CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2553|Reply: 1

Tip Solekan Asas Untuk Si Hitam Manis

[Copy link]
Post time 1-10-2015 09:44 AM | Show all posts |Read mode

        Siapa kata kulit gelap tidak perlu solekan. Hey, tanggapan itu salah sama sekali tau! Mereka yang berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan, pasti akan menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah.  Namun, pemilihan warna harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terlihat aneh. Kami juga ingin kongsi tip solekan sesuai untuk si dara yang berkulit gelap.

        Asas solekan
        Hal pertama yang anda wajib tahu ialah koleksi warna makeup yang anda perlu ada adalah warna-warna asas yang tidak terlalu terang. Pilihlah foundation yang tidak terlalu kontra dengan kulit anda. Kami cadangkan anda untuk gunakan foundation berbentuk cecair kerana ia dapat membantu kulit tampak lebih sekata dan lebih natural.

        Biarkan foundation seketika sehingga ia meresap ke dalam kulit. Kulit gelap kebiasaannya akan kelihatan sedikit berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut. Jadi, apa yang boleh anda buat ialah sapukan loose powder secara sekata dan nipis. Kemudian sapukan bedak compact  ke seluruh wajah.

        Blusher
        Untuk pemerah pipi, pilih warna seperti coral, rose, deep orange, dan sempurnakan dengan shadow berwarna peach atau coklat. Gunakan warna pink untuk blush on pada siang hari kerana ia akan menjadikan wajah anda lebih cerah dan warna bronze atau plum pada malam hari untuk menonjolkan tekstur kulit wajah anda. Ratakan ia di sepanjang tulang pipi anda.

        Eyeshadow & Eyeliner
        Untuk eyeshadow, penggunaan warna-warna natural seperti coklat, merah bata,grey, brown, silver, bronze dan gold adalah lebih sesuai. Elak dari pilih warna yang terang dan putih kerana warna ini kontra dengan kulit anda.

        Jangan lupa untuk mencalitkan eyeliner dan mascara di mata dengan warna yang sesuai seperti biru gelap, hitam, atau kelabu gelap sebagai bingkai di bahagian atas juga bawah mata.

        Lipstick
        Perkara paling terakhir ialah, memakai lipstick . Warna pucat adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menghilangkan seri di wajah anda. Guna warna seperti copper, bronze, merah tua, ungu dan juga burgundy. Sapukan juga lip gloss supaya bibir anda lebih menonjol.  Adalah lebih baik jika anda padankan warna lipstick dengan warna eyeshadow anda.
-dara-




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 12:13 PM | Show all posts
info yg bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA DIANA, HASNUL RAHMAT, FATTAH AMIN, VANIDA IMRAN, MARISSA YASMIN
tatod[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA
Views : 2509 Replies : 8
akku
kuku78fakku
Views : 3031 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 4849 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050532 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list