CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: NIXAR

[Jenayah] Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:26 AM
Salam batmana,

Nak mencelah sikit...

Yg latest ni ada pengakuan dari anggota pro russia kata mereka yg tembak...tipu jugak ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 08:49 AM | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:26 AM
Salam batmana,

Nak mencelah sikit...

wah ..
info yang sangat bagus..
kurang2 ada fakta dan logik




Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:51 AM | Show all posts
magnus posted on 26-7-2014 08:47 AM
Yg latest ni ada pengakuan dari anggota pro russia kata mereka yg tembak...tipu jugak ya?

Pengakuan-pengakuan tak boleh pakai sangat jika dilaporkan oleh pihak ketiga...

Kita tunggu bukti Flight Recorder, ATC, dan flight data. Jika benar MH17 ubah laluan masuk ke kawasan puak pemisah, memang Ukraine yang plot semua ni.... mungkin dengan bantuan Yahudi... pada 17 Julai juga mereka serang Palestin....

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:51 AM
Pengakuan-pengakuan tak boleh pakai sangat jika dilaporkan oleh pihak ketiga...

Kita tunggu buk ...

Ya..ai ada tgk juga video yg katanya mh17 terubah haluan tu..tp tak sempat nak betulkan balik ke laluan asal dah ditembak..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 09:50 AM | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:26 AM
Salam batmana,

Nak mencelah sikit...

sy suka baca posting mnm
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:20 AM | Show all posts
yg dengar kt radio pg tadi para penyiasat dh dngar rkaman kotak hitam kan?
tungu nk didokumentasi plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 10:33 AM | Show all posts
Boleh pulak ya depa delete conv ATC tu.. dulu time kita 370 tu.. semua pihak cucuk nak dgr ATC conv. Kan main semua x menyempat2. Mmg ada dgr pasal ATC ukraine suruh pilot ubah haluan sbb thunderstorm katanya. Harap2 pilot Air India bagi kerjasama dlm hal ni. Eh pilot SIA x dgr apa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:05 AM | Show all posts
Pemberontak mengaku tembak

LONDON 25 Julai - Seorang anggota pemberontak pro-Rusia yang terlibat dalam pertempuran di timur Ukraine, mengakui kumpulannya terlibat menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Daily Mail melaporkan anggota kumpulan tersebut yang tidak mahu dikenali mendakwa, pemberontak pro-Rusia 'meletup' pesawat Boeing 777 di ruang udara, membunuh semua 298 penumpang MH17 selepas menjangka ia sebuah pesawat kargo milik kerajaan Ukraine.

Menurutnya, pemberontak menyedari kesilapan itu semasa mencari payung terjun krew tentera yang dikhuatiri terselamat namun, menemui mayat kanak-kanak di lokasi insiden tersebut.

Anggota kumpulan itu yang bekerja sebagai pelombong sebelum menyertai kumpulan pemberontak pro-Rusia memberitahu akhbar Itali, Corriere Della Sera bahawa beberapa pegawai pada mulanya memaklumkan MH17 adalah sebuah pesawat milik kerajaan Ukraine.

"Kami menembak jatuh sebuah pesawat Kiev, pegawai atasan yang beritahu kami. Kami sedang mencari juruterbang pesawat Ukraine yang mungkin terjun keluar dari pesawat itu tetapi sebaliknya kami menemui mayat orang awam.

"Semua penumpang pesawat dengan bagasi yang pasti bukannya bagasi tentera, saya cari payung terjun, namun menemui mayat seorang kanak-kanak," katanya.

Anggota kumpulan pemberontak berusia 31-tahun itu difahamkan daripada unit tempur Oplot yang beroperasi di sekitar Hrabove, lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... embak#ixzz38XWrdtsj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:06 AM | Show all posts
Rakaman kokpit boleh didengar

SEPANG 25 Julai - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang kini berada di Belanda telah dibuka dan didapati dalam keadaan baik.

Menurut beliau, percakapan dalam kokpit pesawat yang dirakamkan oleh kotak hitam telah berjaya dipulihkan dan akan didokumenkan oleh kumpulan pakar.

