CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MAL

Pengurusan tertinggi 1MDB percaya arahan Jho Low datang daripada Datuk Seri Najib Razak - Hakim

[Copy link]
Post time 27-12-2025 04:10 PM | Show all posts
kalau ada akal la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 27-12-2025 10:29 AM
Bijan adalah PM Mesia masa pegawai SPRM tu sahkan itu derma Tok Arab

bila kes imdb berjalan dari  ...

So, adakah azam belen jg penipu? Jelas kt sini seorg penipu tidak layak memegang jwtn penting dlm kjn.

....Hukuman bagi pegawai kerajaan yang menipu adalah serius, melibatkan tindakan disiplin seperti amaran, denda, turun pangkat, atau paling berat, buang kerja, bergantung kepada keseriusan kesalahan.

....dlm kes serious derma tok Arab kpd  jibun bilamna pegawai kjn menipu malah dinaikan pangkat.....apa benda la weiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 27-12-2025 02:27 PM
Pelican.. Kalau pasukan pegawai2 dari SPRM sendiri yang sahkan tulen, najib nak buat camne lagi?
...

Klu betul duit tu dari Putera Arab, awat team pembelaan x bawa putera Arab tu jadi saksi kes 1mdb ni. Once dia sahkan duit tu duit derma dia utk Jibby, automatic kes selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayaa nak trobek perjalanan bicara kenapa itu kenapa ini.
Perkara dah bersabit dah pun.
Itu pasal orang sebut, peminat Justice 4 Najib masih tidak pernah berdamai dengan takdirrr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 27-12-2025 04:45 PM
Klu betul duit tu dari Putera Arab, awat team pembelaan x bawa putera Arab tu jadi saksi kes 1mdb  ...

Penderma, king abdullah dah mangkat 2015
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 06:54 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 27-12-2025 03:01 PM
apa pun hujah

Bijan dah sabit kesalahan

Dia ingat mahkamah tu tempat acik2 bumpkin berhujah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2025 09:17 PM | Show all posts
Firenzza replied at 27-12-2025 04:45 PM
So, adakah azam belen jg penipu? Jelas kt sini seorg penipu tidak layak memegang jwtn penting dlm  ...

Bijan PM
dia pon penipu


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 09:18 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 27-12-2025 06:54 PM
Dia ingat mahkamah tu tempat acik2 bumpkin berhujah

he he he

depa prasan hujah depa hebat sampai loyer Bijan nak guna kat court

sian depa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2025 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 27-12-2025 10:21 PM

Kaya gila Malaysia kalau dia boleh sakau banyak duit. Dulu la kaya. Ni zaman madani nampak semekin aje semua. Bisnes pun banyak katup
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:30 PM | Show all posts
bukan fantasi, tapi benda2 yang bangkem bagitau tu memang hujah2 dalam mahkamah oleh peguam najib, tapi malangnya tiada satu pon hujah pihak najib diterima..

sebab tu tengah tunggu alasan penghakiman dari YA collin
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:43 PM | Show all posts
AMARAN!!! hanya untuk yang berakal..

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah mengarahkan mendiang Kee Kok Thiam menyediakan surat pengesahan daripada Putera Saud Abdul Aziz Al-Saud bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata kejadian itu berlaku di bilik "Business Centre" di Hotel Mayfair di London ketika Jho Low meminta beliau menemuinya pada awal 2015.
"Ketika saya tiba di bilik itu, saya ternampak Kee dan Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman serta pengarah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) 1MDB Dennis See Thuan Buan juga berada di situ.


