CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

[Edisi...PANASSS] Bade Tidak Muncul Sebutan Cerai, Erma Fatima Beri Notis Amaran

[Copy link]
Post time 15-6-2015 03:17 PM | Show all posts
tgk ig aida nih..mmg sundalperampas tak sedar dek untung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 03:34 PM | Show all posts
bade kemain sakan bila bergamar ngan aide ni dok rangkul dia peluk bagai. dengan kak erma gamo birthday tu takde pun pegang pegang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:38 PM | Show all posts
pinkypetal replied at 15-6-2015 12:48 PM
Korang ada baca statement terbaru bade tak? Yang dia kawin bukan untuk bercerai tu?

Ada, kat uglynarok and rotikayap. Ada komen dengan bahasa
yang sangat biadab, mengutuk-ngutuk kekertuan Erma dan
menghina kegagalan Eram berfungsi melahirkan zuriat Bade.
Aku nak nuduh, mungkin itu si Aida menyamar jadi nurhafiza
dalam rotikayap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:50 PM | Show all posts
Edited by Mierafaziera at 15-6-2015 04:53 PM

Mau pintal rambut tepi tingkap Aida baca statement Bade nih!! tambah2 yang kat paragraph no. 2 last tuh!!

"Tindakan Erma Fatima memohon penceraian daripada suaminya, Bade pada minggu lalu memang mengejutkan. Rata-rata beranggapan perkahwinan mereka bahagia, walaupun Bade telah memadukan Erma apabila berkahwin buat kali kedua dengan Aida. Tanggapan bahagia hidup bermadu ini muncul apabila Erma sering memuatnaik gambarnya bersama madu, menunjukkan seolah-olah mereka berdua bahagia berkongsi kasih Bade. Malah mereka juga telah bercuti ke Bandung bersama-sama.
Sesungguhnya permohonan cerai dari Erma Fatima bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah Bade selaku suami juga turut sama terkejut. Menurut Bade, dia langsung tidak tahu menahu tentang permohonan ini. Bagi Bade, perkahwinan yang dibina bukanlah untuk berakhir dengan penceraian. Katanya:-

Saya dan Erma tidak bergaduh apa-apa pun. Rasanya saya juga ada hak kerana dia isteri saya dan saya suaminya. Sebagai suami, ia adalah hak saya untuk menceraikan Erma atau sebaliknya. Walaupun ada undang-undang mahkamah syariah, tapi bagi saya, talak di tangan seorang suami.

Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting.

Kepada kedua-dua isteri, saya nak beritahu, saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apapun keadaan, bukan kuasa saya.

Erma mahupun Aida tahu, saya kahwin bukan untuk bercerai."

erma fatima bade

Terharu la pula Abang Nara membaca kata-kata Bade ini. Jelas perasaan sayang Bade terhadap Erma masih utuh. Tidak terlintas langsung untuk melepaskan isterinya itu. Tiada siapa mahu masjid yang dibina runtuh dengan penceraian, lebih-lebih lagi selepas 24 tahun berkahwin. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga mereka akan dapat mencapai kata sepakat. Amin. Sumber Berita Harian.

-Beautifulnara-

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:52 PM | Show all posts
skymania replied at 15-6-2015 07:17 AM
tgk ig aida nih..mmg sundalperampas tak sedar dek untung...

Ig dia private huwaaa.. Dapat tengok kat sini je bila syd paste
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:53 PM | Show all posts
Edited by Duta lover at 15-6-2015 04:56 PM

Aku kesian kat anak2 erma n bade yg 5 org tu

YEEE
mungkin bg korang mereka ni sekadar anak angkat
tapi bayangkanlah
ada 5 orang..smua da membesar sama2 jd mcm adik beradik
n bg diorang
bade tula ayah. Erma tu la emak.

Tiba2 ayah korang kawen lain..n ada anak sendiri. Anak kandung.
apa perasaan korang?
maybe mula2 xde apa2.

Tetiba mak minta cerai?msti sedikit sebanyak korang akan rasa...
isu anak la puncanya.

N jadi emotionally affected n rasa bersalah.
sbb korang bukan anak kandung.
in d end of d day ayah korang nak anak sendiri.
siap porak peranda umah tangga.

Sedih kot.
hmm kene fikir panjang b4 amik anak angkat.
both suami n isteri mesti kene redha n sayang.
bukan isteri je yg sayang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ade sape2 post tak psl si aide ni posting dlm insta kononnye dia kena post partum sindrom or sthg.ubatnye senang je, si bade.

amboih.senangnye hidup.nk conquer laki, kate la gila meroyan bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:59 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2015 04:54 PM
ade sape2 post tak psl si aide ni posting dlm insta kononnye dia kena post partum sindrom or sthg.ub ...

Makcik suami aku
mat salleh...dok sweeden
gila meroyan lpas lahirkan anak bongsu

Sampai skang dok umah kebajikan kat sweeden tu
tapi x bercerai pun
just dia duduk situ
suami n anak2 dtg secara berkala melawat.


sewajarnya aide ni disumbat ke rumah kebajikan jugak
kalau dah sampai bade kene jaga 24jam
cne nak cr nafkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
omg she block me! is this because I komen dlm ig erma? ooo u stalker!?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 05:13 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2015 05:01 PM
omg she block me! is this because I komen dlm ig erma? ooo u stalker!?

sis, u rasa2 dia ada lepak bod gosip tak? haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-6-2015 05:13 PM
sis, u rasa2 dia ada lepak bod gosip tak? haha

of course la.i plak semua media sosial guna nickname yg sama. I mmg x komen kt ig dia.tp ade like gambar baby. lps I komen 'u go girl' kt ig erma, berdesup I kena block. x pe lah.hakak dh print screen yg hot hot dik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-6-2015 05:13 PM
sis, u rasa2 dia ada lepak bod gosip tak? haha

nmpk sgt dia stalker ig erma.i syak dia block semua yg bg moral support kt erma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 05:26 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2015 05:22 PM
of course la.i plak semua media sosial guna nickname yg sama. I mmg x komen kt ig dia.tp ade like  ...

sila laa ahkak share di sini yer..
dah alang2 gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-6-2015 05:26 PM
sila laa ahkak share di sini yer..
dah alang2 gituhhh

dh pernah posting.tp semua org x nmpk.wkakaka.nanti I pm si @juliez. suruh dia posting.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2015 05:23 PM
nmpk sgt dia stalker ig erma.i syak dia block semua yg bg moral support kt erma.

