|
|
Titah Agong: SPRM tidak pilih bulu, tidak hanya siasat ‘bilis’
[Copy link]
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 25-1-2026 12:16 AM
kalau dibuat perbandingan dgn tempoh rayuan utk kes src dulu, mungkin tempoh rayuan utk kes 1mdb-t ...
Rayuan? tak payah harap ler
Sedangkan laporan siasatan SPRM pon boleh ditolak mentah2, siap panggil member jadi saksi untuk mansuh dapatan SPRM.. nak harap hujah dari team lawyer najib yang lagi ker?
Pastu zeti yang terang2 dapat duit dari jho low, boleh pulak lepas.. no wonder la dia senyap je bila duit songlap masuk akaun najib.. tak nampak lagi ker memang terang2 ada komplot nak perangkap najib?
Najib boleh buat ape lagi? Mintak ampun YDPA? hehe, perintah addendum pon kena sorok pastu titah ydpa bulat2 kena tolak mahkamah
Najib kalau keluar nanti (kalau) berehat je la..kesian bangkem tengok orang tua tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 25-1-2026 04:56 PM
Rayuan? tak payah harap ler
Sedangkan laporan siasatan SPRM pon boleh ditolak mentah2, siap pangg ...
ntah la bangkem.. rakyat marhaen mcm saya ni cuma boleh tunggu je perkembangan kes ni bangkem
najib pun patutnya dah lama buru jho low tu.. sekurang2nya bermula tahun 2016.. masa tu mmg dah kemuncak isu2 berkaitan 1mdb
kalau la kita ni nak berspeku liar pasal game politik, jauh di sudut fikiran saya, saya ada rasa yg zaman madani ni mmg ada dipersiapkan sikit2 utk bagi laluan kpd najib bersihkan nama dia.. atau sekurang2nya dpt tahanan di rumah.. tapi semuanya dibuat sikit2 dan slow2 utk bagi ruang anwar jadi pm utk tempoh dua penggal ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 26-1-2026 07:58 PM
ntah la bangkem.. rakyat marhaen mcm saya ni cuma boleh tunggu je perkembangan kes ni bangkem
naj ...
Tahun 2016 tu nak buru jho low atas kesalahan ape?
Pak arab memang bagi derma
Bank negara kata transaksi sah
SPRM kata derma sah
Pegawai najib kata derma sah
Jadi najib nak buat ape masa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-1-2026 08:25 PM
Tahun 2016 tu nak buru jho low atas kesalahan ape?
Pak arab memang bagi derma
ikut bangkem la masih nak berkeras ckp najib takleh buat apa2.. padahal boleh je najib pada masa tu transparent tunjuk terus apa2 dokumen yg menunjukkan keseluruhan transaksi derma arab tu.. pmo boleh je ambil tindakan pantas terus masa tu
masa sekitar muhyiddin kena tendang keluar umno tu mmg masa peak isu berkaitan 1mdb.. pada masa tu boleh je najib teliti terus semua isu dan terus ambil tindakan pada jho low dan lain2
kalau dah lemah sangat asyik guna alasan pm takleh buat apa2 dan juga alasan2 spt sprm cakap sekian2, peguam negara cakap sekian2, pengurus akaun cakap sekian2, then saya takleh nak cakap apa la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kemaruk at 27-1-2026 12:13 AM
kena ikut kronologi
sebab tu bangkem tak salahkan orang yang tak paham sebab tak ikuti dari awal
1) tahun 2011, raja abdullah janji nak derma sejumlah wang kepada najib
2) untuk terima duit tu, najib buka akaun peribadi di ambank atas nasihat zeti aziz. Bank negara dan ambank tak mintak pengesahan lain . tak mintak pon surat original dari pihak saudi
3) tahun 2013, najib dimaklumkan duit derma pak arab sudah masuk melalui beberapa transaksi.. tiada amaran dari bank negara atau ambank
4) antara 2013 hingga 2015, tiada apa2 amaran dari bank negara, ambank atau sesiapa yang duit tu sebenarnya duit 1mdb yang dimasukkan tanpa pengetahuan najib ke dalam akaun peribadi beliau.. macam mana najib nak tahu?
