CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 3

[Dunia] 1 bilion guna Facebook setiap hari

[Copy link]
Post time 31-8-2015 09:15 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Buat kali pertama lebih satu bilion orang menggunakan Facebook dalam satu hari , kata pengasas syarikat berkenaan Mark Zuckerberg. Zuckerberg dalam satu tulisan berkata, kejayaan membanggakan itu dicapai Isnin lalu apabila "seorang bagi setiap tujuh orang di bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga." Facebook memiliki hampir 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali sebulan, namun jumlah yang dicatat itu adalah untuk satu hari tunggal. Syarikat itu mendapat pengguna ke satu bilion pada Oktober 2012.

Laman media sosial itu diasaskan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg ketika beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Harvard. Dalam tulisannya kelmarin, beliau meramalkan capaian Facebook akan terus berkembang. "Ini adalah kali pertama kami memperoleh pencapaian membanggakan dan ini hanyalah permulaan untuk menghubungkan seluruh dunia," tulisnya. Julai lalu Facebook mendakwa lebih separuh pengguna dalam talian di dunia melawat laman sosial itu sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia hanya pada Oktober 2012 ketika Facebook kali pertama mengumumkan ia memiliki satu bilion pengguna menggunakan laman itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kini, kurang tiga tahun kemudian, tapak media sosial itu berupaya menarik angka itu dalam satu hari tunggal. Persoalannya ialah bagaimana ia boleh terus berkembang? Pastinya akan ada satu ketika angka itu mendatar.

Namun perjalanan itu dianggap masih jauh. Penulis baru saja kembali dari ibu pejabat Facebook di California untuk berbincang mengenai projek dalam perancangan. Pada dinding pejabat itu, ada peta negara dunia yang memaparkan negara dengan ramai pengguna Facebook. Tidak dinafikan, Amerika Syarikat, Eropah dan India hampir berada pada kemuncak penggunaan laman sosial terbabit. Namun ada jurang amat besar, di Afrika, kebanyakan negara di Asia dan sesetengah negara Amerika Latin, di situ Facebook kini bertumpu. -AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 10:03 AM | Show all posts
aku on fb sbb nak main candy crush hack je
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:46 PM | Show all posts
I prefer Twitter.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:55 AM | Show all posts
BOSAN LE FB...GANGGU JE..CUMA AKU NAK MAIN GAME JE..
LAGI PUN SEMUA MAKLUMAT ATAU APA SAJA YANG KITA GUNA ATAU MASUKKAN TU TERSIMPAN DALAM BANK DATA MEREKA..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049755 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list