|
|
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ampunilah segala dosa-dosa kami yang telah lalu, sama ada yang kami sedari mahupun yang tidak kami sedari. Limpahkanlah rahmat dan keampunan-Mu ke atas kami, Ya Allah.
Kurniakanlah kami kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah ruah, serta keberkatan dalam setiap urusan kami. Jadikanlah anak-anak dan zuriat keturunan kami daripada kalangan mereka yang soleh dan solehah, yang menyejukkan hati dan penyejuk mata.
Ya Allah, jemputlah kami sebagai tetamu-Mu untuk menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci-Mu. Permudahkanlah segala urusan kami ke arah itu, dan terimalah segala amal ibadah kami.
Amin, amin, ya Rabbal ‘alamin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|