|
View: 1720|Reply: 9
|
[Jenayah]
Edisi Abam Rosdi Sengetkan Bibir Menyampah:Lelaki Rogol Gf Baru Kenal Seminggu
[Copy link]
|
|
|
Suhaipudin Aziz, 28, (kanan) dipenjara 10 tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah merogol seorang gadis berusia 13 tahun yang baru dikenali seminggu.
KUALA TERENGGANU - Akibat gagal mengawal nafsu, seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol teman wanita yang baru dikenali seminggu, oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Suhaipudin Aziz, 28, dijatuhi hukuman itu apabila didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan di kawasan hutan Bukit Pak Samad Batu Tiong, Kuala Abang, Dungun.
Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 28 Febuari 2011, kira-kira jam 6 petang.
Dengan itu, dia didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd Rahman di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad.
Berdasarkan fakta kes, mangsa baru mengenali tertuduh dalam tempoh seminggu sebelum masing-masing bersetuju untuk berjumpa kali pertama.
Suhaipudin dikatakan telah mengajak mangsa bersiar-siar di pantai yang terletak di Pulau Serai, Dungun sebelum membawa mangsa ke kawasan hutan berhampiran dan merogolnya.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan tertuduh terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pergh@!!.....tak tahan beb.....kang tahan ler kat lokap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni betul2 rogol ke suka sama suka... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
umor 13 tahun dah berani kluar ngn stranger 28 thn..
no komen  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
motip kapel dengan budak form 1? siang hari pulak tu merogol  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gilela pedo... Bdk tu pun sama bodo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak mmg amik mudah bagi anak2 pompuan kuar sana sini, jumpa sape2.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edisi biasa..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau budak 13 tahun..boleh ke panggil teman wanita..bebudak lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|