Sekarang ini, mana-mana sahaja ada yang jual durian dan memang sedap untuk cuaca yang manis ini durian yang dijual akan lebih manis. Banyak resipi durian sebenarnya yang boleh kita buat antaranya adalah durian crepe.... rasanya lemak-lemak aduh jatuh cinta pandang pertama...
Bahan-bahan yang wajib ada untuk durian crepe:
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Cara buat:
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit