CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3950|Reply: 3

[Inspirasi] Dari Gelandangan Kepada Penolong Pengurus

[Copy link]
Post time 3-12-2015 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA






Rasanya kadang kala setiap bos atau ketua harus 'turun' melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pekerja di bawahnya.


Bukan turun untuk mencari salah, namun melihat bagaimana ada di antaranya yang begitu dedikasi, tidak berkira dan benar-benar membawa nama syarikat ke tahap yang lebih baik.


Kisah yang satu ini sebenarnya dipetik daripada rancangan realiti 'Undercover Boss' yang memaparkan CEO sebuah syarikat, Modell's Sporting Goods menyamar sebagai pekerja baru.







Dia akan dilatih oleh seorang staf yang bernama Angel. Di sebalik penyamarannya, CEO yang menyamar sebagai Joey, dapat melihat banyak perkara yang ada pada diri Angel sebagai seorang staf yang begitu baik.




1. Dia berasa sangat kagum dengan sikap dedikasi, rajin dan kepimpinan Angel yang mungkin tidak dapat dilihat oleh ketua atasan lain, jika mereka tidak 'menyamar' sepertinya.


2. Mengetahui Angel merupakan seorang yang sangat tabah dan pernah melalui kehidupan sebagai seorang gelandangan jalanan. Dengan tiga orang anak, Angel menjalani kehidupan begitu kuat dengan bekerja sebaik mungkin di syarikat milik Joey.


3. CEO ini tersentuh dengan semangat yang dimiliki Angel dan wanita itu cuba meyakinkannya dengan memberi inspirasi dan juga nasihat mendalam, tanpa sedikit pun mengetahui Joey adalah CEO di situ.


Sebagai ganjaran dan juga hadiah istimewa untuk pekerja berdedikasi itu, Angel dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus.





Wanita itu sangat terkejut dengan apa yang dimilikinya sekelip mata, selepas mengharungi pelbagai onak duri dalam hidupnya. Atas sikap bertanggungjawab dan kerajinannya, dia telah mengubah kehidupan diri dan keluarganya!


Tonton video yang pasti membuatkan anda menitiskan air mata ini.


1. Buat para bos dan ketua, sesekali cuma selami perasaan dan kehidupan para pekerja anda.


2. Sebagai pekerja, lakukan terbaik dalam pekerjaan anda. Bak kata pepatah, jika anda tukang sapu, jadilah tukang sapu terbaik. Jangan pernah putus asa.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 04:47 PM | Show all posts
Tahniah Angel
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka episod subway, 7-11 dan Buffet Inc punya.... Akak suka cara pekerja subway th train org, yg 7e dan buffet inc akak suka ganjaran yg bos mereka bagi.  lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:57 PM | Show all posts
Omputih memang cam tu kalau kita rajin dah membuktikan kita boleh menjalankan tugas dengan baik tampa paper qualification pun boleh je berjaya merintis kejayaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.121718 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list