"Kotak hitam telah dibuka dan ia didapati tidak dirosakkan atau dicemari malah kandungan (rakaman) juga boleh didengar.

"Proses dokumentasi akan dijalankan terhadap rakaman percakapan dalam kokpit serta rekod data penerbangan, kita menyerah kepada badan penyiasat untuk mendokumenkan semua bahan bukti yang dikumpulkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini selepas pulang ke tanah air dari Belanda.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, urusan penghantaran mayat tragedi MH17 dari timur Ukraine ke Belanda dijangka berlarutan sehingga Ahad ini sementara pasukan penyiasatan dan pengecaman (DVI) berusaha mengenal pasti identiti mangsa.

Beliau berkata, proses pengecaman tersebut akan dijalankan secara teliti oleh pasukan Belanda yang turut disertai lebih 20 pakar dari Malaysia.

Katanya, Malaysia juga bersedia menambahkan jumlah pakar dari Kuala Lumpur sementara Belanda diminta mempercepatkan proses DVI.

Beliau berkata, Malaysia pada masa yang sama terus meminta sokongan dunia supaya pasukan antarabangsa dapat melakukan siasatan menyeluruh tanpa sekatan di kawasan nahas di timur Ukraine.

"Sebanyak tiga pakar dari Malaysia telah memasuki kawasan nahas dan mereka berjaya mengumpulkan pelbagai data dan bahan bukti.

"Kami bagaimanapun berpendapat keadaan di situ masih kurang selamat dan mengharapkan sokongan antarabangsa dalam soal ini.

"Selain itu, serpihan pesawat masih bertaburan di kawasan nahas dan tidak dapat dikumpulkan," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... engar#ixzz38XYTOnO3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:08 AM | Show all posts
Pasukan penyiasat temui rangka pesawat

LONDON 25 Julai - Pasukan penyiasat menemui beberapa lagi mayat dan rangka pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, seminggu selepas kapal terbang itu dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Daily Mail memetik laporan Sydney Morning Herald berkata, pakar Australia dan Malaysia menemui beberapa rangka kapal terbang di sebuah kawasan hutan berhampiran lokasi kemalangan di wilayah Donetsk.

"Penemuan itu memerlukan siasatan lanjut," lapor akhbar itu.

Menurut laporan itu, meskipun kira-kira 100 daripada jumlah 298 penumpang dan anak kapal MH17 masih belum ditemui, anggota badan manusia yang ditemui ditandakan dengan bendera putih ekoran pasukan penyiasat tidak mempunyai peralatan untuk memindahkan mayat-mayat terbabit.

Dalam pada itu, Jurucakap Pertubuhan Kerjasama Keselamatan Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, penemuan paling penting hari ini adalah semasa mereka memasuki kawasan hutan yang menjumpai rangka besar pesawat.

"Saya rasa ini merupakan rangka pesawat yang terhempas yang mana pelancong akan kata ia sebahagian daripada rangka pesawat. Tingkapnya masih lagi utuh," katanya.

Katanya, pasukan penyiasat Malaysia turut memeriksa bahagian sayap aluminium pesawat berkenaan yang cair disebabkan oleh haba terlalu tinggi.

Ketika Menteri Luar Australia dan Belanda menemui pegawai Ukraine untuk menyelaraskan penyiasatan, Ketua Perkhidmatan Situasi Kecemasan Ukraine dan Ketua Polis Belanda berkata, kerja-kerja mereka diganggu.

OSCE, bagaimanapun menjelaskan, tiada sebarang insiden berlaku, dan mereka disertai oleh pakar dari Malaysia dan Australia.

"Mereka merampas khemah kami di kem kami,'' kata ketua perkhidmatan kecemasan Ukraine, Serhiy Bochkovsky kepada pemberita di bandar Kharkiv.

"Hanya peralatan dan jentera kami dibenarkan masuk, sebelum kami dihalau keluar dengan senjata," katanya, tanpa memberitahu bila insiden itu berlaku.

Ketua pasukan polis Belanda di Ukriane juga berkata, amat sukar untuk masuk ke tempat kejadian bagi mencari saki-baki mayat mangsa.

