CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3340|Reply: 2

Turki Lokasi Sejarah Pemerintahan Islam

[Copy link]
Post time 13-1-2016 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Turki merupakan salah satu negara Islam yang sering dikunjungi kerana bukan sahaja budaya dan lokasi menarik, malah ia kaya dengan tinggalan sejarah.


Jika anda ingin berkunjung ke sini, jangan lupa destinasi menarik seperti berikut:




1. Blue Mosque


Sesuai dengan namanya, masjid ini memiliki kubah berwarna biru. Mercu tanda Turki ini dibangunkan oleh Sultan Ahmed 1 pada tahun 1609 dan selesai pembinaannya pada 1612.


Awalnya, ia dibangunkan untuk menandingi bangunan Hagia Sopia. Antara keistimewaan masjid ini ialah enam menaranya yang megah dan reka bentuk kubah yang unik. Dinding dalam masjid pula dihiasi dengan 20 ribu keping seramik berwarna biru!








2. Hagia Sophia


Bangunan yang satu ini pernah berubah fungsinya dari masjid kepada gereja. Kemudian dijadikan masjid semula sebelum akhirnya dijadikan muzium.


Di dalam Hagia Sophia tersimpan surat-surat daripada khalifah Uthmaniah. Terdapat lebih kurang 10,000 dokumen bersejarah di sini.








3. Masjid Salimeye


Masjid ini merupakan tinggalan sejarah zaman pemerintahan Uthman di kota Edirne. Dibangunkan pada masa pemerintahan Sultan Selim 11, arkitek Mimar Sinan menghabiskan masa sehingga 6 tahun untuk menyiapkannya.


Sinan sendiri menganggap masjid ini sebagai salah satu prestasi tertinggi dalam seni bina Islam.








4. Istana Topkapi


Istana ini merupakan kediaman rasmi pemerintahan Uthmaniah selama lebih 600 tahun. Selepas jatuhnya pemerintahan itu, istana ini dijadikan muzium berdasarkan arahan pemerintah pada tahun 1924.








5. Muzium Mevlana


Muzium yang berlokasi di Konya ini merupakan bandar keagamaan yang konservatif. Ia menempatkan makan Jalaluddin Rumi yang ditanggap tokoh besar di situ. Jangan lepaskan peluang bergambar dalam muzium ini. - CARI Infonet



(Sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 07:16 PM | Show all posts
lepas tu endorgan pemimpin islam paling berani. suka turki...cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:59 PM | Show all posts
turki cantik


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038652 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list