CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

Polis Bukit Aman mati ditembak

[Copy link]
Post time 19-8-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 19-8-2017 03:01 PM
D7 itu menatang apa sister??
tak semua orang faham lingo kepolisan ini

Kongsi gelap , judi dan maksiat... mmg berisiko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 03:15 PM | Show all posts
Changa replied at 19-8-2017 03:01 PM
D7 itu menatang apa sister??
tak semua orang faham lingo kepolisan ini

D7 - cawangankongsi gelap, maksiat dan perjudian. Ada sebut kat Kosmo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:29 PM | Show all posts


malaysia masih aman katanya . kehidupan harian semakin tidak aman sebab jenayah sentiasa ada dimana2 waima di rumah kita sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:30 PM | Show all posts


malaysia masih aman katanya . kehidupan harian semakin tidak aman sebab jenayah sentiasa ada dimana2 waima di rumah kita sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga arwah.sedihnya laa.. terkorban mcm tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah,sedihnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp di tembak Semoga keluarga arwah tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah edar pon picca 2 org penembak..tapi rasanya depa lepas tembak lari masuk thailand laah...takziah utk family arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 19-8-2017 03:00 PM
Salam takziah buat family polis ni. bahayanya skrg. jadi polis ni mesti banyak musuh.

Jadi polis boleh buat side income dengan penjenayah...tak caye tanye geng2 polis Melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau: Dlm citer omputeh aku tgk depa kata "membunuh polis hukuman nya amat berat sekali".'

Dalam cerita red indian, sherif san diego bersatu dgn red indian kejar negro. Negro zaman dulu ada yg lord wealthy..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:35 PM | Show all posts
aku baca ulang kali
ingatkan kisah dari sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 19-8-2017 01:53 PM
Di zaman kleptro dan cash is king ni...  ramai good cop yang terkorban..



Not only good cop.. good dpp also..

Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hosba ni byk siam kann.....

Dulu aku pegi, nasib baik tak berhenti mkn kat kdai tu....rupanya kedai siam, bila siang tgok anjing berkeliaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:50 PM | Show all posts
Jadi high profile kes ka ni..nampak gitu2 ja dlm berita td..mlm ni nk dgr betul2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 07:08 PM | Show all posts
ALOR SETAR: Kegigihan seorang pegawai polis dari Bukit Aman, mengumpul maklumat penyeludupan dan gangsterisme rentas sempadan khususnya Bukit Kayu Hitam, berakhir apabila dibunuh penyerang bersenjata api.

Dalam kejadian jam 10.25 malam tadi, detektif yang bertugas dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, ditembak dari arah belakang oleh penyerang yang memanjat tembok kediaman seorang lelaki yang dikunjunginya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata serangan terbabit menyebabkan mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan lelaki berusia 35 tahun terbabit, terbunuh di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal di lokasi, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah menemui lima kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian.

"Bedah siasat mendapati mangsa maut akibat terkena empat tembakan iaitu tiga das menembusi badannya, manakala satu lagi tertinggal di bahagian dada yang menyebabkan kerosakan pada saluran darah utama," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Asri berkata, susulan pembunuhan pegawai polis berkenaan, lelaki ditemuinya ketika serangan itu, yang pernah ditahan dalam kegiatan jenayah penyeludupan di sempadan, ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.

"Kita juga sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Mohd Hatta Johari, 30 dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan, untuk membantu siasatan kes ini.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit didalangi dan dilakukan sindiket penyeludupan senjata api, dadah dan rokok yang beroperasi sekitar Kedah dan Perlis.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketika berkongsi kesedihan ekoran kematian anggotanya, mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Abu Hashim.

"Saya dan seluruh Warga @PDRMsia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abu Hashim Ismail yang ditembak mati oleh penjenayah malam tadi, " katanya menerusi Twitter rasminya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis gaji sikit tapi risiko tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 19-8-2017 07:08 PM
ALOR SETAR: Kegigihan seorang pegawai polis dari Bukit Aman, mengumpul maklumat penyeludupan dan gan ...

Eeiii...kejinya la penjahat. Dahla ko buat jahat seludup benda terlarang.suka2 hati bunuh polis... moga dapat balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 08:44 PM | Show all posts
mysun replied at 19-8-2017 01:13 PM
Rasa balas dendam kot ni.... Sy bc ringkasan kes tu. Polis ni pegi uma ssorg (tmpt kejadian tu la).  ...

oooo kau tahu berkenaan kejadian ni ye?  nak amik statemen sikit boleh?

pandai2 kau je tok dalang laa tok bomo laaaa...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.375655 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list