"Tetapi proses ini masih belum selesai, masih terdapat saki-baki mayat di negara anda dan keadaan amat sukar untuk ke sana,'' kata Jan Tuinder.

Belanda mengambil alih penyiasatan berhubung nahas itu daripada Ukraine, semalam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan resolusi mengutuk kejadian itu dan menggesa kumpulan pemberontak memastikan kawasan kejadian 'selamat, dan diberi akses penuh'.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... sawat#ixzz38XYsc8mE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:15 AM | Show all posts
sumber berita dailymail?adehhhhhh...utusan ni pun..nak jadi macai zionis ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:26 AM
Salam batmana,

Nak mencelah sikit...

Agreed and make sense summary ko.
Plus. Russia haritu ada tunjuk bukti beberapa hari sbelom kejadian satelite n radar ukrain utk peluru berpandu makin  bertambah dia  buka. Semakin dekat hari kejadian semakin  bertambah.lepas kejadian terus ukraine tutup semua..

Betapa canggihnye teknologi diorang boleh kesan negara lain punya missile radar akan dipancar bila..

So.aku sgt heran bila kes mh370 us buat2 macam semua technology meraka sangan limited function dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan posted on 25-7-2014 05:11 PM
Ofkos la aku tgk. Kolonel tu ada ckp psl black box luar ada skit rosak tp still intact.

tp yg a ...

Aku x suka tgk awani. Lebih rela tgk berita rtm. Fb awani pon keluar statrment macam benda tuh confirm2 berlaku. Pastu org share2 sana cni. Dapat kat manusia2 akal cetek dorang baca trus buat assumption entah pape..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 posted on 25-7-2014 06:51 PM
musti la... malaysia kan suka copy cat  takde idea fresh biasanya..

dulu masa mh370, bila tengo ...

Benda baik x salah ikut.
Think positive.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:39 AM | Show all posts
mnm77 posted on 26-7-2014 08:26 AM
Salam batmana,

Nak mencelah sikit...

kalau diorg delete rekod atc tu xpe. dlm rakaman kotak hitam mungkin leh dengar

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 09:44 AM
Kejayaan rundingan berisiko Najib-Borodai terus dikagumi dunia

KUALA LUMPUR 24 Julai - Masyarakat ...

Dari ini.
Boleh lah kita gelarkan najib sebagai bapa diplomasi.

Aku perasan juga. Najib rosmah ni jenis bijak berdiplomasi. Mcm kes mesir dulu. Rosmah diplomasi dgn bini raja arab saudi. Senang je lepas visa masok arab saudi dgn segera.
So.aku rasa laki bini ni ada kelebihan dorang masing2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelebihan DS Najib... apa pun syukur dipermudahkan... berkat doa rakyat membantu dan allah izinkan.... t.kaseh ya allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:30 PM | Show all posts
ejans posted on 26-7-2014 11:55 AM
Dari ini.
Boleh lah kita gelarkan najib sebagai bapa diplomasi.

lain contoh, kjyaan beliau diplomasi dgn khalid ibrahim psl langat 2 & isu air. ehehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 03:18 PM | Show all posts
pyropura posted on 25-7-2014 05:59 PM
..eleh, Bulanda buat istiadat tuntera, Muleysia pun nak ikut, padahal kat muleysia sendiri may ...

la...mayat jenis dlm kereta peronda polis adalah crime victim..masalah dalaman..kalau victim MH17,mmg wajar beri penghormatan secara military kerana mereka adalah mangsa kepada PERANG yang TIADA kaitan dgn mereka...WAR CRIME tak sama dgn normal crime..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
harithzakuan posted on 26-7-2014 03:18 PM
la...mayat jenis dlm kereta peronda polis adalah crime victim..masalah dalaman..kalau victim MH17, ...

X pyh layan la poremer mental mcm tu.

bukan dia x reti nk bezakan TAPI buat2 bodo saja nk kutuk MALAYsia....

Almost 100% posting dia psl kutuk MALAYsia......1% kutuk indon

next time korg ignore kan je.....lama2 senyap anjing sekor ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.133986 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list