5) awal tahun 2015 barulah rafizi buat pembongkaran duit tu sebenarnya duit 1mdb.. ketika ni barulah kes ini meletup
6) sekarang barulah najib gelabah, sebab selama ni takde sape2 yang maklumkan kepada beliau duit tu duit haram
7) najib cuba dapatkan pengesahan dari pihak arab saudi. malangnya raja abdullah meninggal januari 2015 (sebelum kes ini meletup). najib cuba dapatkan pengesahan dari wakil/waris, tapi amat sukar sebab mereka taknak masuk campur secara langsung. masa ini, najib cuma ada surat fotostat dari pihak saudi sebagai bukti
8) pada 2015 juga, pasukan SPRM dan PDRM serta beberapa orang menteri ke arab saudi untuk membuat siasatan dan mendapatkan pengesahan dari wakil arab saudi. SPRM SAHKAN SURAT ITU BENAR DAN DERMA ITU SAH
9) bersandarkan laporan SPRM dan tiada amaran dari bank negara/ambank, maka najib percaya DUIT ITU ADALAH DUIT DERMA. Masa ini, takkanlah korang nak najib lebih mempercayai tuduhan rafizi dan pembangkang berbanding siasatan SPRM dan kelulusan BNM? sebelum ini, pembangkang dah banyak kali fitnah najib contohnya kes altantuya, menderma dari kecil, lahad datu etc. jadi najib anggap tuduhan duit songlap 1mdb tu just another fitnah
10) penghujung 2016 barulah DoJ mulakan siasatan. sekarang baru mula nampak mungkin benar ada wujud salahlaku dalam duit 1MDB. sejak itu, jho low, nik faisal, jasmine loo (saksi kesayangan) dan penyangak lain semua dah lari dan bersembunyi. so macam mana nak tangkap?
11) antara 2017 hingga tumbangnya najib, kami team najib tetap yakin najib tak bersalah dan duit yang masuk dalam akaun najib adalah sah dari derma arab. sebab SPRM dah sahkan dan BNM tidak pernah halang duit tu dari masuk dalam akaun najib.
12) 2020 baru jelas nyata sedar najib telah ditipu, terutamanya bila dapat tahu suami zeti aziz pernah terima duit beratus juta ringgit dari Jho Low pada tahun 2009 hasil penjualan bon TIA (nama lama 1MDB)
setelah membaca ini, jadi menurut korang, berdasarkan POV najib dan state of mind najib sepanjang 2011 hingga 2018, apa yang patut najib buat sebenarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 27-1-2026 12:02 AM
kena ikut kronologi
sebab tu bangkem tak salahkan orang yang tak paham sebab tak ikuti dari awal
iye bangkem.. saya pun dah explore naratif spt yg bangkem ceritakan ni
sekurang2nya, masa kemuncak isu 1mdb pada 2016, patutnya dah ada dah tindakan2 khas drpd najib sendiri sbg pm pada masa tu
takpe la.. nak tulis panjang2 pun takde masa hari ni
kalau la kita rakyat marhaen ni diizinkan berspeku liar pasal game2 politik ni, jauh dlm sudut fikiran saya merasakan bahawa anwar memberi laluan bagi umno naik semula.. yg betul2 nak hapuskan umno ni mahathir, bukan anwar.. tempoh rayuan kes 1mdb-tanore ni pada zaman madani boleh jadi ruang yg baik bagi najib bela diri kalau betul dia tak bersalah.. atau sekurang2nya dia akan dpt tahanan rumah.. apa2 pun dah tetap utk bagi laluan kpd anwar jadi pm dua penggal spt yg saya cakap dlm post sblm ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 27-1-2026 06:42 PM
iye bangkem.. saya pun dah explore naratif spt yg bangkem ceritakan ni
sekurang2nya, masa kemunca ...
Apa tindakan khas yang najib kena buat sebenarnya?
Najib kena buat siasatan sendiri ke? Lagi ler orang tak percaya..
Atau najib kena pergi ke pejabat BNM dan swift check dokumen satu persatu? Nanti orang kata najib cemarkan bahan bukti pulak
Dah elok dah tu SPRM yang buat siasatan.. dan wang yang masuk pon melalui SWIFT, dah sah2 la pihak swift, ambank dan BNM ada buat semakan..
Jadi, apa yang patut najib buat sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|