Shamsul sedang bertanyakan kepada Jho Low apa jalan penyelesaian berkaitan isu wang yang diterima dalam akaun Najib yang dikatakan daripada Putrajaya Perdana dan SRC. Shamsul juga berkata pelbagai pihak telah mula bertanya berkenaan dengan akaun Najib yang mana kemasukan-kemasukan wang ke dalamnya yang dikatakan duit dari 1MDB," katanya.
Loo berkata Jho Low kemudiannya telah mengarahkan Kee untuk menyediakan satu surat pengesahan daripada Putera Saud untuk menyatakan wang-wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut adalah derma dari Arab Saudi.
"Selepas itu, saya telah keluar sekejap dengan Jho Low untuk membuat perbincangan tentang perkara lain, namun apabila saya masuk semula ke bilik 'Business Centre' yang sama, saya melihat Kee sedang menyiapkan draf surat derma daripada Putera Saud," katanya dan menambah beliau tidak pasti mengenai nilai derma berkenaan.


https://www.astroawani.com/berit ... -jasmine-loo-458263

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2025 11:50 PM | Show all posts
padahal surat dari raja abullah tu memang dah wujud dan dilihat oleh orang lain selain najib sejak 2014 lagi oleh 5 orang saksi.. macam mana jasmine loo kata surat tu baru dibuat oleh jho low tahun 2015?

ini mungkin kerana team yang nak reka cerita tersilap bikin skrip.. dorang ingat surat tu cuma wujud masa pihak team azam balance SPRM pergi ke riyadh tahun 2015 kot..

ini macam kes liwat pertama anwar ler.. lokasi liwat berlaku di kondo yang belum siap.. skrip tak tally dengan kronologi

----------------------------------------------

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pendakwaan lebih cenderung mengutamakan keterangan yang tidak memihak kepadanya, walaupun keterangan saksi mereka sendiri bercanggah sesama sendiri.

Najib, yang memberikan keterangan membela diri pada perbicaraan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata perkara itu dilihat melalui pemerhatiannya ketika menjawab soalan peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Menurut Najib, sebagai contoh, walaupun lima saksi pendakwaan termasuk dari AmBank mengesahkan surat derma Arab wujud sebelum 2015, pendakwaan memilih untuk mengutamakan keterangan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, berbanding yang lain.


Lima saksi terbabit adalah bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Cheah Teak Kuang, bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu, bekas Ketua Pasaran Modal Perbankan Swasta Yap Wai Keat, bekas Pengurus AmBank Uma Devi, dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1164727/mereka-utamakan-cerita-jasmine-walaupun-seolah-adegan-filem-bollywood-najib

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 12:00 AM | Show all posts
kalau nak percaya najib bersalah, itu hak korang.. sebab mahkamah pon dah putuskan najib bersalah (walau ada rayuan tapi bangkem pon tak yakin boleh lepas sebab ytjt ler)

tapi takkan korang nak jho low, jasmine loo, rohana bekas CEO astro, nik faisal dan lain2 terlepas kot? dorang ni terang2 sakau duit 1mdb, siap pulangkan lalu jadi crown witness..

ujung2 najib sorang je yang kena

yihhhhh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 27-12-2025 05:50 PM
Penderma, king abdullah dah mangkat 2015

Masa kes src, team najib bawa naratif jho low dan nik dalang konspirasi yg menipu najib. Tp naratif tersebut ditolak.

Utk pembelaan kes 1mdb ni pula, team najib cuba bawa naratif duit dlm akaun najib adalah derma Raja Arab. Tp depa gagal utk tunjuk bukti yg duit tu mmg dari sana. Money trail tunjuk duit dlm akaun najib dari 1mdb, bukan raja arab.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 11:47 AM | Show all posts
Apoo replied at 28-12-2025 03:25 AM
Masa kes src, team najib bawa naratif jho low dan nik dalang konspirasi yg menipu najib. Tp narati ...

memang rumit kes 1mdb ni, takpe kalau tak faham bagi orang yang tak follow dari awal

kita memang tahu, si jho low ni memang penyangak penipu agen cuci duit antarabangsa

penggubahan wang ini termasuk la duit pak2 arab dan duit 1mdb

dia bagi caci pusing satu dunia duit 1mdb dan duit derma pak arab, ujung2 masuk akaun najib

pak arab pon tak sedar duit dia yang asal masuk mana lalu mana keluar mana

benda ni kita kena tengok dari POV najib.. takkan la najib nak kena check sendiri money trail tu dari mana

itu tugas bank negara dan Ambank ler nak tentukan duit tu bersih ke tak

yang najib tengok cuma la swift code pengirim macam gambar kat bawah ni

tertera nama akaun swift code dari minsitry of finance riyadh dan prince faisal







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 12:49 PM | Show all posts
kemaruk replied at 28-12-2025 11:47 AM
memang rumit kes 1mdb ni, takpe kalau tak faham bagi orang yang tak follow dari awal

kita memang  ...