Dia stalk dan jd ghost follower kot. Budak2 nya perangai walhal dah mak org
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:59 PM | Show all posts
harap2 yang bini baru laa kena cerai

#teamerma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 08:26 PM | Show all posts
kukulangau replied at 15-6-2015 10:01 AM
berbaloi raja ema dgn arwah tu
beribu2 lemon la imbuhannya
erma setakat dapat bade and dua2 teng ...
berbaloi raja ema dgn arwah tu
Arwah sape?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 08:47 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 13-6-2015 07:58 PM
Gitulah fikiran sesetengah pompuan..dia rasa dia boleh beranak so dia lebih hebat...

kan.. eksennnnn nak mampsss
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
put3reen replied at 15-6-2015 08:47 PM
kan.. eksennnnn nak mampsss

Semua tu pinjaman..bila2 ja Allah nak tarik sekelip mata jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 07:21 AM | Show all posts
Umie Aida Mahu Erma Fatima & Bade Pertahankan Rumah Tangga

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 5:30 AM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]



Umie Aida bakal muncul dengan koleksi hijab dengan kerjasama Jovian.

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Umie Aida berharap kakaknya, Erma Fatima dapat mempertahankan rumah tangganya bersama pengarah, Bade Azmi dan menyelesaikan kemelut di antara mereka dengan baik.

Umie atau nama sebenarnya Umie Aida Rahmad, 42, berkata, sebagai adik dia sentiasa memberikan kata-kata positif kepada Erma setiap kali dia  meluahkan perasaan berhubung masalah yang sedang dihadapinya.

"Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya.

"Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka," katanya kepada mStar Online.


Bade dan Erma Fatima

Umie ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung J Hijab by Umie Aida di butik Jovian, Bangsar di sini, Isnin.

Terdahulu, Erma, 47, memfailkan permohonan bercerai secara baik terhadap suaminya bulan lalu di Mahkamah Rendah Gombak Timur dekat sini dan kes berkenaan telah pun disebut buat kali pertama pada 11 Jun lalu.

Kes berkenaan bagaimanapun ditangguhkan pada 10 Ogos depan untuk sebutan semula selepas Bade, 51, tidak menghadirkan diri pada prosidin berkenaan.

Bade dalam kenyataannya di sebuah akhbar mingguan Ahad lalu berkata dia berkahwin dengan Erma dan seorang lagi wanita iaitu Aida Abdul bukan untuk bercerai.

Dalam pada itu, Umie berkata, dia yakin Erma membuat keputusan tersebut selepas berfikir semasak-masaknya dan ia bukan tindakan mudah.

Ini kerana katanya, hanya Erma yang mengetahui kesakitan yang ditanggung dan sebagai adik akan menyokong apa juga keputusan dibuat itu.

"Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.

"Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri," katanya.

Tambah Umie, dia berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade dalam mengharungi masa sukar tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya sendiri ada cuba membuat panggilan dan mesej tetapi tidak  dijawab tetapi saya faham Erma perlukan ruang untuk dirinya," ujar Umie.


Jovian (tiga dari kiri) bersama para artis dan model yang memperagakan koleksi tudung J Hijab by Umie Aida.

Dalam pada itu bercakap mengenai koleksi tudung J Hijab by Umie Aida, pelakon itu berkata, pengalaman cetek dalam bidang fesyen telah membuatkan dia tertarik untuk berkolaborasi dengan Jovian Mandagie menerusi enam koleksi buat permulaan.

Jelas Umie, dia dan Jovian sama-sama memberikan buah idea untuk koleksi berkenaan termasuk pemilihan fabrik, rekaan dan warna kerana ingin memastikan pembeli berpuas hati dan selesa ketika mengayakan tudung rekaan mereka.

"Saya hendak buat sendiri tidak ada pengalaman dan saya fikir kolaborasi ini adalah paling baik. Dari situ juga saya dapat belajar tentang pelbagai perkara.

"Saya kagum dengan Jovian kerana dalam masa kurang sebulan selepas perbincangan menerusi voice note di WhatsaApp akhirnya impian itu terlaksana dengan jayanya," ujar Umie.

Tambahnya lagi, selain ia selesa dan mudah digayakan, J Hijab by Umie Aida juga direka dengan kepanjangan agar ia menutupi bahagian dada sebagaimana di syariatkan dalam Islam.

"Saya memang minta Jovian untuk memanjangkan tudung berkenaan agar ia dapat menutupi dada tetapi pada masa sama masih moden dan bergaya," jelasnya.

Malah kata Umie, projek tersebut bukan sahaja khusus untuk musim perayaan malah dia dan Jovian sudah merancang untuk mengeluarkan koleksi seterusnya dalam masa beberapa bulan lagi.

Enam koleksi J Hijab by Umie Aida dijual pada harga di antara RM100 hingga RM450 eksklusif di semua butik Jovian Store.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 1.220730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list