CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] Bersembang Tentang Nombor V15

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2026 01:22 AM | Show all posts
KOTA BHARU: PAS mengakui tindakan 3 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang memohon untuk menyertai semula parti itu menjejaskan kestabilan dan kewibawaannya sebagai parti pemerintah di negeri berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 01:23 AM | Show all posts
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti melihat episod itu sebagai 1 pengajaran yang perlu diambil serius.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:24 AM | Show all posts
"Tindakan 3 ADUN itu menjejaskan kestabilan dan kewibawaan PAS sebagai parti pemerintah di Perlis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:24 AM | Show all posts
"Ketiga-tiga bekas ADUN Perlis terbabit sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai semula PAS dan permohonan itu akan diproses mengikut prosedur standard parti," katanya hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:25 AM | Show all posts
Tambah beliau, keyakinan rakyat terhadap prinsip dan kestabilan PAS kekal kukuh, dengan mendedahkan parti menerima lebih 2,000 permohonan keahlian baharu setiap bulan, termasuk permohonan untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:25 AM | Show all posts
Sebelum ini, media melaporkan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS menyerahkan kepada kepemimpinan pusat parti untuk membuat keputusan berhubung rayuan yang dikemukakan oleh 3 bekas ADUN Perlis yang dipecat semasa krisis politik negeri bulan lalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2026 01:26 AM | Show all posts
3 bekas ADUN itu ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:30 AM | Show all posts
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sejarah apabila satelit nano keduanya, UiTMSAT-2 berjaya dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 6.52 petang waktu Malaysia hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 01:30 AM | Show all posts
Ketua projek, Dr Fatimah Zaharah Ali, berkata UiTMSAT-2 merupakan satelit nano jenis CubeSat 1U seberat 1.1 kilogram (kg) yang dilepaskan melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:31 AM | Show all posts
Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM, berkata projek UiTMSAT-2 membawa misi utama kamera pemerhatian bumi serta misi sekunder internet benda berasaskan angkasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:31 AM | Show all posts
Beliau berkata demikian pada Majlis Tontonan Secara Langsung Pelepasan UiTMSAT-2 yang dipancarkan dari Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:32 AM | Show all posts
Pada 26 Oktober 2025, UiTM melancarkan UiTMSAT-2 ke ISS menerusi misi HTV-X1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:32 AM | Show all posts
menggunakan roket H3 F7 dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun tepat 8 pagi waktu Malaysia (9 pagi waktu Jepun).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:32 AM | Show all posts
Fatimah Zaharah berkata projek satelit kecil itu akan beroperasi di kedudukan orbit rendah bumi pada ketinggian 380km hingga 400km dari bumi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:33 AM | Show all posts
dan mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh 24 jam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:33 AM | Show all posts
Beliau berkata pembangunan UiTMSAT-2 sejak Februari 2021 dengan pembentukan model kejuruteraan di FKE UiTM melibatkan proses perolehan komponen, reka bentuk papan litar, integrasi subsistem dan pengujian fungsi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 01:33 AM | Show all posts
Katanya ujian getaran dan keserasian elektromagnet (EMC) telah dilaksanakan di Malaysia, manakala pembangunan Flight Model (FM) diteruskan di Institut Teknologi Kyushu (Kyutech), Jepun pada 2024 hingga 2025, termasuk integrasi panel solar serta ujian persekitaran angkasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:35 AM | Show all posts
Guna peguam palsu, Mahkamah Rayuan putuskan perbicaraan kes dadah batal, perintah dibicara semula - bh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:36 AM | Show all posts
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 01:36 AM | Show all posts
ke atas 2 sahabat kerana mengedar dadah serta memerintahkan kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046404 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list