CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14780|Reply: 91

Misha Omar Hamil

[Copy link]
Post time 7-3-2016 01:08 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kebahagiaan yang dinikmati penyanyi bersuara lunak, Misha Omar selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga semakin bermakna apabila dirinya kini hamil anak pertama.

Enggan mendedahkan usia kandungannya, Misha, 34, bersyukur kerana perjalanan awal untuk menjadi ibu dipermudahkan Allah apabila dirinya tidak diuji dengan alahan teruk.


"Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah.


"Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini.


"Secara jujur, tidak banyak yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baharu. Alhamdulillah pada permulaan ini, saya tidak berdepan dengan alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan lancar.


"Suami antara insan paling gembira dan pada masa sama terharu apabila mendapat tahu saya sudah hamil. Dia begitu mengambil berat, malah layanan yang diberikan juga lebih istimewa membuatkan saya rasa diri dihargai," katanya.


Penyanyi yang kini popular dengan lagu duet bersama Hafiz Suip, Terimaku Seadanya, diijabkabulkan dengan juruterabang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 sebelum ini mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.


"engalaman mendidik dua anak angkat membuatkan saya tidak lagi kekok untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Namun, pengalaman terbaharu ini agak mengujakan kerana saya bakal melalui sendiri apa yang pernah dilalui setiap wanita yang menjadi ibu.


"Saya hanya mampu berdoa diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat melalui detik ini dengan indah kerana zuriat adalah amanah yang menjadi pengerat kepada kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131551





Tahniah mek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 01:10 PM | Show all posts
tahniah mek meha... baru taw dia ade 2 org anak angkat... ingatkan sorg jew...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:12 PM | Show all posts
murah rezeki dia tahun ni .. alhamdulillah..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:12 PM | Show all posts
Baru tau dia ada anak angkat perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh xtau pon ade ank angkt pompuan.  Dr dlu dok tnjok adam tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:18 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 7-3-2016 01:20 PM

tahniahh mek....

tapi ala....confirm sheols tak join AJL31 nanti ... time AJL 31 nanti samada sheols tunggu masa nak bersalin, tgh sarat atau tgh berpantang ....
tp kalo usia kandungan dah masuk 2 bulan, maybe sheols akan bersalin bulan 9 atau 10 ...  leh lagi join AJL ....

tp tu la kalo lagu duet dia masuk MM31 laaa.... sbb sheols masih merajuk taknak join katanyaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 01:24 PM | Show all posts
qu pun bru tau dia ada ank angkat ppuan. ingtkan adam sorg je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:31 PM | Show all posts
tahniah   anak2 angkat pun dah besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 01:33 PM | Show all posts
Syukur Alhamdulillah Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Btol ke hamil,anak sulong harus spekuan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tau dah. masa Juara Parodi ri tu dah nampak. Tahniah Misha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:41 PM | Show all posts
rezeki kerana menjaga anak angkat..Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah.. Tumpang happy utk misha omar
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah dh 34.i always rase dia mude je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:45 PM | Show all posts
tahniah ..makin comey la sheols lately..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh 10 taun anak dia...cptnya...rasa cam baru lg dgrvciter die adopt bb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 01:51 PM | Show all posts
tahniah utk misha....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:51 PM | Show all posts
tahniah~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrates
Benih bejaya disemai
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp la yg buka tread ni buat emo ms mention ank agt hah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:33 AM GMT+8 , Processed in 1.117292 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list