Aiyoyo ... bagus punya photostat copy

Kat mahkamah , loyar Pok Jib kena bagi
(1) copy yang ori
(2) kalo tak ada copy yang ori , kena dapat pengesahan dari 'Saudi Monetary Authority' ... confirmed true copy

Kalo loyar Pok Jib dapat bagi (1) atau (2) .... konfom hari ni Pok Jib dah lepas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2025 12:53 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 28-12-2025 12:55 PM

..

https://web.facebook.com/reel/876418811987417

24 Dec 2025 Abahcow dedah pasal imdb & Bijan

Penyakau mengata Penyakau





Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 01:07 PM | Show all posts
Edited by kemaruk at 28-12-2025 01:08 PM
sam1528 replied at 28-12-2025 12:49 PM
Aiyoyo ... bagus punya photostat copy

Kat mahkamah , loyar Pok Jib kena bagi

memang kesilapan najib tak mintak yang ori masa terima surat dan duit tu.. tapi masa tu surat copy zerox fotostat tu ler yang najib tunjuk dekat zeti dan ambank masa bank negara dan ambank mintak pengesahan duit tu duit derma antara 2011 hingga 2013

masa tu zeti dan ambank tak jadikan surat fotostat ini isu pon, siap zeti suruh najib bukak akaun peribadi untuk masukkan duit tu.. jadi najib nak cakap camne? gabenor bank negara sendiri yang luluskan, bukan makcik2 kat chowkit yang bagi saranan kat najib tu

bila isu ni meletup pada  2014, baru najib hantar team determination balance ke riyadh pada tahun 2015 untuk dapatkan yang ori atau sekurang-kurangnya sahkan surat tu

seperti yang kita tahu, team azam baki sahkan surat tu benar.. jadi najib nak buat ape? patutnya najib tetibe cakap kat azam baki "eh no no surat ni tak sah, ko tak reti buat kerje ke".. ke acaner?

gabenor bank negara dan SPRM sendiri yang sahkan

kalau korang di pihak najib, nak buat camne?

cuba lihat dari POV najib pada masa tu, dan keadaan ketika tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 27-12-2025 10:04 PM
Kaya gila Malaysia kalau dia boleh sakau banyak duit. Dulu la kaya. Ni zaman madani nampak semekin a ...

Ya msia kaya noo.. mesti org luar terpikir kat mana msia ni tiba2 org dpt songlap trillion. Tapi semekin pulak dah senang2 ja org curi, ada pulak yg sokong dan simpati. Org melayu ni kena scam kena tipu redha jur. Kroni perompak dpt projek, kaya mudah2 je.. last org melayu, org kg dok kagum admire taikun2 kaya hasil dr rompak reta msia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 02:07 PM | Show all posts
kemaruk replied at 28-12-2025 01:07 PM
memang kesilapan najib tak mintak yang ori masa terima surat dan duit tu.. tapi masa tu surat copy  ...

Soklan yang amat simple ... ko pusing keliling dunia 5x

Fokus kat dokumen 'SWIFT transmittal' .... ko sendiri yang bagi

Tak susah untuk Pok Jib sahkan 'SWIFT transmittal' tersebut

Mintak otoriti Saudi sahkan

Kalo Saudi boleh kirim U$600+ mil  'with no strings attached'

Tak kan dorang tak boleh sahkan dokumen yang bekap hantaran dana tersebut?

Tu keje team Pok Jib tapi tak buat .... benda yang asas untuk lepaskan Pok Jib

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.637042 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list