 PM
Tula kan. Yg latest ni depa update cucuh. Mcm pelik gak nak cucuh cemana guna iron gosok tu. Rupa2 ...


Iols dah cakap dr thread awal diorg guna sterika wap....

Acik2 gigeh percaya perkataan TEKAP dan lukisn dlm akhbar metro.

Memang Sterika Wap tu lah yg iols nampak dalam mimpi iols....dan diorg cucuh pada bahagian dada, belakang badan dan peha.

Pada bahagian lain diorg layang2 sterika wap tu

Tu yg jadi melepuh byk dan bertukar warna putih
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:05 PM | Show all posts
pet_ayut replied at 29-1-2018 11:02 PM
Td adik sultan ibrahim, tengku mariam ada dtg dgn anak tunggal dia...perempuan..dtg bagi support plu ...

yeke...kesian kalau org betul2 ikhlas minat nak join army tapi hanya disebabkan kes ni, parents pangkah teruss cita2 anak ituuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So far..ada riki info dari AG...DPP memang chage dan akan cuba dpt kan hukuman di bawah S.302 KK atas alasan kelakuan OKT 302 memang berniat utk membunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 29-1-2018 03:05 PM
yeke...kesian kalau org betul2 ikhlas minat nak join army tapi hanya disebabkan kes ni, parents pa ...

Uish..kalau aku pun pikir beribu kali..anak dah lah sorang..pompuan pulak tu..risiko wehh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pet_ayut replied at 29-1-2018 11:00 PM
Diorg masuk dari bilik OKT..mcm saksi yg lain..kecuali Okt 330 yg memang dtg sendiri..

Okt 330  ...

330K ni lah kalau sabit kesalahan boleh dipenjarakan 7 tahun maksima kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pet_ayut replied at 29-1-2018 11:05 PM
So far..ada riki info dari AG...DPP memang chage dan akan cuba dpt kan hukuman di bawah S.302 KK ata ...

Yeayyy..ada sikit harapan utk kes ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:09 PM | Show all posts
TerkiniJanuary 29, 2018

“Zulfarhan Terbaring Dengan Balutan Di Badan” – Saksi


KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain dilihat terbaring dengan berkain pelikat dan hampir seluruh badannya dibaluti ‘bandage’ di sebuah unit pangsapuri pada 1 Jun tahun lepas.

Penolong Pegawai Perubatan Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan Hospital Serdang Mohd Fadzli Sham Shafii, 36, berkata selepas melihat keadaan itu, beliau terus melakukan pemeriksaan ke atas lelaki yang berumur 20-an itu.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata semasa pemeriksaan tersebut, beliau mendapati mangsa tidak bernafas, tiada denyutan nadi dan tiada pergerakan anak mata hitam sebelum memaklumkan kepada pusat koordinasi perubatan yang kemudian mengarahkannya membawa mangsa ke hospital dengan segera.

“Dua tertuduh turut menemani mangsa yang tidak sedarkan diri itu bagi mendapatkan rawatan di Hospital Serdang,” katanya.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi iaitu tertuduh kedua yang secara sukarela menemani mangsa di dalam ambulans, katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada hari pertama perbicaraan kes membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di sini.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Fadzli Sham berkata beliau menemui kedua-dua tertuduh ketika tiba di Apartment De Centrum, Bandar Baru Bangi setelah menerima panggilan yang memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di sebuah unit pagsapuri itu.

“Pada 1 Jun 2017, ketika saya sedang bertugas syif petang bermula 2 petang sehingga 9 malam, pusat koordinasi perubatan menerima panggilan kecemasan pada 8.28 malam mengatakan ada seorang lelaki tidak sedarkan diri di apartment itu.

“Saya bersama pemandu ambulans, Nurul Hisham, bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 8.40 malam. Sebaik tiba, ada seorang lelaki yang saya tidak kenal pasti sedang tunggu pihak kami di lobi dan bawa naik ke rumah di Blok B,” katanya.

Semasa menjawab soalan Othman tentang berapa individu yang berada di dalam rumah tersebut ketika beliau tiba, saksi itu berkata selain seorang lelaki yang menunggu di lobi dan membawanya ke unit pangsapuri itu, terdapat dua lelaki lain yang sedia berada di dalam rumah berkenaan iaitu lelaki sama yang menemani mangsa di dalam ambulans.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui nama kedua-dua individu itu, Mohd Fadzli Sham berkata beliau mengetahuinya selepas melihat pendaftaran nama mereka di dalam buku pendaftaran hospital sebaik mangsa dibawa ke unit kecemasan hospital itu dan diserahkan kepada Doktor Muhd Faiq Nabil untuk rawatan lanjut.

Ketika diminta membuat pengecaman adakah kedua-dua lelaki itu berada di mahkamah hari ini, saksi itu berkata :” Ya, Akmal hujung sekali sebelah kanan, Azamuddin saya tak berapa cam sebab dia pakai topi (pada hari kejadian),” katanya sambil menunjukkan kepada Muhammad Akmal Zuhairi yang berada di kandang tertuduh.

Saksi pendakwaan kelima, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idrus, 54, pula sebak semasa pengecaman gambar bedah siasat anaknya dan sambil menangis berkata “ya” ketika Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz bertanyakan adakah gambar tersebut gambar Zulfarhan Osman.

Ibu Zulfarhan Osman yang berada di galeri awam juga dilihat menangis teresak-esak.

Terdahulu, Zulkarnain yang juga pemandu teksi dan menetap di Skudai, Johor Baharu, memberitahu bahawa pada 11.45 malam, 1 Jun 2017 semasa beliau berada di rumah, pihak UPNM menghubungi untuk memaklumkan Zulfarhan Osman telah meninggal dunia dan jenazahnya berada di Hospital Serdang, Selangor.

Katanya beliau kemudian bergegas ke hospital itu dan tiba pada 3.30 pagi, 2 Jun 2017 namun hanya dibenarkan melihat dan mengecam mayat Zulfarhan Osman kira-kira 9 pagi hari sama.

Zulkarnain berkata Zulfarhan Osman adalah anak sulungnya daripada empat beradik dan belajar di UPNM pada tahun kedua peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Kali terakhir beliau bertemu Zulfarhan Osman adalah pada April 2017 ketika anaknya itu pulang bercuti selama tiga hari.

Kepada soalan Nurakmal Farhan sama ada Zulfarhan Osman pernah mengadu sebarang masalah sepanjang belajar di UPNM, saksi itu menjawab “tidak pernah”.

Ketika ditanya adakah anaknya itu memiliki komputer riba, lelaki itu berkata Zulfarhan Osman memiliki komputer riba sendiri namun tidak pasti berapa lamakah anaknya telah memiliki komputer riba itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung pada 28 Feb depan. — BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:10 PM | Show all posts
pet_ayut replied at 29-1-2018 11:07 PM
Uish..kalau aku pun pikir beribu kali..anak dah lah sorang..pompuan pulak tu..risiko wehh

keturunan kerabat dan army panglima ala2 sebati dalam darah ...so dah datang sendiri harini dia dah taknak la tu masuk yuuupienem? hahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:21 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 29-1-2018 11:04 PM
Iols dah cakap dr thread awal diorg guna sterika wap....

Acik2 gigeh percaya perkataan TEKAP  ...

Sampai termimpi2 haaa...lagi apa lagi dalam mimpi tu...cer share lagiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.876277 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list